Thursday, November 04, 2010

Luahan Perasaan - Orang Yang Celik Mata tetapi Buta Hati dan Perasaan

Luahan Perasaan - Orang Yang Celik Mata tetapi Buta Hati dan Perasaan
Hari ini didalam diari Azril akan menulis tentang peyalahgunaan tempat letak kereta yang sekarang ini nampaknya tiada langsung pemantauan. Sebagai manusia yang waras yang mempunyai kesedaran sivik, maruah dan integriti sahaja dapat menyelamatkan seseorang dari meyalahgunakan kemudahan tersebut.

Sekarang ini dimana mana lebuhraya kita akan melihat akan ada tanda papan tanda untuk golongan oku meletak kenderaan tetapi yang tidak manisnya orang yang normal pun akan meletak kenderaan disitu. Selalunya papan tanda tersebut akan diletakkan di tempat letak kereta berhadapan dengan tandas atau jalan yang curam sedikit bagi memudahkan orang kurang upaya yang menaiki kerusi roda melalui jalan tersebut.

Baiklah sebelum Azril menceritakan dengan lebih panjang, lebih baik Azril mulakan catatan diari ini. Gambar dibawah ini Azril ambil ketika Azril dan isteri Azril berada di Hentian Rehat Gambang di Lebuhraya Pantai Timur. Tujuan kami berhenti di hentian rehat tersebut adalah untuk ke tandas dan bersolat disana. Sebenarnya kami dalam perjalanan pulang dari rumah Pak Mentua Azril yang terletak di Felda Jenderak Utara menuju ke rumah kami yang terletak di Gambang.

Setelah habis kami menunaikan urusan masing masing, kami pun terus menghidupkan enjin kereta tiba tiba kami terpandang sebuah kereta dengan laju terus masuk ke petak yang dikhaskan untuk orang kurang upaya atau oku. Azril dan isteri Azril bersangka baik terhadap kereta tersebut pada sangkaan kami tentu oku hendak berhenti disitu. Tetapi yang malangya pabila turun dari kereta tersebut Azril melihat seorang manusia yang normal berdiri dengan bangganya memperbetulkan pakaiannya dan terus berjalan ke tandas yang terletak berhadapan dengan tempat letak kereta tersebut.

Disebabkan Azril tengah memegang kamera pada waktu tersebut Azril pun terus mengambil gambar kereta dan orang yang menyalahgunakan kemudahan tersebut dan hari ini Azril letakkan didalam blog ini. Azril tak kisah apa yang akan terjadi disebabkan penyiaran gambar tersebut. Pada pendapat Azril orang tersebut harus diperbetulkan kesilapannya. Nasib baik pada waktu tersebut Azril tengah memandu kalau Azril berada diluar tentu Azril akan menegur orang tersebut sepertimana yang Azril lakukan ketika di pasaraya Tesco Seberang Jaya 2 tahun lepas ketika ada orang normal menyalahgunakan kemudahan oku. 

Tiba tiba sebuah kereta masuk ke petak OKU
.
Boleh jalan pun rupa rupanya manusia tersebut memang normal
.
Ada otak pakai jangan jadi bodo sangat dan jangan menyusahkan orang lain dengan kebodohan diri sendiri. Setiap manusia ada maruah dan harga diri. Jagalah maruah dan harga diri anda dan jangan jadi bodo tak bertempat.