Tuesday, June 29, 2010

Makan Roti Canai

Makan Roti Canai


Nilah ketua aku nama dia Encik Razak dia memang suka makan roti canai ni. Kalau boleh tiap tiap hari kalau dia tak dak mesyuarat dia ajak pi makan makan roti canai. Kalau dia makan bukannya satu tapi dua. Kalau dia mai makan kat sini, jangan haraplah dia nak belanja. Kami semua kena bok keluaq duit sendiri tahanlah............. tapi yang menarik sebab masa makan pun dia dok beletiaq (bebel) tak habih habih.
.

Ini dia Encik Osman dia kawan sekerja aku tapi dia paling minat mengai ikan, kalau nak sembang dengan dia kita kena sembang bab kerja dan mengai saja dan dia akan cerita pengalaman dia mengai ikan di laut dan sungai. Tengok dia buat mulut macam ikan kena kaie saja. Tapi semua gambaq ni Sapaq yang tangkap. tahanlah...........

Friday, June 25, 2010

Sebab Apa Aku Tulih Blog Ni

Sebab Apa Aku Tulih Blog Ni

Aku mula tulih bog ni pada 21/05/2006 masa tu aku tengah ulangkaji sikit masa aku belajar PJJ dekat UiTM Kedah. Aku ingat aku nak ganti balik diari bergambaq aku yang aku buat dalam format MS Powerpoint.

Aku mula buat diari bergambaq MS Powerpoint aku masa aku mula mula beli komputer pada tahun 1999. Lepaih tu aku pun tulih bersertakan gambaq tapi apakan daya adik adik aku ni pandai sangat. Depa padam semua benda tu.

Lepaih tu teknologi "USB Flash" diperkenalkan di Malaysia maka berebut orang beli "thumb drive" termasuk aku, dapat gaji teruih beli. Aku simpan diari gambaq aku sampai aku mula kenai apa tu blog.

Antara catatan awai yang aku tulih pada tahun 2006 adalah yangni dan yangni. Tapi walaupun ada blog aku tetap buat catatan gambaq aku dalam "MS Word dan Open Office" sebab ruang makan tak banyak.

Lepaih tu masa tahun 2008 aku kena naya betui sebab masa tu komputer aku rosak cakera keraih pulak buat perangai. Jenuh kena format balik semua. Aku teruih ambik keputusan nekad dengan hati tak berapa kering ni. Aku letak semua gambaq dan aku pi mana dan aku rasa semua dalam blog ni. Aku harap pengendali blog ni tak mintak duit untuk benda ni.

Dalam blog ni aku gaya tulisan aku berbeza beza ikut keadaan. Yangni tak bermakna aku takdak pendirian sebab aku ada pendirian aku dan kalau sapa yang kenai aku kata aku memang ketegaq sangat. Tapi aku tak hati kering.

  • Aku tulih sebagai seorang hamba pada puncak kecintaan seorang manusia iatu Allah S.W.T
  • Aku tulih sebagai seorang umat pada yang tercinta Rasulullah s.a.w
  • Aku tulih sebagai seorang anak pada Mak dan Ayah yang dicintai dunia dan Akhirat
  • Aku tulih sebagai seorang suami pada seorang isteri yang cukup dicintai
  • Aku tulih sebagai seorang menantu pada 2 orang Mentua yang disayangi
  • Aku tulih sebagai seorang abang sulung pada yang disayangi 9 orang adik beradik
  • Aku tulih sebagai seorang bangsa Melayu yang menyayangi bangsanya setulus hati
  • Aku tulih sebagai seorang rakyat Tanah Melayu atau Malaysia yang menyayangi negaranya
  • Aku tulih sebagai seorang rakyat negeri Pulau Pinang yang disayangi
  • Aku tulih sebagai seorang kawan kepada kawan yang lain
  • Aku tulih sebagai seorang pengembara yang mengembara setiap minggu.
  • Aku tulih sebagai seorang yang mempunyai perasaan

Aku tak kisah sapa sapa nak kata apa apa pasai tulisan aku sebab aku tak suka singgung perasaan orang lain, tapi kalau hang yang mula dulu lantak hang nak nak terasa ka.

Aku tak dak laman sosial lain contoh macam facebook sebab tu aku tulih apa yang aku nak tulih ni dalam blog aku.

