Friday, June 21, 2013

Hari Cuti Azril, Azlina, Farah dan Farhana

Hari Cuti Azril, Azlina, Farah dan Farhana

Pada awal bulan April yang lalu Azril balik ke Kuantan dengan menaiki kereta dan turut mengikut Azril balik ke Kuantan ketika itu adalah adik Azril iaitu Puan Farah Zalina dan anak saudara Azril iaitu Nur Farhana Zuhaira. Kami memulakan perjalanan pada jam 8 malam dan selepas sejam perjalanan, kami pun sampai di Hentian Rehat Bukit Merah. Tujuan kami berhenti disana adalah untuk makan malam dan selepas habis semua urusan kami, kami pun meneruskan perjalanan sehingga sampai di Hentian Rehat Ulu Bernam untuk mengisi minyak. Sewaktu Azril sampai disana Nur Farhana telah pun tidur dan setelah kami mengisi minyak dan membeli makana ringan, kami pun meneruskan perjalanan. 

Setelah 3 jam perjalanan kami pun sampai di Kuantan dan kami pun disambut oleh isteri Azril iaitu Puan Azlina. Pada keesokkan harinya, setelah selesainya beberapa urusan kami, kami pun meronda ronda di kawasan sekitar. Antara tempat yang kami lawati adalah Pantai Telok Chempedak dan beberapa tempat yang menarik yang terdapat disana. Setelah tiga hari kami berada disana kami pun balik ke Bukit Mertajam. 

Amboih dia nak pakai jam ayah long pulak
.
Ayah Long dah pegang dia, mana nak lari
.
Nur Farhana sedang dibuai mimpi ketika kami sampai di Hentian Sebelah Ulu Bernam
.
Dalam banyak banyak telefon dia paling suka telefon Mak Long dia
.
Burger Sedap kat Restoran Timur Kuantan
.
Kambing bakaq Timoq
.
Nur Farhana makan kentang goreng
.
Sambil makan dok mengendap Mak Long dia makan
.
Nur Farhana dan emaknya Puan Farah Zalina
.
.
Mula mula koih pasiaq dengan kaki lepaih tu......
.
Jalan jalan maing pasiaq kat pantai Telok Chempedak
.
Pak Menakan dan anak menakan dok maing ayaq laut

Tuesday, June 11, 2013

Catatan Azril Azlina di Penghujung Mac 2013

Catatan Azril Azlina di Penghujung Mac 2013

Pada penghujung Mac yang lalu, Azril dan isteri tercinta bercuti ke Kuala Lumpur. Sebenarnya ini bukanlah percutian yang dimana Azril dan isteri tercinta akan meluangkan masa kemana mana melawat tempat menarik dan membeli belah disana. Apa yang pasti percutian ini merupakan percutian sambil berkursus dimana insan yang terlibat dengan kursus tersebut adalah Puan Azlina dan kehadiran Azril disana adalah untuk menemani isteri tercinta berkursus.

Catatan 24/03/2013
Azril dan Puan Azlina memulakan perjalanan ke Kulala Lumpur dari rumah Abah dan Mak Metua yang terletak di Felda Jenderak Utara. Setelah menempuhi perjalanan yang riang dan gembira selama 2 jam, kami pun sampai di Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Dengan bantuan alat sistem kedudukan global  atau “GPS” kami pun sampai di tempat penginapan kami yang terletak di tengah tengah Pusat Bandaraya Kuala Lumpur. Setelah daftar masuk kami berehat sebentar bagi menghilangkan penat, 2 jam kemudian setelah kami bersiap untuk keluar dan dialog pun bermula.

Azlina :  Apa pendapat abang kalau kita naik LRT sahaja

Azril   :  Hmmmm, kenapa tak nak naik kereta saja?

Azlina :  Saja lah ayang tak nak naik kereta sebab ayang nak naik lrt dan ayang pulak tak pernah naik lrt dengan abang. Apa kata kita naik lrt abang.....  Boleh ya abang.....

Azril   :  Ok juga...... ok, satgi kita turun kita naik lrt pusing pusing KL

Setelah perbincangan dijalankan, kami pun keluar dari tempat penginapan kami menuju ke stesen Transit Aliran Ringan atau “LRT” yang berdekatan. Akhirnya setelah kami bertukar LRT kami pun sampai di sebuah pusat membeli-belah di Pusat bandaraya Kuala Lumpur

Sesampainya kami disana, kami pun mencari restoran makanan segera untuk kami makan malam dan dialog pun bermula...

