Wednesday, July 21, 2010

Peristiwa hari Selasa

Peristiwa hari Selasa

Kemarin kan hari Selasa. Hari pertama dalam minggu ni yang aku mula qeja. Aku mula qeja hari Selasa sebab hari Isnin aku cuti. Aku tak rancang pun nak cuti tapi aku rasa aku tak mau balik sangat sangat. Aku rasa macam tak sanggup nak tinggai isteri aku kat Pahang. Aku pun teruih cipta seribu alasan untuk diri aku untuk yakinkan diri aku sendiri yang aku tak mau balik lagi hari Ahad haritu. Akhirnya aku pun tak balik masa hari Ahad haritu dan aku sampai di Seberang Perai pada hari Selasa.

Kemarin aku naik moto saja sebab mak aku pinjam qeta nak antaq adik aku pi USM. Adik aku Azam 2 minggu lepaih dia pi UTeM Melaka untuk daftar masuk lepaih tu USM pulak telipon dia kata dia dapat USM pulak. Lepaih tu dia pun bawak balik barang di dari UTem pi kat USM pulak. Pening jugak. Tak pa nanti aku cerita.

Aku sampai kat pejabat lepaih tu tengok semua tak dak. Aada yang pi kursus ada yang kena pi cat jalan untuk pesta rahsia. Lepaih tu ketua aku Encik Razak ajak pi makan pagi. Aku pun habaq kat dia, dia kata tak pa. Lepaih tu kami pun makan naik motor aku saja. Tak tau nak kata apa sebab bagi aku benda tu lawak gila.

Lepaih tu balik kat pejabat aku pun teruih pikiaq lama jugak lepaih tu aku buat keputusan nak ikut kawan aku pi cat jalan untuk pesta rahsia. Aku balik kat kuartes pi tukaq baju dan aku pun pi pejabat semula. Pukui 10 pagi kami pun bertolak pi menghitamkan kulit untuk pi cat jalan.

2 comments:

Anonymous said...

Apa yang menariknye. Tak de apa pun. Hehe ;-)

azril said...

Memang menarik sangat lah wei,

orang lain mula qeja hari Isnin

aku mula hari Selasa........