Wednesday, August 19, 2015

Kisah Ramadhan Azril Azlina 1436 Hijrah

Kisah Ramadhan Azril Azlina 1436 Hijrah

Catatan 17 Jun 2015
Harini Azril merasakan hari terlalu lambat walaupun kesemua tugasan telah Azril selesaikan, ini adalah kerana Azril tidak sabar untuk bercuti menyambut Ramadhan pada 18 dan 19 Jun nanti dan cuti akan bersambung sehingga 20 dan 21 Jun nanti. Setelah agak lama tidak naik 2 bas ke Kuantan tetapi kali ini Azril akan naiki 2 bas untuk ke sana dan ia akan bermula hari ini sehingga habisnya bulan puasa. Setepat jam 5 petang Azril mengetik kad perakam waktu dengan langkah yang agak cepat, Azril terus meninggalkan tempat kerja menuju ke kuarters. 20 minit kemudian Azril keluar meninggalkan kuarters menuju ke Terminal sementara Penang Sentral yang terletak di Bagan Dalam, Butterworth.

Setelah sampai di Terminal sementara Penang Sentral, Azril terus menunggu bas sampai dan diwaktu itu juga Azril turut bersembang bersama beberapa orang kawan yang selalu naik bas. Kebanyakkan mereka lebih berumur dari Azril dan kadang kadang kata kata mereka membuatkan Azril terdiam seribu bahasa, terkedu dan insaf sekejap. Antara kata kata mereka adalah :-

"Takpa lah Azril, baru 7 tahun dok jauh, saya ni dah 15 tahun dah. Kalau ada rezeki nanti dapat dok sama dengan isteri nanti. Kita kena banyak doa sebab Allah suka hambaNya yang selalu suka doa"

"Azril takpa lah boleh balik tiap tiap minggu, saya tak boleh. Kalau saya balik seminggu sekali nanti perbelanjaan dapoq rumah isteri saya kat K.L nanti kurang"

"Sabaq banyak banyak Azril, Azril baru 7 tahun saya ni dah 10 tahun dah dok jauh. Kalau Azril naik dua bas nak balik Kuantan, saya pulak naik 4 bas. 3 bas ekspress dan 1 bas bandar baru sampai rumah saya"(Penang Sentral – Pudu Sentral – JB Sentral – bas bandar ke rumah)

"Kalau sebelum ni Azril ada pilihan naik bas malam untuk sampai kat Kuantan, kami pula tak ada pilihan. Kalau kami tak naik bas petang nanti lambat sampai K.L dan kami tak ada bas bandar untuk balik rumah nanti"

"Yang sebetoinya Azril cukup bertuah sebab balik Kuantan dah boleh rehat. Tak macam saya nanti balik K.L dan (sempat) lah tidoq sat saja lepaih tu saya tolong kawan saya proses makanan dari pukui 9 pagi sampai sampai 6 petang rehat sat sambung pulak dari 10 malam sampai 3 pagi. Esok tu pulak jam 4 petang dah nak balik naik bas semula, tak boleh lambat satgi tak dak bas nak balik rumah sewa kat Kepala Bataih"

Ada kalanya sewaktu mereka berbicara tentang kehidupan mereka, Azril akan diam seribu bahasa dan mendengar apa yang diceritakan dengan penuh minat. Reaksi mereka ada kalanya sedih dan gembira sewaktu menceritakan kisah hidup mereka.

Tiba tiba bas MaraLiner pun datang dan setepat jam 6.15 petang bas tersebut memulakan perjalanan meninggalkan Terminal Penang Sentral . Di dalam bas kadang kadang Azril mula terfikir kembali apa yang diceritakan oleh rakan rakan Azril tentang apa yang dilalui mengenai kehidupan mereka. Sesungguhnya Azril amat bersyukur dengan kehidupan Azril............ Seringkali Azril berpesan pada diri sendiri dan memotivasikan diri sendiri dan antara ayat yang selalu Azril ucapkan adalah :-

"Jangan mengeluh dengan apa yang dilalui, kalau kita kata kita susah banyak lagi orang susah dari kita, apa yang penting kita banyakkan usaha dan jangan mengeluh"

Ayat tersebut merupakan ayat yang diucapkan oleh Azril setiap hari sambil memandang ke arah cermin dan selepas Azril mengucapkan demikian Azril akan senyum dihadapan cermin. Antara keajaiban yang terjadi adalah dengan secara tiba tiba kepala Azril berasa lapang dan tenang.

Pada jam 11.00 malam bas MaraLiner pun sampai di Hentian Duta dan pada 11.20 malam bas sampai di Pudu Sentral. Azril pun turun dari bas dan menaiki tangga terminal bas tersebut untuk memerhatikan skrin tv yang menunjukkan jadual perjalanan seterusnya.