Bagi aku kalau sapa sapa tiba tiba jumpa blog aku lepaih tu jumpa blog aku kalau tak suka dengan tulisan aku teruih boleh keluaq atau tekan butang pangkah kat ataih sekali tu.

Lantaklah ................................. kalau aku nak letak gambaq aku ka, mak ayah aku ka, bini aku ka, adik adik aku ka dan sapa sapa dalam blog ni atau tempat mana mana yang aku pi atau mana mana rencana yang aku salin dan tempek dalam blog ni sebab aku tak kacau pun sapa sapa. Aku tak kisah pun orang nak kata apa pasai blog aku ni.

Ish Ish Ish aku mengumpat pulak dah hari Jumaat ni.................. tak pa lah aku nak berenti dah dari tulis buat waktu ni.

Tuesday, June 22, 2010

Terima Kasih Atas Segalanya

Terima Kasih Atas Segalanya

Pukul 8.20 semalam aku ke rumah mak ayah aku yang terletak di Taman Permata. Aku kesana setiap minggu setiap hari Isnin. Selepas habis makan malam aku pun bersembang dengan Mak , Ayah dan adik adik aku, kami pun turut berjenaka antara satu sama lain.

Pada pukul 10.40 malam sewaktu aku hendak pulang ke rumah tiba tiba kesihatan aku terjejas, nasib baik aku masih berada didalam rumah.

Aku bersyukur pada Allah SWT kerana masih memanjangkan umurku dan aku cukup berterima kasih banyak banyak pada Mak dan Ayah yang sanggup menjaga aku sehingga sanggup tidur diruang tamu kerana menjaga aku sehingga kesihatan aku pulih pada pukul 5.40 pagi tadi. Tidak dilupakan adik adik aku yang menolong menjaga aku antaranya Nur, Fatimah dan Muhaimin.

Tanpa mereka aku pun tidak tahu apa yang terjadi pada diriku.........................

Monday, June 21, 2010

Adik Adik Perempuan Aku

Adik Perempuan Aku

Kelihatan 3 orang adik perempuan aku Farah, Fatimah dan Nur melepaskan tekanan mereka

Ketika itu aku, isteri aku Puan Azlina, Adik Perempuan aku, Cik Farah Zalina, Cik Fatimah Zahra dan Cuk Nur Hannah berada didalam kereta sewaktu kesesakan jalanraya ketika hendak menyeberangi Jambatan Pualau Pinang untuk menghadiri kenduri sepupu aku Puan Safuraa.

Friday, June 18, 2010

Petai


Petai

Pokok Petai merupakan sejenis tumbuhan dalam famili Leguminosae yang berasal dari kawasan Asia Tenggara yang beriklim panas lembap. Pokok ini selalunya tumbuh meliar di dalam hutan-hutan Malaysia, Indonesia, Brunei and Thailand, tetapi jarang didapati selain kawasan Asia Selatan. Nama botaninya Parkia speciosa - Hassk.

Ciri fizikal
Pokok Petai merupakan pokok saka yang besar dan rendang, dan boleh tumbuh setinggi 30 meter. Buah petai terdapat dalam deretan panjang dan nipis yang dikenali sebagai "papan". Setiap papan buah mempunyai antara 12 hingga 15 biji benih tersusun memanjang sepanjang buah. Buah ini, yang panjangnya sehingga 50 sentimeter apabila cukup tua, mempunyai kulit yang tebal tetapi lembut, benih dan licin berwarna kemerah-merahan. Biji-biji inilah yang dimakan kadang-kadang mentah dan kadang-kadang dibakar. Buah petai sering dimakan sebagai ulam oleh peminat, tetapi kurang popular kerana mempunyai bau yang kuat. Biasanya, petai dicicah dengan sambal untuk dimakan bersama nasi. Biji-biji petai yang dikupas, biasa juga dimasak sambal tumis bersama udang atau kerang.

Khasiat
Berdasarkan kajian, buah petai yang berbintil-bintil pada papannya dikatakan mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi berbanding tumbuhan hutan yang lain, iaitu sebanyak 8 peratus, 11 peratus karbohidrat, 71% air, banyak mengandungi kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C.

Sebenarnya kandungan pemakanan biji petai berbeza mengikut umur dan kesegaran bijinya. Buah petai yang kecut ataupun bijinya tidak membulat mempunyai kandungan khasiatnya kurang. Dalam perubatan tradisional Melayu, biji petai dipercayai berkesan untuk merawat penyakit jantung dan penyakit kencing manis, mencuci buah pinggang, serta untuk mengeluarkan cacing daripada kanak-kanak yang kecacingan.

