Friday, April 30, 2010

Cuti Cuti Malaysia Kota Bahru Kelantan

Cuti Cuti Malaysia Kota Bahru Kelantan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.

Tarikh : 25.04.2010 Ahad - 26.04.2010 Isnin

Tempat : Hotel Ridel Kota Bharu Kelantan

Tujuan : Kursus Pemantapan Perawatan Komprehensif

Peserta : Puan Azlina seorang saja dan aku hanya peneman.

Catatan 25/04/2010
Perjalanan dimulakan pada jam 11.30, selepas kami dari Terminal Makmur membeli tiket bas. Perjalanan yang agak lancar ketika di Jalan Cherating dan sempadan negeri Pahang nak ke Terengganu serta perjalanan lancar juga lancar ketika kami di Jabor. Semasa perjalanan nak ke sana aku terpandang projek pembinaan fasa ke 2 LPT (lebuhraya pantai timur) yang akan siap nanti tahun depan. Alangkah indahnya jika projek LPT fasa 2 ini siap sepenuhnya. Untuk makluman semua sekarang ini LPT fasa 1 menghubungkan antara Karak hingga Jabor dan LPT fasa 2 yang akan dibina menyambungkan antara Jabor dan Kuala Terenganu dan jarak keseluruhan adalah 338 km. Cuba bayangkan dari Lebuhraya Karak ke Kuala Terengganu mengambil masa 3 jam saja. Memang menakjubkan.

Berbalik pada cerita aku, kami melalui jalan Jalan Jabor-Al Muktafi Billah Shah. Keadaan jalan disitu agak sesak dengan kenderaan terutamanya lori lori. Dalam hati aku terfikir bilalah LPT fasa 2 akan siap nanti. Hahahaha. Kami berhenti sekejap untuk membeli keropok dan sedikit makanan ringan untuk dimakan didalam kereta. Perjalanan diteruskan hingga ke Kuala Berang dan Jalan Kota Bahru. Nasib baik isteri tercinta disebelah memberikan kata kata semangat supaya aku bersabar, bersabar kerana aku dah kadang kadang hilang sabar dengan telatah pemandu kereta disini, cuba bayangkan di laluan memotong mereka sibuk berada di tengah jalan dan menghalang kenderaan lain dari memotong mereka. Ada pula yang sibuk sangat nak bawa kenderaan kat barisan kanan sedangkan mereka Cuma bawa 50km/j saja. Apa pun aku bersabar…. Ya aku bersabar.

Akhirnya pada pukul 5.45 petang kami pun sampai perjalanan yang memakan masa 6 jam lebih. Setelah selesai daftar masuk hotel kami pun terus turun minum dan meronda ronda pada malamnya sekitar Kota Bharu. Pada keesokkan paginya kelas Puan Azlina pun bermula dan aku pun tinggal keseorangan dalam hotel nasib baik tv kat Ridel Hotel banyak saluran yang menarik sampai habis semua rancangan aku tengok.

Pada malamnya kami pun terus meronda lagi, kali ini kawan isteri aku membawa kami makan di Pantai Cahaya Bulan. Setelah kekenyangan makan kami pun balik ke hotel dan keesokkan harinya seperti biasa kelas isteri aku pun bermula.

Catatan 26/10/2010
Pada pukul 5 petang isteri aku pun balik dari kelasnya kami pun bersiap untuk balik dan pada pukul 6 petang kami pun keluar dari hotel. Sebelum keluar kami sempat ambil gambar buat kenangan dan setelah keluat hotel kami pun bergambar lagi.Perjalanan kami diteruskan kami makan malam di kedai sup sedap di Terengganu dan berhenti sekejap di Kuala Terengganu. Pada pukul 1.00 pagi ketika di Kemaman aku mengantuk sangat lalu aku isteri aku pun memandu sehingga sampai di Kuantan. Pada jam 2 pagi kami pun sampai.


