Friday, August 20, 2010

Dairi Harian Azril di Kuarters

.
Dairi Harian Azril di Kuarters
.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.
.
Diari Azril di bulan Ramadhan di kuarters ini bermula pada jam 4 pagi, ini adalah kerana Azril akan bangun sahur pada jam 4 pagi. Selepas azril makan apa yang ada dan azril akan meyudahi semua makanan tersebut dengan buah kurma Piarum atau kurma Mariami. Pabila makan 3 ketul kurma tersebut azril akan menjadi kenyang dan Azril akan cuba sedaya upaya Azril untuk minum 2 gelas air selepas makan dan terus tidur. 2 gelas air tersebut bagi mengelakkan Azril dari menjadi kering pada kekesokkannya dan salah salah satu sebab adalah untuk memudahkan Azril bangun pabila Subuh nanti.
.
Azril akan bersahur secara berseorangan di kuarters selama 4 hari seminggu istu hari Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Pada hari Isnin Azril akan bersahur didalam bas dan hari Sabtu dan pada hari Ahad Azril akan bersahur dengan isteri Azril.
.
Pada waktu Subuh Azril akan terjaga tanpa bantuan penggera telefon dan Azril akan tidur semula selepas urusan Azril selesai dan penggera akan berbunyi semula pada pukul 7 dan Azril pun terus bersiap untuk ke tempat kerja. Azril cuma mengunci jam pada pukul 4 pagi dan 7 pagi sahaja disebabkan Azril akan terjaga secara tiba tiba pada jam 6 pagi.
.
Dari jam 8 pagi hingga ke 5 petang Azril akan ke tempat kerja dan pada pukul 5.30 petang Azril akan sampai dirumah dan pada 7.33 malam Azril akan berbuka puasa. Azril cuma berbuka puasa secara keseorangan di kuarters selama 3 seminggu hari aitu Selasa, Rabu dan Khamis. Ini adalah kerana Azril berbuka puasa dengan Mak dan Ayah Azril pada hari Isnin dan Azril akan berbuka puasa dalam bas pada hari Jumaat. Sabtu dan Ahad Azril akan berbuka puasa dengan isteri Azril di Kuantan.
.
Pada pukul 8.30 malam Azril akan bersiap untuk ke masjid untuk bersembahyang Isyak dan Terawih dan pada pukul 10.30 Azril akan pulang semual ke rumah dan Azril terus melihat komputer riba dan Azril akan tidur bila Azril mengantuk. Begitulah rutin harian Azril ketika di kuarters Bukit Mertajam.
.
4.00 -4.30 sahur, 6.15-620 Subuh, 7.00-7-40 bersiap kerja, 8.00 - 17.00 kerja, 17.15 sampai rumah, 19.33 berbuka puasa, 20.40-22.30 Isyak dan Terawih, 22.50 keatas tidur........
.

Azril tengah bersiap untuk pergi kerja pada jam 7.30 pagi.
.

Azril sampai di rumah pada jam 5.30 petang
.
Azril pun tak tau sebab apa Azril berdiri tegak sangat, mungkin sebab tangkap gambaq sorang sorang kot
.
Azril bersiap untuk ke masjid untuk bersembahyang Isyak dan Terawih
.

Azril tiba di rumah pada jam 10.40 malam dan bersiap untuk tidur pada jam yang tidak diketahui
..
Sengaja Azil gunakan nama Azril dan tidak menggunakan kata ganti nama aku didalam diari ini.