[sunting] Pembiakan
Pokok petai mula berbunga ketika berusia lima tahun. Pendebungaan pokok ini adalah melalui spesies kelawar Eonycleris spelaed yang juga merupakan agen pendebungaan bagi Pokok Durian. Oleh kerana pokok petai dan pokok durian adalah bermusim, kelawar Eonycleris spelaed mencari makan dari madu pokok Bakau jenis Sonneratia pada musim yang lain.

Pokok petai biasanya ditanam menggunakan biji benih.

Jenis petai

Pokok Petai (Parkia speciosa)
Pokok Petai Kerayung (Parkia javanica)
Pokok Petai Maranti ( Parkia ingsularis),
Pokok Petai Nering ( Parkia sumatrana).

sumber ms.wikipedia.org/

.................................................................................

..............................


Maka bermulanya satu terbitan blog yang menggunakan ayat skema. Aku tak kisah pun sapa sapa nak kata apa apa kat aku sebab kalau orang yang pertama kali tengok aku tentu depa kata aku ni skema gila.......hahahahaha tahanlah..........

Aku tak kisah dan tak marah kalau apa orang nak kata kat aku, cuma orang yang rapat dengan aku saja tau kata aku ni tak skema langsung.

Haritu kat tempat kreja aku ada sorang budak B.M High School mai jumpa kawan aku Sapaq sebab Sapaq pun mengaji kat BMHS maka sapaq pun tanya kat budak tu kenai tak aku. Budak tu kata apa "Oh Azril yang nampak skema kat sekolah dulu ka?" Sapaq pun diam tak kata apa. Masa tu kawan baik aku Razi pun ada, lepaih tu dia pun mai habaq kat aku.

"Azril tadi ada budak BMHS mai sini, lepaih tu Sapaq tanya kat dia, kenai tak hang. Hang tau tak budak tu kata apa oh Azril yang nampak skema kat sekolah dulu ka", Razi habaq dengan bersunguh sunguh.

"Betoi ka, hahahahaha", aku pulak cakap sambil senyum.

"Hang senyum ja, hang tak marah ka?", kata Razi sambil dok heran dengan perangai aku.

"Aku tak kisah pun Razi kalau ada budak BMHS kata aku skema masa sekolah. Baguih apa. Hahahahahaha", aku cakap kat Razi dengan nada sora yang gembira.

Lepaih tu Razi pun pi duduk kat tempat dia sambil buat kreja dia. Aku pun terpikiaq balik apa yang depa kata dan aku pun cuba imbaih balik kenangan masa zaman sekolah dulu.

Ada sorang cikgu kat sekolah dulu pernah kata perangai aku ni macam jebon......................

Aku tak kisah lah janji aku dapat SPM Gred Satu

.....................................................

............................

.......


Maka ayat skema pun bermula...............................

Bagi peminat petai jika terlihat petai yang dijual di pasar malam tentu meleleh air liur tapi bagi bukan peminat seperti aku tentu tidak terasa apa apa. Banyak juga khasiat petai yang belum lagi diketahui semua dan perubatan moden juga mengiktiraf petai sebab agen anti oksida.

Berbalik pada cerita petai, semasa aku ke tandas di pejabat kemalrin aku terhidu petai yang amat menyucuk hidung. Ini adalah kerana di Pulau Pinang dan Seberang Perai sekarang ini adalah musim petai. Aku tidak hairan dengan situasi tersebut tetapi yang menjadi persoalan sekarang adalah kenapa sipemakan petai tersebut tidak tahu menjirus tandas tersebut dengan betul sehingga hilang bau petai tersebut.

Persoalan aku sekarang ini adalah kenapa dia tidak menghidu bau tersebut setelah dia kencing dan adakah dia tidak merasakan satu tanggungjawap menjaga kebersihan tandas yang dikongsi lebih dari 50 orang pegawai dan kakitangan disini.

Persoalan aku sekali lagi adakah dia seorang yang tidak bertanggungjawap, mementingkan diri sendiri atau mungkin hidungnya telah rosak.

Tidak mengapa nanti aku sambung lagi cerita aku sebabnya sekarang aku hendak bersiap ke Terminal Penang Sentral untuk ke Kuantan. Hari ini aku naik bas malam, bas pukul sembilan.

