Friday, June 21, 2013

Hari Cuti Azril, Azlina, Farah dan Farhana

Hari Cuti Azril, Azlina, Farah dan Farhana

Pada awal bulan April yang lalu Azril balik ke Kuantan dengan menaiki kereta dan turut mengikut Azril balik ke Kuantan ketika itu adalah adik Azril iaitu Puan Farah Zalina dan anak saudara Azril iaitu Nur Farhana Zuhaira. Kami memulakan perjalanan pada jam 8 malam dan selepas sejam perjalanan, kami pun sampai di Hentian Rehat Bukit Merah. Tujuan kami berhenti disana adalah untuk makan malam dan selepas habis semua urusan kami, kami pun meneruskan perjalanan sehingga sampai di Hentian Rehat Ulu Bernam untuk mengisi minyak. Sewaktu Azril sampai disana Nur Farhana telah pun tidur dan setelah kami mengisi minyak dan membeli makana ringan, kami pun meneruskan perjalanan. 

Setelah 3 jam perjalanan kami pun sampai di Kuantan dan kami pun disambut oleh isteri Azril iaitu Puan Azlina. Pada keesokkan harinya, setelah selesainya beberapa urusan kami, kami pun meronda ronda di kawasan sekitar. Antara tempat yang kami lawati adalah Pantai Telok Chempedak dan beberapa tempat yang menarik yang terdapat disana. Setelah tiga hari kami berada disana kami pun balik ke Bukit Mertajam. 

Amboih dia nak pakai jam ayah long pulak
.
Ayah Long dah pegang dia, mana nak lari
.
Nur Farhana sedang dibuai mimpi ketika kami sampai di Hentian Sebelah Ulu Bernam
.
Dalam banyak banyak telefon dia paling suka telefon Mak Long dia
.
Burger Sedap kat Restoran Timur Kuantan
.
Kambing bakaq Timoq
.
Nur Farhana makan kentang goreng
.
Sambil makan dok mengendap Mak Long dia makan
.
Nur Farhana dan emaknya Puan Farah Zalina
.
.
Mula mula koih pasiaq dengan kaki lepaih tu......
.
Jalan jalan maing pasiaq kat pantai Telok Chempedak
.
Pak Menakan dan anak menakan dok maing ayaq laut