Aku memeluk insan yang aku cukup cintai, sehingga ke harini cintaku pada dirinya tak pernah padam sejak dari hari akad nikah kami.
.

Senyuman yang hampir hampir menyebabkan masa terhenti.
.
Senyuman macho seorang suami (Hahahaha)
.

Puan Azlina ketika di hadapan Sungai Kelantan
.
 
Aku bergambar dihadapan deretan bangunan yang menempatkan Hotel Ridel
.
Gambar kami dirakamkan ketika kami di bandar Kota Bharu
.

Friday, April 23, 2010

Aku Tak Puas Hati

Aku Tak Puas Hati

Kali ini aku nak tulis blog ini dalam bahasa Melayu daerah atau bahasa Pulau Pinang

Aku merasakan dengan tulisan aku ini tidak mencemarkan bahasa ibunda aku Bahasa Melayu.

.......................................................................

Pernah tak hangpa semua pi kedai yang menjual alatan khas, senang cerita macam kat kedai aksesori kereta ka, kedai baiki kereta, kedai tayar ka, kedai runcit ka kedai kad ka, kedai cenderamata ka, kedai alatan tulis ka, kedai telefon bimbit ka, kedai komputer ka, kedai baju ka atau mana mana kedai kat sini dan banyak lagi dan tak dapat aku senarai.

Pernah tengok muka depa maksud aku tuan punya kedai ke atau tukang jual kat kedai tu. Pernah tak depa senyum. Senyum……….., jangan haraplah. Kalau kita tanya kat depa depa akan tunjuk barang tu dengan seolah olah kita peminta sedekah yang nak buat urusan kat kedai depa ditambah dengan muka semasam masamnya seperti makan makanan yang kita tak boleh makan yang diperah dengan limau yang paling masam.

Kadang kadang sebab tu aku malas nak pi kedai yang jual hanya satu benda ja, macam pewangi kereta kat kedai aksesori. Nak tau sebab apa? Sebabnya adalah di kedai aksesori dahlah barang tu mahal sangat lepas tu kalau kita lama sangat kat kedai tu depa si tukang jual tu akan ikut kita kat mana saja dengan muka yang masam sangat, awat benci sangat tengok muka aku ka?. Aku tau depa rasa tak selesa sebab tengok muka orang ramai sangat. Tu lah spesis depa ni nak meniaga tapi muka macam hantu. Nak tawar? Jangan harap nak dapat. Cuba bayangkan kalau kita nak ke sesuatu kedai tu maka kita kena letak kereta jauh sangat lepas tu layanan depa pulak macam ………………… (ayat ditapis)

Pernah haritu aku beli pewangi kereta kat kedai aksesori kereta sebab aku singgah kedai mamak sebelah untuk beli mi goreng. Aku pun ambik lah satu pewangi kereta tu tiba tiba dialog pun bermula.

“Boleh tanya berapa harga benda ni tak lekat tanda harga pun”, kata aku
“Benda ni yu ambik kat mana” kata tukang jual
“Kat sana”, kata aku sambil tunjuk kat dia tempat aku ambik barang tu
“Benda ni tak ada dalam kod lagi sebab baru sampai, yu ambik barang lain lah”, kata tukang kedai dengan masam.
“Takkan tak boleh beli kot”, kata aku sambil menahan sabar.
“Yu tak paham ka”, kata dia dengan sangat sangat kuarng sopan.
“Wei hang jaga mulut sikit, aku pun tak teringin nak beli benda ni kat kedai hang, kata aku dengan dengan meninggi suara dan keluar dari kedai tu. Puas hati aku…

Benda ni pernah jadi kat aku berkali kali kat aku samada kat kedai komputer ka, kedai alat tulis ka kedai runcit ka sebab bila aku dah suka sesuatu benda tu aku akan beli tapi bila dah jadi dialog macam kat atas tu aku pun jadi meluat sangat

Sebab tu aku suka beli kat pasaraya sebab kat sana barang dahlah murah lepas tu perkerja sana memang akan tolong kita dengan mesra kalau kita ada masalah dengan barang yang kita nak beli. Kat sana semua ada pen, pencuci, syampu, berus, baju, aksesori kereta, barangan komputer, alatan telefon bimbit, makanan, senang kata semua ada. Antara pasaraya pilihan aku yang aku selalu pi adalah kat Pasaraya Giant Prima Prai sebab waktu tengahari tak ramai orang kat sana.