Thursday, June 17, 2010

Lirik Lagu Cukup Indah - Alif Satar



Lirik Lagu Cukup Indah - Alif Satar

Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah

Korus
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu

Ulang Korus

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan untuk dicintai


....................................
...........................
.................
...........
...
.

Aku suka sangat lagu ni. Kata kata dalam lagu ni memang menarik sangat.............

Wednesday, June 16, 2010

Kamera Aku Rosak.........

Kamera Aku Rosak.........

Kali ini aku nak tulis blog ini dalam bahasa Melayu daerah atau bahasa Pulau Pinang

Aku merasakan dengan tulisan aku ini tidak mencemarkan bahasa ibunda aku Bahasa Melayu.

.......................................................................

Hari sabtu lepaih masa kenuri rumah Pak Cik Ya (Pak Cik Yahaya), tiba tiba aku rasa macam kamera aku ni macam rosak ja. Cuba bayangkan kalau kita tangkap gambaq kat luar gambaq tu jadi putih sangat macam terlebih sangat cahaya

Aku cuba perbetul dengan butang butang kamera tersebut tapi masih tak jadilah. Aku pun tak tau nak buat apa.

Banyak jugak gambaq yang aku tangkap masa kenduri rumah pak cik ya tapi semua gambaq jadi rosak dan telebih cahaya.

Aku cuba bagi kat adik aku Muhaimin baiki sebab Muhaimin pandai sikit dalam hal nak baiki semua walaupun kadang kadang jadi macam tikus baiki labu ja. (jangan marah). Tapi tak boleh jugak.

Aku la ni nak tunggu gaji lepaih tu teruih bawak kamera tu baiki kat kedai. Tapi aku dengaq cerita kawan kawan kata kalau kamera digital ni tak boleh baiki. Kos baiki kamera tu akan jadi lebih mahai dari kos beli baru.......................

Mampuih.... takkan aku beli kamera baru pulak.

Ish ish ish apapaun aku cuba bawak kamera tu kat kedai dulu. Tengok kalau mahai sangat aku akan beli baru. Tengok dua tahun lagi kot. Tahanlah......

Memang aku sayang kamera tu sebab kawan aku bagi masa aku nak kawin dulu. Dia bagi sebab dia tak dapat mai kenduri aku waktu tu sebab dia ada kertas akhir peperiksaan di Australia.

Aku memang suka sangat tangkap gambaq dalam komputer riba aku banyak sangat gambaq yang aku tangkap, tapi lepaih ni aku pun tak tau nak buat apa.

Tak pa tak pa tak pa (ayat cuba sabaq diri sendiri) nanti aku cauba baiki kat kedai kamera nanti.

Friday, June 11, 2010

Taman Esplanede Temerloh


Taman Esplanade Temerloh

2 minggu lepas, selepas balik dari rumah Mentua aku aku yang terletak di Felda Jenderak Utara aku dan isteri aku pergi berjalan jalan sektar Temerloh. Tujuan utama kami berjalan jalan adalah untuk pergi ke rumah baru Kak Ipar aku dan mencari ikan sungai untuk dibuat lauk.

Kami pun menyusuri jalan sepanjang Sungai Pahang untuk mencari gerai gerai yang menjual ikan patin dan talapia tetapi impian kami hampa kerana semua gerai ditutup.

Aku memang suka makan ikan talapia manakala isteri aku pula suka makan ikan patin. Tapi ikan patin yang dipelihara dalam sangkar dan bukannya kolam. Hahahaha.

Sedang kami mencari cari gerai ikan tersebut lalu kami sampai di Taman Esplanade Temerloh lalu aku pun erus berhenti dan mengambil gambar. Banyak juga gambar yang aku ambil tetapi semuanya rosak akibat gelap cuma satu gambar saja yang dapat diselamatkan

Pada pandangan aku, taman ini memang cantik kerana ia berlatarbelakangkan Sungai Pahang yang indah. Setelah kami mengambil gambar lami pun pergi ke rumah baru Kak Ipar aku. Nasib menyebelahi kami apabila ada peniaga disini menjual ikan sangkar, apalagi kami pun membeli ikan patin dan talapia untuk dibuat lauk.

Jarak Antara Rumah Isteri Aku dan Rumah Aku


Jarak Antara Rumah Isteri Aku dan Rumah Aku

Begitulah jarak antara rumah aku dan rumah isteri aku.