Azlina  :  Abang kita nak makan kat mana ni

Azril   :  Apa kita makan pizza ka, kfc ka?

Azlina  :  Ok juga tu, jom kita pi sana

Azril  :  Sat sat, apa kata kita pi kat Restoran yang kita tak pernah makan, kan kat sini banyak restoran makanan segera.

Azlina  :  Restoran mana yang abang nak makan, ayang pun teringin juga nak makan kat kedai yang kita tak pernah makan.

Azril  :  Apa kata kita pi kat Restoran Wendy, kita kan tak pernah pi sana.

Sepuluh minit kemudian kami pun ke Restoran Makanan Segera Wendy. Kami mengambil masa yang agak lama untuk memesan makanan disebabkan kami pertama kali ke sana. Setelah pembayaran dibuat, kami pun makan riang dan berselera. 20 minit kemudian kami pun memulakan kerja dengan menjamu mata mata kami dengan mengunjungi beberapa kedai yang terdapat disana. Setelah sejam kami menjamu mata tanpa membeli apa apa, kami pun pulang ke tempat penginapan kami dengan menggunakan keretapi.

Catatan 25/03/2013 dan 27/03/2013
Kami bangun pagi dalam kedaan ceria dan yang paling ceria adalah Azril disebabkan Azril cuti dan yang perlu bersiap mental dan fizikal adalah Puan Azlina disebabkan dia berkursus. Setelah kami bersiap, kami pun makan pagi di restoran tempat penginapan kami yang dimana restoran tersebut diiktiraf halal oleh Jakim. Setelah kami makan, kami pun turun ke tempat letak kereta dan Azril terus menghantar isteri tercinta ke tempat kursusnya yang terletak 1 km dari tempat penginapan kami.

Setelah mengahantar isteri tercinta ke tempat kursusnya Azril pun balik ke bilik penginapan dan terus menonton tv sehingga tengahari. Setelah tengahari Azril pun makan  bersama Puan Azlina di kedai makan yang terletak berhampiran tempat kursusnya. Setelah makan tengahari isteri Azril pun menyambung kembali pembelajarannya sehingga petang. Pada sebelah malamnya kami pun meronda ronda disekitar Bandaraya Kuala Lumpur dengan gembira.

Kami pulang ke Pulau Pinang pada petang 27/03/2013 setelah kursus Puan Azlina tamat dan setelah 2 jam perjalanan kami pun singgah di Hentian RTC Gopeng. Sesampainya kami disana kami terus meronda disekitar tempat tersebut. Kami berjalan kaki dari tempat letak kereta sehinggalah ke Pasaraya Mydin yang terdapat didalam bangunan Hentian Rehat tersebut. Nasib menyebelahi kami apabila kami sampai disana telah berlansungnya pasar tani dan pelbagai hasil pertanian dijual disana.

Setelah setengah jam kami meronda di sana, kami pun terus mencari makanan, dan dialog pun bermula

Azlina : Abang nak makan apa?

Azril : Ntah, abang pun tak tau nak makan apa sebab banyak sangat makanan yang ada kat sini sampai tak tau nak pilih

Azlina : Ayang pun sama.....

Azril : Abang nak makan ketupat, sebab abang memang suka makan ketupat.

Azlina : Kalau macam tu ayang pergi makan bihun sup, nanti kita kongsi makan ketupat dan bihun sup.

Setelah ketupat, rendang tok, ais kisar, ais coklat dan bihun sup dihidangkan diatas meja, kami pun makan dengan gembira tanpa menghiraukan ratusan pengunjung yang berkunjung disana. Setengah jam kemudian, kami pun meneruskan perjalanan dan dua jam kemudian, kami pun sampai di Bukit Mertajam.

Catatan 28/03/2013
Hari ini merupakan hari Khamis dimana Azril berkerja dan sebelah tengahari Azril membawa isteri tercinta makan tengahari di kampung Tok Kangar. Pada sebelah petangnya setelah Azril balik dari kerja Azril terus membawa isteri Azril makan laksa di Kebun Sireh. Pada malamnya kami ke rumah mak dan ayah Azril dan pada jam 11 malam, kami pun pulang ke rumah.

