Tuesday, October 29, 2013

Azril dan Makanan

Azril dan Makanan

Mungkin ada yang berkata, macam dah tak ada tajuk dah nak letak ka? Tapi itulah kenyataannya, benda yang paling sedap didunia adalah makanan.

Ketika di satu majlis yang berlangsung di rumah Abah Mentua di Felda Jenderak Utara. Cuba bayangkan kesedapan ayam masak pedas yang berada dalam periuk tersebut, memang tiada ayat dapat diucapkan apabila dapat makan ayam yang masih lagi panas dan sedap.

Pada sebelah malamnya kami dihidangkan dengan kambing golek. (Sedap aih tak tau nak habaq....)
Cuba bayangkan daging kambing yang masih lagi baru dibakar dengan dengan ramuan yang cukup dan dipanggang sehingga masak kesemua daging tersebut. Apabila dipotong ia akan mengasilkan bau yang cukup mengasyikkan dan semasa ia dimasukkan didalam pinggan ia akan menyebabkan air liur hampir hampir jatuh... Cuba bayangkan daging yang 3 suku masak tersebut yang berwarna merah jambu tersebut dimasukkan didalam mulut dan kesedapan mula terasa apabila mengunyah daging tersebut yang menyebabkan masa hampir hampir terhenti apabila menikmati daging yang sedap tersebut. (meleleh ayaq lioq aku bila dok bayang)

Thursday, October 03, 2013

Ulangtahun Perkahwinan Azril Azlina Yang Kelima

Ulangtahun Perkahwinan Azril Azlina Yang Kelima

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ . 

Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian ............................................................................................ 

Ulangtahun Perkahwinan Azril Azlina Yang Kelima

Pada 17 Mei 2012 yang lalu Azril dan isteri tercinta meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang kelima. Syukur pada Allah SWT kami dapat hidup aman damai sebagai suami isteri selama tempoh lima tahun ini. Perjalanan kehidupan sebagai suami isteri ini memang penuh dengan rintangan dan dugaan tambahan pula kami yang berjauhan ini. Berkat kasih dan cinta dari Nya dan kasih sayang antara kami, kami dapat meneruskan perjalanan cinta kami sebagai suami isteri hingga ke hari ini. 

 Tarikh Percutian : 17 - 18 Mei 2013
Lokasi Percutian : Pantai Port Dickson, Negeri Sembilan darul Khusus 
Tema Percutian : Meraikan Ulangtahun Perkahwinan yang kelima sambil menikmati bayu laut 
Penyertaan : Muhammad Azril Hamzah dan Azlina Ahmad
Kamera : Kamera kompak biasa dan kamera telefon bimbit

Duduk sat sebelum daftar masuk, sebab mai awai sangat lepaih tu tak boleh nak daftar masuk lagi
Kami dibawa dengan kenderaan khas untuk ke tempat penginapan kami
Tiba tiba terima mesej pulak
Jom kita potong kek ni
Ayang potong kek ni dulu tau
Cantik kan kek kita ni
Cantik kek ni sebab tu lepaih abang potong kek ni abang nak makan teruih
Sedap kek ni sampai tak tau nak cakap apa
Dengan sopan dan terpejam mata isteri saya makan kek ni
Tu dia nombor lima dah hilang kena makan, habih dah tak nampak dah
Seriau juga tengok ayaq laut kat bawah tu manalah tau.....
Dah habih makan kek, jom kita mandi kolam pulak
Ayaq kolam ni sejuk sebab campoq ngan ayaq hujan
Isteri tercinta gembira mandi kolam
Jom kita jalan jalan pulak kat sekitar kawasan ni
Abang doakan rumah tangga kita kekal dunia dan Akhirat.... Amin
Jom kita duduk sat
Jom kita makan pagi, tak berapa gembira sebab harini dah nak balik dah
Sebelum kita balik jom kita ambik gambaq dulu
Tu dia ayaq laut dah naik dah. Sila abaikan gambaq kaki saya tu 
Keindahan pantai Port Dickson
Keindahan alam dan keindahan ciptaan apabila elemen alam digabungkan dengan kekacakkan manusia ia akan menjadi sempurna. hahahaha