Rumah Isteri aku di Kuantan dan rumah aku di kuarters Jalan Chan Ewe Phin

Jaraknya adalah 575 km. Cuba bayangkan kos sekali pergi dan balik dengan menaiki kereta Proton Gen2 kesayanganku adalah RM 350.

Kalau naik bas pergi dan balik adalah RM 105.00. Oleh yang demikian aku naik bas setiap minggu untuk balik ke Kuantan.

Cara Mudah Mendapatkan Kadar Tol



Cara Mudah Mendapatkan Kadar Tol

Itulah aku, kadang kadang benda yang senang pun aku boleh lupa, dan lupa lagi....

Kadang kadang aku dah hafal kadar tol contoh dari Juru ke Jalan Duta yang aku hafal pun boleh lupa.

Tapi sekarang ni bila dah ada kemudahan yang canggih aku tak payah untuk ingat kadar, cuma cari dalam internet saja

Inilah yang dikatakan teknologi dihujung jari.

Berbalik pada tajuk diatas rupanya senang caranya kalau kita hendak mencari kadar tol Lebuhraya PLUS

  1. Masuk laman PLUS di http://www.plus.com.my/
  2. Tekan saja butang yang bergaris merah dan ia akan keluar satu kotak dialog
  3. Masukkan destinasi perjalanan dari mana dan kemana dan tekan butang "get result"
  4. Dalam tempoh 1 saat kadar yang dikehendai akan keluar
Mudah saja, tapi kalau tak ada internet telefon saja di nombor 1800-88-0000

Permintaan Dari Adik Aku



Permintaan Dari Adik Aku

Pada hari Isnin yang lepas aku balik ke rumah mak ayah aku di Taman Permata, Bukit Mertajam. Aku akan kesana setiap hari Isnin dan akan makan malam bersama mak ayah aku. Sesampainya disana aku pun makan dan tengok surat surat yang sampai atas nama aku.

Tiba tiba mak cakap "Azril tolong nasihat sama kat Nur Hannah ni sebab tak mau belajar asyik nak bukak internet saja".

"Tak pa nanti Azril nasihat dia ya mak", kata aku

Tiba tiba adik aku Cik Nur Hannah yang berumur 12 tahun lalu depan aku.

"Hai Abang bila sampai" kata Nur Hannah lembut

"Tadi, Nur abang nak cakap sikit, kenapa Nur ashik bukak internet saja, mak kata sampai Nur tak buat latihan yang beli dalam internet tu?", kata aku

"Tak dak abang, Hana bukak internet sebab Hana buat latihan yang ayang beli tu", kata Nur Hannah.

"Abang tau tak Hana selalu bukak blog abang setiap hari dan dia baca apa yang abang tulis setiap hari dan lepas tu dia gelak", kata adik aku Cik Fatimah Zahra menyampuk. (dia ni memang suka jampuk orang cakap)

"Abang tau tak Hana bukak blog abang sebab nak tengok kat mana abang pi dan apa yang abang tulih tapi Hana dok cari jugak pasaipa gambar Hana kurang sangat dalam blog abang. Abang tau tak Hana buat latihan yang ayah beli dalam internet tu lepas tu baru Hana bukak blog abang", kata Nur Hannah.

"Oh ya ka, tak pa nanti abang letak gambar Nur banyak banyak dalan blog abang dengan satu syarat Nur kena belajar elok elok dan buat latihan yang ayah beli tu", kata Nur Hannah.

............................
...............
.....
.
Tak pa aku akan kotakan apa yang akata pada adik aku Cik Nur Hannah.

Thursday, June 10, 2010

Cuti Cuti Malaysia Tanah Tinggi Cameron

Cuti Cuti Malaysia Tanah Tinggi Cameron

Tarikh : 28,29 dan 30/05/2010
Lokasi Percutian : Tanah Tinggi Cameron (Sejuk sangat sampai kena selimut tebal)
Lokasi Penginapan : Syam Apartment, Tanah Rata, Tanah Tinggi Cameron
Penyertaan :
1) Aku
2) Isteri Aku - Puan Azlina
3) Mak Mentua Aku - Puan Halijah
4) Kak Ipar Aku - Puan Azilawati
5) Adik Ipar Aku - Puan Aizaan
6) Biras Aku - Encik Ahamad Sapawi
7) Biras Aku - Encik Nuril Azwa
8) Anak Saudara - Encik Nur Irfaan
9) Kawan kawan Puan Aizaan - tak ingat nama tapi yang aku ingat nama Along dan Wawa



Puan Azlina mendukung Nur Irfan yang baru bangun tidur
.
Pasangan kekasih tengah bergambar
.