Pada jam 11.45 malam, Azril turun ke platform yan ditetapkan dan pada 11.50 malam kapten bas memeriksa tiket dan membenarkan kami duduk di tempat yang dicatatkan didalam tiket perjalanan. Setepat jam 12.00 tengah malam bas Transnasional pun memulakan perjalanan membelah kesibukan tengah malam di Bandaraya Kuala Lumpur menuju ke Kuantan Pahang.

Catatan 18 Jun 2015
Pada jam 3 pagi Azril pun sampai di bumi Kuantan Inderapura, setelah sampai di Terminal Kuantan Sentral, Azril pun turun dari bas menuju ke tepi jalan dan isteri Azril pun menghampiri Azril dengan kereta. Azril membuka pintu kereta dan masuk dan bermulalah dialog yang riang gembira

Azril   : Asalamualaikum

Azlina : Waalaikumusalamwarahmatullahiwabarokatuh

Azril     : Hmm segarnya muka, dah lama bangun tidur ka?

Azlina : Ya, kalau abang nak tahu ayang dah masak nasik dah tunggu nak masak lauk saja

Azril     : Ya ka, nak abang tolong masak apa apa ke nanti?

Azlina : Tak apa, abang kan penat baru sampai. Lepas sampai rumah abang pi tidur.

Setelah sampai di rumah Azril terus tidur. Tiba tiba Azril dikejutkan oleh bunyi penggera jam di telefon bimbit dan Azril terus bangun dan melihat isteri Azril sedang mengelap matanya sambil membuat tugasan yang diarahkan oleh pensyarahnya di komputer riba. Tanpa sepatah pertanyaan pun, Azril dapat mengagak bahawa 3 jenis lauk telah disediakan oleh isteri dengan menghidu bau masakan dan bermulalah dialog.

Azril   : Jom makan, takpa abang cedok lauk dulu, sayang buatlah tugasan tu perabih dulu

Azlina : Abang cuba teka apa yang ayang masak?

Azril   : Sat na abang teka, tentu sayang masak gulai, ikan kering dan sayoq

Azlina : Macam mana abang tau kata ayang masak kari? Ada satu lagi abang tak sebut

Azril   : Abang bau gulai tadi, hmm apa dia lauk tu sat lagi abang pi tengok

Sambil mencedok lauk dan nasi serta menghidangkan di atas meja barulah Azril perasan bahawa lauk tambahan adalah telur masin. Salah satu menu wajib kami di bulan puasa untuk membangkitkan selera makan sahur. Setelah itu kami pun makan sahur untuk berpuasa 1 Ramadhan dengan sungguh berselera sekali. Setelah makan sahur, kami menunggu Subuh dan setelah subuh kami berehat sejekap.

Azril pun terjaga dari tidur dan melihat sekeliling Azril dan Azril dapati matahari telahpun naik agak tinggi. Azril juga dapat mengagak yang isteri Azril telah pun bangun agak lama disebabkan bahagian tempat tidurnya telah dikemaskan dimana bantal dan selimut telah disusun kemas. Tanpa melihat jam atau telefon bimbit Azril mengambil tuala di tempat yang disediakan dan mandi.

Dengan memakai kain pelikat Azril turun ke tingkat bawah dan melihat belasan keping muka surat telah dicetak dan fahamlah Azril bahawa isteri Azril telah lama membuat tugasannya. Bermulanya dialog..

Azril   : Wah, banyaknya muka surat tentu dah lama bangun kan?

Azlina : Dari pagi tadi ayang tak tidur.

Azril   : Oh ya ka... Kita ada urusan kat Bandar Kuantan, jom siap

Azlina : Abang....

Azril   : Kenapa sayang

Azlina : Ayang teringin sangat nak makan ketam buka puasa nanti, apa kata lepas habis urusan kita pi cari

Azril   : Ketam... Hmm mahai kan ketam tu kalau kita beli kat sini

Azlina : Pendapat abang?

Azril   : Ok takpa. Satgi kita pi bandar sat, lepaih tu kita pi Pasar Ikan Segar Beserah tentu banyak ketam segar dan harga dia murah sikit dari kedai biasa.

Setelah selesai urusan kami di Bandar Kuantan, kami ke Pasar Ikan Segar yang terdapat di Beserah.Setelah sampai di rumah Puan Azlina membersihkan ikan dan ketam yang dibeli tadi dan memulakan proses memasak. Kesemua juadah berbuka puasa disiapkan pada jam 6.45 petang dan setelah itu Puan Azlina berehat sekejap. Disebabkan Azril tidak tahun memasak, Azril hanya menghidangkan makanan sahaja. Akhirnya setelah mendengar laungan azan di radio RTM Pahang Fm kami terus membacakan doa berbuka puasa dan makan dengan berselera sekali...

Sesekali Azril memandang wajah isteri Azril yang sunguh berselera makan hati Azril menjadi sayu kerana dalam masa beberapa hari lagi Azril akan balik ke Bukit Mertajam dan seperti biasa Puan Azlina akan keseorangan di rumah dan berbuka puasa seorang diri dan segala galanya yang dia lakukan seorang diri...............