Monday, October 15, 2012

Imbasan 1 September 2012 Azril Azlina di Pulau Pinang

Imbasan 1 September 2012 Azril Azlina di Pulau Pinang

Pada kebiasaannya setiap minggu Azril akan balik ke rumah isteri Azril di Kuantan tetapi kali ini Puan Azlina pula balik ke sini. Ini adalah disebabkan isteri Azril berkursus di Universiti Sains Malaysia pada 3 dan 4 haribulan September yang bersamaan dengan hari Isnin dan Selasa.

Catatan 01 September 2012
Pada jam 11 pagi Azril dan isteri tercinta pun keluar dari kuarters Bukit Mertajam dan destinasi kami yang pertama adalah di Warung Kelapa Sawit di Jalan Tok Kangar yang menyajikan ikan bawal goreng yang paling sedap di daerah Seberang Perai Tengah. Dialog pun bermula.....

Azril   :   Wah...... meriah betui kat sini, ramai orang dah ada dah, tapi nasib baik banyak lagi meja kosong

Azlina :   Ayang pi ambil nasi dulu, abang nak nasik isi apa?

Azril   :   Abang nak nasik dengan bendi boh kuah gulai sikit, sayang nak berapa ekoq ikan bawai?

Azlina :   Seekor dah cukup, ayang pi ambil nasik dulu.

Azril   :   Abang nak ambik 3 ekoq ikan, sorang sekoq setengah. (sambil jalan pergi ke kuali)

10 minit kemudian

Azlina :   Lamanya abang pi ambil ikan tadi, banyak orang ke?

Azril   :   Banyak betoi orang pi ambik ikan sekali sebab tu lambat sikit tadi, abang tunggu ikan besaq tadi sebab tu lambat. Tengok, kan kita dapat ikan besaq. Jom kita makan............

Selepas 15 minit kami pun bergerak meninggalkan warung tersebut menuju ke satu destinasi yang akan dibincangkan nanti. Dialog pun bermula............

Azril   :   Sebagai tetamu kat negeri Pulau Pinang ni sayang nak pergi mana mana tak? Abang boleh bawak?

Azlina :   Hihihi.... ayang nak pi buat cermin mata kejap sebab cermin mata ayang tangkai dia dah rosak

Azril   :   Ok kalau macam tu apa kata pi Aeon kat Bandar Perda, boleh kita tengok apa promosi yang ada kat sana.

Azlina :   Menarik juga tu sebab ayang dah lama dah tak pergi sana.

Setelah perbincangan dijalankan, kami pun pergi ke AEON yang terletak di Bandar Perda dan kedai pertama yang kami singgahi adalah kedai cermin mata yang terdapat disana. 2 jam kemudian kami pun bergerak meninggalkan kompleks membelibelah tersebut menuju ke rumah. Dialog bermula lagi selepas itu.

Azril   :   Satgi petang sayang nak pergi mana?

Azlina :   Ayang teringin nak makan laksa lah abang, tapi kita pergi kat jalan nak pi lebuhraya tu, nak tak?

Azril   :   Oooo kat Jalan Kebun Sireh tu, ok satgi kita pi

Selepas solat Asar, kami pun keluar dari rumah menuju ke warung Laksa Kampung yang terletak di Kebun Sireh. Sesampainya kami disana kami pun terus memesan 2 pinggan laksa dan ais kacang istimewa yang terdapat disana. 10 minit kemudian telefon Azril pun berdering dan Azril pun melihat di skrin, rupanya rupanya Bonda Tercinta menelefon Azril dan selepas itu kami terus bergerak kerumah adik Azril iaitu Puan Farah Zalina.

Sesampainya kami disana, Puan Farah tengah menyuapkan anaknya Nur Farhana Zuhaira makan, 20 minit kemudian kami pun bergerak menuju ke kediaman rasmi mak dan ayah yang terletak di Taman Permata. Didalam perjalanan kami pun terpandang sebuah restoran, dan dihadapan cermin restoran tersebut terdapat stiker tanda halal dari Jakim. Tanpa membuang masa kami terus mengakses internet dan didalam laman sesawang Jakim kami mendapati restoran tersebut mempunyai tanda halal Jakim dan diiktiraf halal oleh Jakim.

Tanpa membuang masa kami pun masuk ke dalam restoran tersebut, restoran yang dimaksudkan adalah Restoran Subway yang menyajikan sanwic segar. Inilah pertama kali kami kesana dan kami seperti tidak tahu bagaimana hendak memesan sanwic, dan perkerja kaunter yang peramah menerangkan pada kami tentang inti sanwic yang boleh dipesan. 10 minit kemudian, pesanan Azril, Puan Azlina dan Puan Farah pun siap dan kami pun makan dengan berselera sekali dan di waktu itu juga kami juga menyuapakan Farhana makan roti gandum.

Setengah jam kemudian kami pun sampai di kediaman rasmi bonda tercinta dan ayahanda tercinta, sesampainya kami disana kami pun makan lagi, tetapi kali ini kami makan nasi dan lauk ayam dengan penuh berselera. 4 jam kemudian Azril dan Puan Azlina pun balik ke kuartes.

 Puan Azlina ketika matanya diperiksa
.
Kita makan dulu laksa dan is kacang yang sedap ni
Azril dan Nur Farhana di Resoran Subway