Monday, March 21, 2011

Azril Mula Berkerja

 Azril Mula Berkerja

Catatan hari ini 21/03/2011

Setelah 3 minggu Azril bercuti sakit akibat sakit mata dan pada hari ini 21/03/2011 bermulalah semula hari Azril sebagai seorang perkerja. Setibanya Azril di kuarters Bukit Mertajam pagi tadi hati Azril menjadi sayu disebabkan setiap hari dalam tempoh tiga minggu, Azril ditemani oleh isteri tercinta kemana sahaja tetapi hari ini kedaan telah berubah.

Kesayuan telah bermula malam tadi pabila Azril dan isteri tercinta di Terminal Makmur Kuantan, ketika Azril di dalam bas dan memerhatikan Puan Azlina dari tingkap bas. Kami masing masing cuba menceriakan keadaan tetapi kesayuan hati telah memuncak dan menyebabkan kami diam tanpa sepatah ayat apa pun keluar dari mulut kami.Ketika bas mula bergerak meninggalkan terminal, Azril dapat rasakan yang isteri Azril memang sedih tetapi dia cuba menyembunyikan perasan tersebut dengan melambai dan senyum kerah Azril......(Azril tidak dapat untuk meneruskan ayat seterusnya)

Hari ini, ketika sampai di pejabat terdapat beberapa kejutan. Memang Azril tidak menyangka kejutan ini terjadi. Pendapat Azril biarlah mereka merasa bahagia dengan keputusan yang mereka telah lakukan ..............

Friday, March 04, 2011

Azril Sakit Mata

Azril Sakit Mata
.
Catatan Hari Ini 04/03/2011
Sehingga catatan ini ditulis Azril dan isteri tercinta baru sahaja balik dari klinik pakar mata di Jabatan Oftalmologi Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan. Azril dan Puan Azlina kesana adalah disebabkan Azril berasa sakit mata yang ditanggung oleh Azril semakin menjadi jadi iatu Azril merasakan seolah olah terdapat jarum yang menyucuk nyucuk didalam mata Azril.

Kemalrin setelah kami sampai di Kuantan Azril dan isteri Azril pun terus berjumpa dengan salah seorang doktor di tempat isteri Azril berkerja dan dia menyyarankan agar Azril terus ke Jabatan Oftalmologi HTAA Kuantan dan hari ini kami pun ke sana dan doktor yang bertugas disana iatu di klinik pakar mata melayan Azril dengan baik sekali dan setiap pertanyaan Azril dijawap dengan tenang oleh doktor tersebut.

Setelah mata Azril diperiksa oleh doktor pakar tersebut dan doktor tersebut mendapati terdapat jangkitan dan radang didalam mata Azril dan Azril perlu mengelakkan diri dari berjemur matahari dan mengelakkan memerhatikan banyak kearah cahaya bagi  menglelakkan kesakitan mata Azril menjadi teruk.

Doktor tersebut memberikan cuti sakit pada Azril selama 5 hari dan menyuruh Azril berehat sahaja dirumah. Doktor itu juga memaklumkan pada Azril supaya Azril datang semula pada hari Rabu dan jika mata Azril benar benar pulih barulah Azril boleh menyambung semula kerja Azril.

Sekarang Azril perlulah berehat dan Azril juga hendaklah memastikan bahawa sebelah mata lagi mata Azril tidak berjangkit dengan virus yamg menyerang mata kanan Azril. Sehingga catatan ini ditulis Azril berasa amat sakit dimata Azril dan terasa seperti adanya jarum setiap kali Azril mengelipkan mata. Kadang kadang menjadi terlalu sakit sehinggakan emosi Azril berubah dengan sekelip mata. 

Apapun Azril berdoa dan bermunajat pada Allah SWT Tuhan Pencipta Alam Semesta  agar menyembuhkan sakit yang Azril hidapi ini secepat yang mungkin Amin........

 Azril dan Isteri Tercinta ketika kami baharu saja balik dari HTAA Kuantan
.
 Lihatlah mata Azril yang sakit ni
.
Sijil Cuti sakit Azril