Aku nak bagi nasihat sikit kat pekedai, tukang jual, kerani jualan dan sapa sapa tak kisah samada tuan punya kedai ka. Ingat sama hangpa kat pelanggan, jangan berlagak sangat. Kalau hangpa tak dak pelanggan hangpa jugak yang rugi. Lepas tu kalau boleh senyum sikit kat pelanggan hangpa jangan buat muka macam orang sakit ja, masam setiap masa.
Hangpa tau tak bila hangpa dah bukak kedai kat satu satu tempat tu maka hangpa dah sekat rezeki orang lain nak bukak kedai yang sama.

Kalau hangpa tak suka senyum dan bersopan santun tak payahlah nak bukak kedai, pi lah balik rumah makan tidok bagi gemok ja. Kepada kerani jualan atau perkerja yang kat kedai mana mana pun, benda yang sama jugak berenti lah kerja wei. Tak payah nak bermasam muka dengan sapa.

Tapi yang paling lawak bila pekedai pekedai ni tulis dalam suratkhabar bahasa inggeris kata kewujudan pasaraya besar menyekat pendapatan depa. Hangpa dah tau orang awam suka pi pasaraya besar, habih tu hangpa tak reti reti lagi nak tingkatkan kualiti kedai hangpa jangan fikir nak untung saja tapi abaikan pelanggan. Jangan terlalu fikir sangat kata hangpa tu keturunan peniaga maka hangpa ditakdirkan jadi peniaga. Tak juga kalau hangpa berterusan buat perangai macam ni maka hangpa akan jadi pemintak sedekah nanti.

Kepada kawan kawan yang pernah terkena dengan gelagat kurang sopan peniaga yang tak tahu nak ambik hati pelanggan marilah kita semua beralih pi kat pasaraya besar. Kat sana semua ada, kedai sana sejuk sebab ada penghawa dingin, tempat letak kereta luas, perkerja yang mesra, tempat makan pun ada.

Ok lah aku tak mau nak kata kat orang sebab hari ni hari Jumaat. Mungkin aku akan insaf dari mengata kat orang…………… Tapi bila aku geram, aku kata jugak…….. Apa nak jadi……. Aku manusia biasa...(Eleh ayat) Hahahahaha

Friday, April 09, 2010

Berita Gempar Yang Ke 2

Berita Gempar Yang Ke 2

Tadi masa Farah balik rumah sebab sekarang ni kami dalam perjalanan nak ke Kuantan Pahang. Kami semua pergi naik kereta. Ayah, Mak, Farah dan Nur Hannah pun ikut sama.

Masa sebelum kani pi sana Farah cakap kata dia akan kawin pada bulan November dan tarikh dijangka adalah ujung tahun. Tak palah tahun ni farah kawin dan tahun depan pulak Fikri yang kawin.

Jangkaan tahun yang akan kawin adalah

2010 farah kawin
2011 fikri kawin
2012 azam kawin
2013 fatimah kawin
2014 ....... kawin
2015 sapa yang nak kawin waktu tu tak tau sapa sebab Muhaimin baru 20 tahun dan Nur Hannah baru 17 tahun

hahahahahaha..................

ok aku dah nak pi sekarang ni

Thursday, April 08, 2010

Mandi di Taman Air Bukit Gambang

Mandi di Taman Air Bukit Gambang

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ

Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.

