Friday, June 04, 2010

Papan Tanda Yang Menarik



Papan Tanda Yang Menarik

Sepanjang perjalanan aku dengan menaiki bas dari Pulau Pinang ke Kuantan setiap minggu aku akan ternampak pelbagai jenis dan betuk papan tanda, setiap hari pelbagai jenis papan tanda didirikan. Aku juga melihat berbagai bagai papan tanda yang memberikan makluman dan kesedaran, ada yang menarik ada yang tidak.

Tapi aku sukar hendak melupakan papan tanda yang aku aku letakkan gambar diatas. Lokasi gambar papan tanda tersebut adalah di jalan Bandar Indera Mahkota, Kuantan yang menghala ke Bandar Kuantan. Aku merasakan papan tanda tersebut akan memberikan kesedaran pada yang orang yang membacanya dan melakukan perkara tersebut. Terima Kasih pada JKR Kuantan yang menyediakan papan tanda tersebut.

.......................................................................
...........................................................
................................
.......
.

Bukan ayat skema tapi aku cuba menggunakan bahasa ibunda aku, bahasa melayu dengan betul.
Aku rasa sapa yang suka buang sampah tu akan terasa dengan kata kata dari papan tanda tersebut yang menusuk kalbu. Hahahahaha