Saturday, August 19, 2006

Ulang Tahun Kelahiran Aku Yang Ke 26

Ulang Tahun Kelahiran Aku Yang Ke 26

Kejutan demi kejutan.........

Tadi jurujual eon (edaran otomobil nasional) telefon kata hasrat aku untuk memiliki kereta mungkin akan tercapai dalam masa yang terdekat disebabkan pihak eon dah hantar semua permohonan kat bank. Mungkin dalam beberapa hari aku akan dapat memiliki sebuah mesin impian 4 tayar.

Kejutan lain minggu lepas semasa aku balik kerja tiba tiba mak kata kat aku

"Azril malam ni jangan pergi mana mana sebab mak dan ayah ada kejutan untuk Azril"

Aku pun senyum dan mula berfikir apakah kejutan yang dimaksudkan oleh mak.

Aku pun tengah sms dan tiba tiba terdengar bunyi deruman motor ayah bermakna mak dan ayah dah balik.

Nur Hannah macam biasa akan menerkam mak dan ayah untuk mendapatkan barang barang yang dibeli.

"Oooo, mak beli kek untuk harijadi abang", kata Nur Hannah sambil membawakan kotak yang berisi kek.




"Terima Kasih mak dan ayah sebab sambut harijadi Azril", kata aku

Mak dan ayah senyum je

Tiba tiba kamera pula habis bateri hahahaa, tak tahu nak macam mana. Ayah aku pun dapat idea lalu ayah pun ambil gambar aku guna telefon bimbit ayah.

Lepas aku potong kek tersebut kami pun makan beramai ramai bersama 7 orang adik aku.

Walaupun kamera vga dan imej tak terang, aku tak kisah janji best dapat juga rakam gambar

Terima Kasih Mak dan Ayah sebab beli kek untuk harijadi Azril. Azril sayang mak dan ayah.