Catatan 29/03/2013
Seperti biasa jadual waktu harian Azril agak padat disebabkan banyak tugasan penting yang perlu disiapkan di tempat kerja tambahan pula hari ini merupakan hari Jumaat. Setelah tamat waktu kerja Azril, Azril dan isteri tercinta balik ke Kuantan dan perjalanan kami aagak lama disebabkan kesesakan jalanraya. Setelah 4 jam pemanduan, kami pun berhenti makan malam di Hentian Jejantas Sungai Buloh. Selepas makan, kami pun meneruskan pemanduan dan 3 jam kemudian kami pun di Kuantan.

Catatan 31/03/2013
Hari ini merupakan hari Ahad dimana hari yang merupakan hari bagi kami untuk berehat sahaja di rumah. Sebelah malamnya seperti biasa Azril dan isteri tercinta ke Terminal Makmur.........

Catatan 01/04/2013
Hari ini, Azril sampai di Terminal Penang Sentral agak awal iaitu pada jam 4.30 pagi. Setelah turun dari bas, Azril pun mengambil motorsikal Azril yang diletakkan di sebuah tempat penyimpanan berbayar dan terus balik ke rumah. Setelah mengharungi kedinginan bayu pagi selama setengah jam, akhirnya Azril pun sampai di kuarters. Setelah pintu kuarters dibuka, hati Azril menjadi sayu apabila terpandang semua benda yang terdapat di kuarters.............................................

Pada jam lapan pagi seperti biasa, Azril terus mengetik kad perakam waktu dan terus memulakan kerja........................
Nak pi jalan dah ni, tapi tak siap lagi.....
Dah siap dah ni, jom kita naik kereta.....
Tak sabaq sabaq nak pandu kereta ni
Kita makan dulu
Jom kita ronda ronda lagi
Ada orang tu pi kursus pakai baju baru
Nak makan apa, nanti kami pesan 
Sedapnya daging kambing ni
Daging batang pinang tengah lagi sedap
Kek coklat berlapis pun sedap juga
Sedap betoi ketupat ni, jom kita pi RTC Gopeng
Jom kita makan KFC
Sedap betoi tak tau nak habaq
Tak boleh nak berenti senyum sebab sedap
Kesesakan jalan diatas lebuhraya
Dalam keadaan semangat, Azril memulakan kerja pada 01/04/2013

Thursday, June 06, 2013

Tahap Senyuman Nur Irfaan

Tahap Senyuman Nur Irfaan
.
Tersenyum bila dengan Mak Ngah nya 
.
Pejam mata sat
.
Senyum sampai ternganga

Tuesday, June 04, 2013

Azril Azlina Makan Celoq Celoq di Kuantan

Azril Azlina Makan Celoq Celoq di Kuantan.

Lokasi tempat kami menjamu selera seterusnya adalah di Restoran "The Stove Grill and Steamboat Garden" yang terletak di Bandar Kuantan. Kami tertarik untuk kesana disebabkan ia menyajikan makanan rebus rebus atau celur celur atau lebih dikenali dengan nama stimbot dengan harga yang berpatutan dan pemilik kedai tersebut merupakan orang Islam.

Sesampainya kami disana, kami disambut dengan mesra oleh pemilik restoran tersebut dan mempersilakan kami duduk. 2 minit kemudian pelayan restoran pun datang membawa dapur dan memasukkan sup kedalam periuk kecil yang akan digunakan oleh kami untuk merebus makanan. Apa yang istimewa di restoran ini adalah selain dari merebus kami juga boleh membakar disebabkan periuk serbaguna yang terdapat disana mempunyai pelbagai fungsi iaitu merebus membakar. 50 minit kemudian setelah menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan yang terdapat disana, kami pun pulang ke rumah dengan keadaan yang kenyang.

Pelan pelan dok atoq daging, lepaih letak mentega baru boleh bakaq
.
Dengan berhati hati Puan Azlina mengangkat ayam yang dibakar bagi mengelakkan mentega yang telah cair merecik.

Monday, June 03, 2013

Apabila Azlina dan Farhana Bertemu

Apabila Azlina dan Farhana Bertemu


Farhana tersengih melihat Azlina ketika sedang makan
.
Masing masing tersenyum dan tersengih
.