Catatan 22.01.2010
Pada 22.01.20 yang lalu selepas balik dari kerja dalam pukul 5 aku terus pulang ke kuarters dan seterusnya bersiap dan dalam pukul 5.45 aku pun terus menuju ke Terminal Butterworth dan sekarang dikenali sebagai Penang Sentral dan aku pun terus menaiki bas MARA Liner.
.
Bas bergerak pada pukul 6.15 petang dan bas pun sampai di Hentian Puduraya pada pukul 10.50. Selepas solat dan makan aku pun terus menunggu bas ke Kuantan pada pukul 11.59 malam..Pada pukul 11.45 malam bas MARA Liner ke Kuantan pun sampai dan kami semua dibenarkan mengambil tempat masing masing seperti biasa aku akan ambil tempat 3A sebab 3A adalah "single seat".
.
Pada tepat pukul 11.59 bas pun bergerak menuju ke Kuantan dan pada pukul 3.30 pagi bas akan sampai di Tol Gambang dan aku akan meminta pemandu bas menurunkan aku di Stesen minyak Caltex, jarak antara Tol Gambang dan Stesen minyak Caltex adalah 15 km dan isteri aku akan menunggu di sana dan kami pun pulang ke rumah. Begitulah rutin mingguan aku.
.
Catatan 23.01.2010
Lokasi perkelahan kami kali ini adalah di Taman Air Bukit Gambang yang terletak di gambang, Pahang. Aku dan Puan Azlina isteri tercinta keluar rumah dalam pukul 9 pagi dan selepas 20 minit kami pun sampai di Taman Air Bukit Gambang. Sampai lambat sikit sebab kami naik kereta tak laju, aku kan pemandu berhemah, hahahaha. Kami sudah lama nak ke sana tetapi disebabkan tiada masa, maka kami tidak dapat untuk ke sana. Tapi pada hari ini terkabul juga hasrat kami untuk kesana.

Setibanya kami di sana, tapak untuk letak kenderaan di dalam bangunan telah pun penuh, maka kami terpaksa meletak kenderaan diatas bukit, nasib baik lah tak berapa jauh dari pintu masuk Taman Air. Kami ingatkan kami saja yang awal rupanya beratus orang yang sampai lagi awal dari kami. Rupanya rupanya di sana ada program Gempak Santai Harian Metro. Patutlah ramai sangat orang hahahahaha.

Sebelum masuk di Taman Air, perkerja disana akan memeriksa beg bagi mengelakkan dari pengunjung membawa makanan ke taman air. Selepas menukar pakaian kami pun terus mandi di taman Air tersebut, macam macam permainan kami main disana, walaupun mengantuk janji seronok. :)

Selepas 2 jam kami di sana kami pun terus bersiap untuk balik disebabkan kami akan ke bandar untuk membeli belah barangan keperluan harian dan membeli tiket bas. Ini juga adalah rutin mingguan kami. Yang paling penting gambar akan dirakamkan sebagai kenangan yang indah. Hahahahahaaaaa….


Tak dapat nak mengapungkan diri sebab selalu tenggelam, nampaknya aku bertambah berat
.

Renangan seorang suami.
.

Puan Azlina seyum sambil mengapungkan diri
.

Gaya jelita seorang isteri yang senyum pada suaminya. Hahahaha
.



Sambil duduk dan berdiri kami bergambar berlatarbelakangkan ratusan pengunjung di Taman Air Bukit Gambang
.


Setelah selesai mandi kami pun terus bersiap untuk balik
.

Kalau semua nak tahu nasik dan mi goreng tu harganya RM 6 sebungkus. Mahal betul. Hahahaha
.

Sampai di atas bukit kena letak kereta, nasib baik kami sampai awal kalau sampai lambat tentu kami kena letak atas bukit.
.
Ahad malam Isnin aku pun terus balik ke Bukit Mertajam dengan menaiki bas Utama Ekspress. Nampaknya kami sekali lagi kena tinggal keseorangan aku tinggal seorang di kuarters Bukit Mertajam manakala isteri aku keseorangan di rumah kami di Kuantan.