Friday, March 08, 2013

Al Fatihah Buat Para Pejuang Negara

Al Fatihah Buat Para Pejuang Negara

Perajurit terkorban mati syahid - Majlis Fatwa
.
KUALA LUMPUR 6 Mac - Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia berpendirian bahawa anggota-anggota keselamatan yang terkorban semasa mempertahankan keselamatan rakyat dan negara di Lahad Datu dan Semporna, Sabah baru-baru ini tergolong sebagai syahid akhirat.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, kematian mereka dalam mempertahankan keselamatan rakyat dan negara adalah sangat mulia di sisi agama.

“Jasa dan pengorbanan anggota-anggota keselamatan tersebut sangat besar kepada negara kerana mereka terkorban dalam mempertahankan keselamatan nyawa, harta, keluarga, maruah dan kedaulatan negara.
“Saya menyeru semua pihak berdoa mudah-mudahan Allah SWT memberikan ganjaran setimpal atas jasa dan pengorbanan besar yang telah dilakukan mereka," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Seramai tujuh anggota pasukan keselamatan yang beragama Islam terbunuh dalam insiden pencerobohan pengganas dari Sulu di Lahad Datu dan Semporna, Sabah minggu lalu.

Jumaat lalu, dua anggota VAT 69, Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabarudin Daud maut ditembak di kepala selepas terpedaya dengan taktik keji pengganas Sulu yang mengibar bendera putih sebelum bertindak menyerang anggota keselamatan.

Esoknya, enam lagi wira negara tumpas diserang hendap kumpulan penceroboh di Simunul, Semporna dengan dua daripada anggota polis tersebut dibunuh dengan kejam.

Abd. Shukor turut merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga anggota keselamatan yang terkorban.

“Mari kita mendoakan agar kesemua mereka yang terkorban ini ditempatkan bersama orang-orang yang soleh," ujarnya.


© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, March 06, 2013

Al Fatihah Buat Para Pejuang Negara

Al Fatihah Buat Para Pejuang Negara


Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban
Untuk ibu pertiwi

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti

Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa
Malaysia berjaya

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti

...............................................................
....................
.