Wednesday, September 07, 2011

29 Ramadhan 1432 Hijrah @ Taman Permata

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta Alam Semesta yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
..............................................

29 Ramadhan 1432 Hijrah @ Taman Permata

Setelah Azril dan isteri tercinta bersahur di rumah ayahanda dan bonda tercinta di Taman Permata pada pukul 5 pagi kami pun terus pulang ke kuarters, setelah kami berehat kami pun keluar membeli belah pada sebelah paginya. Setelah Zuhur kami pun pergi ke rumah mak dan ayah semula, tujuan kami ke sana adalah untuk mengambil adik azril yang bongsu iatu Cik Nur Hannah untuk ke tempat mak berkerja. Setelah kami sampai disana, kami pun terus mengambil daun palas dan pulut setengah untuk membuat ketupat daun palas. 

Azril, Puan Hajah Siti Roselina, Cik Nur Hannah dan Puan Azlina terus membuat ketupat daun palas tersebut dengan perasaan riang dan gembira disebabkan kami bergurau diantara satu sama lain. Tanpa disedari satu besen ketupat telah disiapkan. Setelah ketupat tersebut disiapkan kami pun pulang ke rumah mak dan ayah  untuk proses mengukus pula. 

Setelah kebanyakkan kerja dibereskan kami pun terus menunggu masa untuk berbuka puasa, memang penantian penantian satu penyeksaan dimana Azril terus menunggu dengan memegang buah kurma dan terasa seperti dizaman kanak kanak pula. Setelah azan berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib kami pun makan dengan berselera sekali dimana resepi istimewa hari ini adalah nasi daging ditambah pula juadah yang dibeli adik adik Azril menambahkan lagi menu juadah berbuka puasa kami. 

 Adinda tersayang Cik Nur Hannah tersenyum sambil melipat daun ketupat
.
 Isteri tercinta menunjukkan ketupat yang disiapkannya
.
 Inilah dia setengah besen ketupat yang disiaapkan oleh kami semua setakat ini
.
Inilah dia nasi daging istimewa yang dimasak oleh ayahanda  tercinta
.
Pada jam 9 malam kami pun terus memulakan kerja antara satu sama lain dimana setiap orang diberi tugasan masing masing. Azril dan isteri tercinta pun memulakan tugasan kami dengan membuat rendang daging dan pada pukul 11 malam Azril dan Isteri Tercinta pun pulang ke kuarters.