Tuesday, November 30, 2010

Majlis Raja Sehari Farah Zalina Binti Hamzah di Taman Permata

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
...................................
.
Majlis Raja Sehari Farah Zalina Binti Hamzah di Taman Permata
.
Pada 14/11/2010 yang lalu 2 jam setelah habis majlis akad nikah di masjid maka bermulalah majlis kenduri kahwin dirumah mak dan ayah di Taman Permata Bukit Mertajam. Memang seronok majlis kenduri tersebut disebabkan semua jemputan hadir terdiri dari kawan kawan dan saudara mara. Kemuncak majlis tersebut adalah kedatangan pengantin 2 jam kemudian.
Wajah Adinda Tersayang Puan Farah Zalina selepas disolek
.
Puan Farah diiring untuk menyambut kedatangan suaminya
.
Puan Farah mencium tangan suaminya
.
Sempat lagi bersembang antara satu sama lain
.
Pengantin diiring masuk ke dalam rumah
.

Sedap tak puding tu? Cuba teka siapa yang buat?
.

Pengantin dimeja santapan beradat
.
Pengantin sempat berjenaka diantara satu sama lain
.
Pengantin tersenyum lebar diatas pelamin
.

Pengantin bersama bonda dan ayahanda pengantin lelaki
.
Azril dan Puan Azlina bergambar bersama pengatin. Berdiri bersebelahan adinda ipar masing masing
.
Bergambar bersama adik beradik, bonda dan ayahanda

Gambar pelbagai gaya yang riang gembira
.
Haaaaa, tengah buat apa tu
.
Kelihatan bonda tercinta dan ayahanda tercinta diatas pelamin
.

Bonda memberikan ciuman harijadi pada ayahanda
.
Nampaknya ayahanda pula yang segan
.

Bonda menutup mukanya dengan bunga sambil ayahanda tersenyum lebar
.
Ayahanda memotong kek harijadinya
.
Bonda menyuapkan ayahanda kek
.
Pengantin bergambar bersama sepupunya
.

Kelihatan Adinda Encik Azil Fikri bergambar bersama bakal tunangnya diatas pelamin
.

Adinda Cik Fatimah Zahra tersnyum lebar sambil makan didalam panas matahari
.

Adinda ipar Puan Aizaan turut sama menyerikan majlis bersama anakandanya Encik Nur Irfaan
.
.
.
Azril sebagai anak sulung pada bonda Puan Hajah Roselina, Ayahanda Tuan Haji Hamzah, abang sulung pada adik adik dan suami pada seorang isteri dengan rendah diri memohon ampun dan maaf atas sebarang kesulitan dan permasalahan yang timbul sepannjang majlis yang dijalankan di rumah kami di Taman Permata. Saya juga ingin mengalungkan sejuta penghargaan pada Mak/Pak/Tok saudara/pupu, Mak/ Abah Mertua, Adik/Kakak ipar, Biras, Sepupu/2 pupu, Saudara mara terdekat/jauh, kawan kawan jiran terdekat/jauh dan keluarga pengantin lelaki dan sesiapa yang hadir dalam memenuhi jemputan untuk memeriahkan majlis perkahwinan ini. Penghargaan yang sama juga ditujukan pada saudara mara yang tolong menolong membalut bekal cenderamata, mengemas rumah dan tolong menolong menyiapkan kerja disaat akhir di malam sebelum berlangsungnya kenduri. Terima Kasih semua.............