Wednesday, December 14, 2011

Azril Azlina Makan Malam di Langkawi

.
Azril Azlina Makan Malam di Langkawi
Catatan 02 Oktober 2011

Catatan ini merupakan kesinambungan dari perjalanan Azril dan Puan Azlina di bumi lagenda Pulau Langkawi dan tempat menarik sekitarnya

Setelah Azril dan isteri tercinta balik dari Telaga Harbour Park kami pun terus ke Pekan Kuah dimana lokasi kami menginap.Pada malamnya kami pun terus ke dataran Helang dimana terdapatnya Helang Gergasi yang diperbuat dari batu lalu semasa dalam perjalanan kami pun terpandang sebuah papan tanda kedai makan yang menceritakan tentang menu istimewa di kedai mereka. Setelah berbincang kami pun berhenti dikedai tersebut untuk memesan menu istimewa tersebut, menu istimewa yang Azril maksudkan tersebut adalah nasi itik istimewa.

Kami pun memilih tempat yang dirasakan agak sesuai untuk kami duduk tiba tiba kami terpandang udang karang di kedai makan bersebelahan diletakkan di atas ais. Udang karang memang menyelerakan dan kami teringin sangat hendak makan udang karang tersebut dan tiba tiba tuan punya kedai makan tersebut pun datang

Dialog pun bermula antara tuan kedai makan (TKM) tersebut dan Azril.

TKM : Mai adik kat kedai saya ni ada udang besaq ni, tak pa duduk dulu pun takpa kalau nak pilih teruih pun boleh

Azril : Saya pun teringin jugak nak makan udang besaq ni tapi saya nak makan nasi itik sama

TKM : Takpa adik nak makan kat sana pun takpa

Azril  : Takpa saya makan kat sini saya nak makan udang besaq tu, tapi harga dia berapa?

TKM : Udang ni timbang kilo pun ada tapi kalau adik nak makan saya kira sekoq saja pun takpa

Azlina : Abang maksud TKM sekor tu macam mana?

Azril : TKM kata dia nak kira sekoq kat kita maknyanya harga udang karang sekoq ni berbelaih ringgit saja.

TKM : Adik dah pesan udang tu nak tambah apa apa tak lagi. Tapi sebelum tu adik nak udang ni masak apa? 3 rasa ka? Masam manih ka? Nak makan macam mana pun takpa.

Azlina : Kalau 3 rasa boleh?

TKM : Boleh, takpa duduk dulu kita bincang kat meja pun takpa.Sat saya nak hantaq udang masuk dalam dulu satgi saya mai balik ambil pesan yang lain pulak.

Azril : kami nak makan sup campoq , nasik putih, char keow teow, ayaq nyok dan ayaq suam.

TKM : Ok sat lagi saya hantaq,

Lima minit kemudian.....

TKM : Adik ni orang mana loghat macam sama ja? Cuma pompuan adik (Azlina) saja loghat lain sikit.

Azril : Saya orang Pulau Pinang dok kat Bukit Mertajam asai dulu kat Balik Pulau tapi masa umoq saya 10 tahun saya pindah sekali ayah saya kat Bukit Mertajam. Pompuan saya pulak orang Pahang kami dok asing sebab tu kami mai bercuti kat sini. Pompuan saya qeja kat Pahang saya pulak kat Bukit Mertajam.

TKM : Oooo saya pun asai Pulau Pinang jugak dulu saya bukak kedai makan kat Bukit Gambiaq, Sungai Nibong dengan banyak lagi seluruh negeri Pulau Pinang saya dok meniaga. Pompuan saya pulak asai kat Sungai Dua keluarga dia meniaga kat sana.

Azril : Oh Ya ka

TKM : Kesian kat adik dengan pompuan dok jauh jauh tak mintak tukaq ka?

Azril : Dah mintak dah sejak kami kawin 3 tahun lepaih pun tapi tak dapat jugak.

TKM : tu lah kalau ada rezeki tak kemana janji adik 2 orang ni kena sabaqlah anggap benda ni ada hikmah

Azril : Tu lah kami pun anggap macam tu.

TKM : Sapa yang balik kat sana adik ni ka adik ni yang balik

Azril : Saya yang balik Kuantan tiap minggu sebab saya tak bagi pompuan saya balik sebab perjalanan bas 9 jam kadang kadang 10 jam sampai pulak awai pagi lebih baik saya yang balik.

TKM : Tiap tiap minggu ka ?

Azril : Ya tiap tiap minggu,

TKM : Takpalah saaq na adik oi, kalau ada rezeki tak kemana. Ok adik sat saya masuk dulu nak masak apa yang adik pesan. Satgi kalau makanan sampai kalau tak sedap habaq tau.

Azril : Ok

Azlina : Abang seronok lah tu jumpa orang Pulau Pinang

Azril : Mestilah, hahahahahahaha..

15 minit kemudian ........

TKM : Adik makanan dah sampai dah kalau nak tambah apa apa lagi habaq tau.

Azril : Udang besaq tu saya tak sabaq sabaq nak makan.Tak pa kalau ada apa apa nanti saya habaq.

TKM : Kat mana tempat adik dah jalan jalan?

Azril : Banyak jugak tempat kami dah jalan jalan, tapi kami tak mau pi semua. Nanti kami nak mai sekali lagi baru kami nak ronda semua.

TKM : Betoi tu, betoi apa yang adik cakap tu. Ok makan dulu.

Semasa kami makan tiba tiba angin bertiup dengan agak kencang dan hujan pun turun dengan lebatnya dan kami pun terus masuk ke dalam kedai untuk menyambung makan.

TKM : Ok adik semua harga dia 3X.XX (Azril dah lupa dah). Adik tak mau bungkuih nasik ka takut lapaq malam malam nanti. Sebab kat sini tak banyak kedai bukak malam malam ni.

Azril : Takpa lah bang yangni pun kami dah makan banyak rasa rasa boleh kenyang sampai esok.(Sambil buat bayaran)

TKM : Adik balik esok kan. Kalau nak pi beli barang pi satgi kat Haji Ismail Group sebab kat sana murah.

Azril : Ya saya balik esok, tulah kami pun nak pi kat sana nak cari pinggan sat.

TKM : Selamat Jalan. Kalau mai lagi Langkawi mailah singgah sini lagi. Asalamualaikum (sambil bersalaman)

Azril : Waalaikumusalamwarahmatullah.

Setelah kami meninggalkan gerai tersebut Azril dan Puan Azlina pun terus ke kedai kedai yang terdapat di Pekan Kuah dan sejam kemudian kami pun balik ke tempat penginapan kami. Apakan daya kalaulau duit Azril banyak tentu banyak juga yang akan Azril habiskan untuk membeli barang yang murah murah disana.