Tuesday, June 04, 2013

Azril Azlina Makan Celoq Celoq di Kuantan

Azril Azlina Makan Celoq Celoq di Kuantan.

Lokasi tempat kami menjamu selera seterusnya adalah di Restoran "The Stove Grill and Steamboat Garden" yang terletak di Bandar Kuantan. Kami tertarik untuk kesana disebabkan ia menyajikan makanan rebus rebus atau celur celur atau lebih dikenali dengan nama stimbot dengan harga yang berpatutan dan pemilik kedai tersebut merupakan orang Islam.

Sesampainya kami disana, kami disambut dengan mesra oleh pemilik restoran tersebut dan mempersilakan kami duduk. 2 minit kemudian pelayan restoran pun datang membawa dapur dan memasukkan sup kedalam periuk kecil yang akan digunakan oleh kami untuk merebus makanan. Apa yang istimewa di restoran ini adalah selain dari merebus kami juga boleh membakar disebabkan periuk serbaguna yang terdapat disana mempunyai pelbagai fungsi iaitu merebus membakar. 50 minit kemudian setelah menjamu selera dengan pelbagai jenis makanan yang terdapat disana, kami pun pulang ke rumah dengan keadaan yang kenyang.

Pelan pelan dok atoq daging, lepaih letak mentega baru boleh bakaq
.
Dengan berhati hati Puan Azlina mengangkat ayam yang dibakar bagi mengelakkan mentega yang telah cair merecik.