Pergi kursus di Cameron Highland.
Assalamualaikum semua, Segala Pujian Pada Allah Tuhan Pentadbir Sekalian Alam. Dengan Rahmat Dan Kasih SayangNya hambaMu ini masih dapat bernafas lagi di bumi yang indah permai ini.
Antara tempat menarik yang dilawati ketika berkursus adalah di Cameron Highland, kursus tersebut dianjurkan oleh jabatan tempat aku berkerja.
Kami memulakan perjalanan selepas solat Jumaat. Dalam waktu maghrib kami pun sampai disana. Ketika turun bas di Cameron Highland sudah terasa akan sejuknya, seronok betul. Maklumlah aku kali pertama menjejakkan kaki di sana. Kami semua penerangan oleh boss kami dan diberi kunci hotel. Tempat penginapan kami adalah di Hotel Rosa Pasadena.
Antara perkara yang disentuh ketika berkursus adalah tentang sikap dan mentaliti. Kami pun diberi motivasi dan kata kata semangat oleh penceramah dan banyak pelajaran yang berguna boleh didapati dari kursus tersebut.
Hari yang paling best adalah sewaktu hari terakhir kursus dimana kami semua diberi kesempatan menjalankan aktiviti bebas dan dibawa melawat ladang strawberi, ladang teh dan banyak lagi tempat yang menarik.
Apa yang penting kami semua dapat melepaskan tekanan dan merahatkan minda. Seronok betul, hahaha, tapi kenapa perkara yang menyeronokkan hanya datang datang sekejap saja. Tapi tak mengapa sebab aku dah berjaya melangkah ke Cameron Highland kerana ia merupakan tempat idaman aku sejak dari zaman persekolahan lagi. Aku gembira betul hahahahaha
Monday, May 22, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment