Wednesday, July 21, 2010

Serangan Memori Lama

Serangan Memori Lama
.
Jam menunjukkan pukul 11.30 malam tiba tiba aku terkenangkan satu memori zaman persekolahan aku dulu. Aku bersekolah rendah di S.K Kongsi Balik Pulau dari tahun 1987 dan pada tahun 1989 adik aku Azil Fikri memasuki sekolah yang sama untuk memulakan pelajaran di darjah satu dan pada tahun 1990 adik aku Azam Hafiz pun memulakan darjah satunya disana juga.
.
Semasa itu rumah kami adalah di Jalan Relau, Balik Pulau. Jarak rumah kami dengan rumah adalah hampir 3 km. Ayah menghantar kami ke sekolah setiap hari dengan menaiki motor. Cuba bayangkan dengan motor kami bertiga dihantar ke sekolah. Jasa ayah akan aku kenang dunia akhirat. Pada tahun 1990 kami pun bertukar ke SRK St George Balik Pulau disebabkkan jarak sekolah tersebut adalah setengah kilometer dari rumah dan memudahkan kami kesana dengan berjalan kaki.
.
Aku teringatkan seorang cikgu yang bernama Cikgu Fauzi yang merupakan guru kelas aku sewaktu darjah 4 yang bertanyakan soalan mengapa kami hendak bertukar sekolah. Aku memberikan alasan bahawa jarak yang dekat untuk aku dan adik adik kesekolah disebabkan kami semua boleh berjalan kaki untuk kesana. Sesudah proses penukaran yang memakan masa sehari disebabkan Pejabat Pejaran terdapat disana maka aku pun mengemaskan meja dan buku buku. Tiba tiba Cikgu Fauzi datang dan memegang bahu aku dan berkata
.
“Cikgu harap Azril berjaya walau Azril pergi mana mana sekolah pun”, kata Cikgu Fauzi dalam sebak.
.
“Ya cikgu, saya akan belajaq elok elok nanti”, kata aku
.
Aku memang sebak diwaktu itu disebabkan aku terpaksa meninggalkan sekolah yang banyak menyimpan banyak kenangan sepanjang 4 tahun aku disana. Pada waktu itu aku merasakan aku turut mengalirkan airmata setelah melihat Cikgu Fauzi mengalirkan airmatanya. Pada masa yang sama kawan kawan pun turut sama bersalaman dengan aku dan ada seorang kawan sekelas aku yang menagis teresak esak. Aku mengingati namanya sehingga ke hari ini.
.
Maka hari aku pun bermula di SRK St George dan pada tahun 1991 adik aku Farah Zalina memulakan darjah satunya disana. Pada tahun 1991 kami bertukar sekolah sekali lagi di Bukit Mertajam disebabkan ayah telah membeli rumah di Taman Permata. Maka kami pun berpindah terus dari pulau ke tanah besar Semenanjung Malaysia.
.
Cerita aku bermula disini………………………………….
.
Aku pun memasuki sebuah sekolah di Bukit Mertajam, nama sekolah itu aku memang tidak pernah dengar tetapi jaraknya dekat dengan rumah dan memudahkan kami semua ke sana dengan menaiki basikal menyebabkann ayah mendaftar kami untuk kesekolah sana.
.
Sewaktu ayah mendaftarkan kami disana kami pun berjumpa dengan Guru Besar dan ditunjukkan dengan kelas masing masing. Tiba tiba ayah berjumpa dengan kawan sekolah ayah yang berkerja disekolah tersebut. Setelah lama ayah bersembang dengan kawan ayah tiba tiba ayah ternampak cikgu ayah dan ayah terus bersalaman dengan cikgu ayah tersebut. Ayah membawa kami berjumpa dengan cikgu ayah tersebut dan cikgu ayah memaklumkan pada kami bahawa ayah adalah pelajar pintar ketika disekolah dahulu. Ini membuatkan kami bangga pada ayah.
.
Diringkaskan cerita……………………………..
.
Kami bersekolah disana dengan kedaan yang gembira walaupun mendapat 20 sen sehari ke sekolah. Cikgu ayah tersebut mengajar aku pelaran sejarah dan setiapa hari dia mengajar aku pelaran sejarah. Cikgu tersebut bernama cikgu A. Cikgu A memang baik tetapi aku merasakan yang dia memang tidak sukakan aku. Aku tidak tahu mengappa kedaan sedemikian terjadi. Aku bukannya nakal disekolah rendah, aku tidak pernah ponteng sekolah di waktu itu dan aku bukannya kaki melawan cikgu.
.
Aku cuba menyembunyikan perasaan tersebut untuk menimba ilmu walaupaun aku banyak mendapat pengetahuan dari buku yang aku baca ketika aku mengulalangkaji pelajaran. Itulah sebabnya aku sukakan sejarah disebabkan aku banyak belajar sendiri mengenai sejarah melalui buku teks.
.
Aku tahu aku banyak bersabar dengan kerenah yang cikgu A timbulkan dan dia kerap menghina aku, aku tetap bersabar demi untuk menimba pelajaran. Antara gelaran yang dia berikan pada akku adalah 2 kupang, ini adalah kerana kami adik beradik mendapat 2 kupang sehari untuk kesekolah setiap hari. Selain itu dia sering memanggil ku dengan gelaran estet Taman Permata disebabkan Taman Permata merupakann bekas estet kelapa sawit. Banyak gelaran yang lain antaranya Sekolah Batu Uban, ini adalah kerana ayah bersekolah disana, disebalik hilai tawa pelajar lain yang mentertawakan aku pabila cikgu A memerli aku, cikgu A melakukan kebodohannya disebabkan ia memerli sekolah yang pernah memeberikan gaji padanya.
.
Setelah 2 bulan aku bersekolah disana aku mendapat tahu bahawa sekolah tersebut melakukan satu program motivasi yang dipanggil program bina insan bina ilmu dibawah kelolaan cikgu A. Aku pun berjumpa cikgu A dan memberitahu padanya yang aku hendak datang kesekolah pada hari Sabtu untuk program tersebut. Dalam kedaan sinis ia memerli aku dan mengatakan bahawa aku tidak layak untuk program ttersebut disebabkan rumah aku dengan sekolah adakah jauh.
.
Hendak dijadikan cerita ada seorang pelajar baru mmasuki kelas kami dan pabila tiba pelaran sejarah cikgu A memaklumkan padanya tentang program tersebut. Setelah tamat kelas cikgu A aku pun mengejar cikgu A dengan muka yang tidak malu ini aku pun bertanya padanya tentang program tersebut. Jawapan yang sama ia berikan pada aku dengan penambahan alasan iatu aku anak orang senang disebabkan rumah kami 2 tingkat.
.
Aku memaklumkan padanya tentang situasi yang sebenar mengenai kami hanya memakan ikan setiap hari dan pada hari cuti kami akan makan ikan sungai disebabkan ayah pergi menjala ikan disungai. Aku juga bercerita padanya tentang kami sekeluarga hanya makan ayam sebulan sekali sewaktu ayah dapat gaji sahaja. Aku juga memaklumkan padanya bahawa ayah membeli rumah duatingkat disebabkan kami mempunyai adik beradik yang ramai. Alasan tersebut masih tidak lagi memuaskan hati cikgu A dan ia tidak membenarkkan aku menyertai program tersebut.
.
Akhirnya aku pun belajar bersunguh sunguh dan akhirnya setelah UPSR aku pun meninggalkan sekolah rendah untuk ke sekolah menengah pula. Maka hari aku pun bermula dengan penuh cabaran di High School Bukit Mertajam pada tahun 1993.

Antara persoalan yang aku gagal jawap sehingga ke hari ini adalah :

Kenapa cikgu A begitu meluat sangat dengan aku pada ketika itu?
.
Kenapa cikgu A tidak boleh menjadi seperti Cikgu Fauzi yang baik?
.
Adakah kerana ayah pelajar pintar disekolah maka dia turut sama tidak sukakan anak anak ayah?
.
Kenapa memori luka tersebut tidak dapat aku padam sehingga ke hari ini?
.
Adakah aku seorang yang rumit, oleh yang demikian aku akan ingat setiap kata kata yang dilontarkan pada aku?

............................
.................
......
.

Aku tak kisah kalau sesiapa yang mengatakan aku seorang yang rumit atau pendendam. Sekarang ini aku tak kisah pun walaupun sesiapa nak meluat dekat aku ke, marah ke atau lain lain lagi. Aku ada pendirian dan aku tidak terikut ikut dengan orang. Sebab itulah aku suarakan isi hati aku disini...............

Gambar Sewaktu Kerja Luar 3 - Cat mengecat jalan

Gambar Sewaktu Kerja Luar 3 - Cat mengecat jalan

Lokasi : Rahsia
Tarikh : 20/07/2010 Selasa

Tujuan : Rahsia

Penyertaan :

Aku

Encik Johari Bin Samsudin pemilik blog Putera Ilhamku

Encik Azman Bin Baker - Ketua Unit

Encik Mohd Salriduwan

Encik Halim

Puan Zarina Binti Haron

Encik Faizal

Encik Mohd Nor


Cat sedang dibancuh oleh pakar pakar cat
.

Kawan aku Encik Johari mengecat nombor pada jalan
.
Ketua Unit Encik Azman juga telah mengecat nombor pada jalan
.
Kawan aku Encik Faizal sedang membuat garisan pada jalan
.
Kawan aku Encik Mohd Nor sedang menyapu jalan bagi memudahlan proses cat garisan
.
Kawan aku Puan Zarina turut sama mengecat jalan
.
Aku memberikan tumpuan pada kerja cat sempat lagi tersenyum dan memandang kearah kamera
.
Kawan aku Encik Halim sedang mengurut janggutnya ketika habis kerja mengecat jalan
.
Aku mengambil cat setelah cat yang didalam bekas cat telah habis digunakan
.
Waktu untuk balik setelah kerja disiapkan dan kami menunggu kawan kawan yang lain didalam van. Turut kelihatan Encik Salriduwan dan Encik Halim

Peristiwa hari Selasa

Peristiwa hari Selasa

Kemarin kan hari Selasa. Hari pertama dalam minggu ni yang aku mula qeja. Aku mula qeja hari Selasa sebab hari Isnin aku cuti. Aku tak rancang pun nak cuti tapi aku rasa aku tak mau balik sangat sangat. Aku rasa macam tak sanggup nak tinggai isteri aku kat Pahang. Aku pun teruih cipta seribu alasan untuk diri aku untuk yakinkan diri aku sendiri yang aku tak mau balik lagi hari Ahad haritu. Akhirnya aku pun tak balik masa hari Ahad haritu dan aku sampai di Seberang Perai pada hari Selasa.

Kemarin aku naik moto saja sebab mak aku pinjam qeta nak antaq adik aku pi USM. Adik aku Azam 2 minggu lepaih dia pi UTeM Melaka untuk daftar masuk lepaih tu USM pulak telipon dia kata dia dapat USM pulak. Lepaih tu dia pun bawak balik barang di dari UTem pi kat USM pulak. Pening jugak. Tak pa nanti aku cerita.

Aku sampai kat pejabat lepaih tu tengok semua tak dak. Aada yang pi kursus ada yang kena pi cat jalan untuk pesta rahsia. Lepaih tu ketua aku Encik Razak ajak pi makan pagi. Aku pun habaq kat dia, dia kata tak pa. Lepaih tu kami pun makan naik motor aku saja. Tak tau nak kata apa sebab bagi aku benda tu lawak gila.

Lepaih tu balik kat pejabat aku pun teruih pikiaq lama jugak lepaih tu aku buat keputusan nak ikut kawan aku pi cat jalan untuk pesta rahsia. Aku balik kat kuartes pi tukaq baju dan aku pun pi pejabat semula. Pukui 10 pagi kami pun bertolak pi menghitamkan kulit untuk pi cat jalan.