Dengan senyuman berlatarbelakangkan pintu masuk ladang teh Bharat
.

Senyuman manis dari isteri tercinta
.


Aku menikmati secawan teh. Kita minum dulu..sedap tak sedap jangan kira janji minum dulu. Tapi apakan daya teh tu pekat sangat.......
.


Ketika ini aku berada di tebing tinggi ladang teh yang tidaklah berapa sejuk.
.


Bergambar bersama Mak Mentua Aku Puan Halijah
.

Puan Azlina berlatarbelakangkan ladang teh
.

Puan Azlina ketika di padang yang sungguh indah. Kombinasi terbaik keindahan......
.
Aku dan batu bersurat. Sebenarnya batu ini adalah batu panglipurlara sebab ia menceritakan dan ceritanya takkan habis sehingga kita membacanya sampai habis.
.

Aku dan Puan Azlina mengucapkan terima kasih sebab mengalu-alukan kehadiran kami disini.
.
Aku dan pokok paku pakis gergasi
.
Tak larat nak berdiri, aku duduk pula janji gambar aku dapat dirakamkan
.
Puan Azlina dan anak saudaranya. Kelihatan Irfaan yang comel memerhatikan lensa kamera
.


Giliran aku pula yang mendukung Nur Irfaan
.

Nsib baik tak masak lagi, kalau masak tentu aku dah beli dah.
.
Kami sempat memegang tomato yang masih lagi tidak masak
.

Puan Azlina dan tumbuhan hiasan
.
Kami dan bunga-bungaan hiasan
.

Puan Azlina dan bondanya Puan Halijah bergambar
.

Berdiri dari kiri Puan Azilawati, Puan Azlina. Duduk dari kiri Puan Halijah dan Puan Aizaan sambil mendukung anaknya Nur Irfaan
.
Sayang tahu tak abang berharap cinta kita subur dunia dan Akhirat
.

Bunga aku yang jelita sempat bergambar bersama bunga ros yang cantik
.

Nampaknya tomato di Taman Tomato Mardi telahpun masak
.
Aku dan kailan
.

Puan Azlina dan adiknya Puan Aizaan memegang bunga matahari
.
Taman yang sungguh menarik, indah dan tenang
.
Taman ini diserikan lagi dengan kehadiran kami berdua
.
Alangkah indahnya jika kawasan rumah kami pun mempunyai lanskap sebegini
.

Isteri tercinta dan orkid merah jambu. Kombinasi terbaik antara keindahan wanita dan bunga....... indahnya dunia....walaupun sementara
.
Jangan silap pegang nanti terkena duri
.
Kami dan salad karang yang menghijau, merah dan kuning
.
Labu ni memang panjang betul, kalau makan tentu sedap. Aku pun tak tahu kenapa bila berada disini aku cepat sangat lapar. Hahahaha
.

Epal di Mardi ni memang hampir hampir masak.
.

Senyuman yang dapat mencairkan segala galanya. Hahahaha
.

Puan Azlina dan mawar merah
.

Akanku sunting bunga itu dan kuselitkan dirambutmu......
.
Aku dihadapan kiambang yang sungguh menghijau
.

Cantiknya bunga di Mardi ni.
.
Berdiri dari kiri. Aku, Encik Sapawi dan Encik Azwa
Duduk dari kiri. Puan Azilawati, Puan Azlina, Puan Aizaan dan Puan Halijah.
.
 Aku tersengih seorang diri di dalam panas berlatarbelakangkan flora yang menghijau
.

Strawberi ni masih belum masak dan masih lagi kecil
.

Puan Azlina tersenyum disebelah tumbuhan hiasan yang cantik
.

Puan Azlina dan bondanya Puan Halijah
.
Nampak macam merangkak didalam ladang teh
.


Kami bergambar didalam ladang teh yan tidak begitu nyaman sebab dah tengahari
.

Puan Aizaan dan Encik Azwa bersama anak mereka Nur Irfaan
.
Kami bergambar berdua sebelum kami balik.
.

Puan Azlina tersenyum lebar bersama anak saudaranya Irfaan yang turut sama tersenyum walaupun tiada lagi gigi
.