Monday, September 30, 2013

Azril Mengudi di PRU 13

Azril Mengudi di PRU 13


Dalam keadaan yang ceria ketika awal pagi
Ketika di Pusat Mengundi
Inilah jari yang dicat dengan pewarna makanan, apa yang pasti Azril akan balik Kuantan selepas ini

Saturday, September 21, 2013

Majlis Makan Malam UMP

Majlis Makan Malam UMP

Dah siap dah pun, jom kita pi sana
Ketika di Dewan Makan

Friday, September 20, 2013

Jalan Jalan Azril Azlina

Jalan Jalan Azril Azlina

Catatan 20/04/2013
Awal pagi Sabtu Azril pun bangun dan terus mengemas beg, selalunya Azril akan balik ke Kuantan pada sebelah malamnya tetapi kali ini pada sebelah pagi. Selalunya Azril akan balik dengan menaiki bas tetapi hari ini Azril akan menaiki kapal terbang iaitu Penerbangan Firefly dengan tambang yang murah iaitu penerbangan sehala dari Bayan Lepas ke Subang dengan harga RM 45.

Setelah Subuh, Azril pun memulakan perjalanan dan pada jam 7.00 pagi Azril pun sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dengan menaiki bas Rapid Penang. Setelah sampai Azril pun makan pagi dan pada jam 7.30 pagi Azril pun pergi balai pelepasan. Pada 7.55 pagi pengumuman berkumandang yang menyuruh penumpang pesawat Firefly agar masuk ke dalam pesawat. Azril pun menghampiri pesawat dan sebelum masuk kedalam pesawat Azril mengambil gambar diri sendiri sebagai kenangan. 

Selepas masuk ke pesawat, penumpang semua diberi taklimat keselamatan dan 7 minit kemudian pesawat pun memulakan perlepasannya dan sejam kemudian kami pun sampai di Terminal Udara Sultan Abdul Aziz Shah atau lebih dikenali sebagai Subang Skypark. Sesampainya Azril disana Azril disambut riang oleh isteri tercinta yang baru masuk ke Terminal Udara tersebut. Kami pun kemudiannya menuju ke kereta dan meneruskan pemanduan meredah kesibukan bandar masuk ke Bandaraya Kuala Lumpur.

20 minit kemudian kami pun sampai di Bandaraya Kuala Lumpur dan kami pun berhenti untuk makan pagi dan seterusnya kami pergi menyelesaikan beberapa urusan kami. Setelah urusan kami selesai kami pun pergi membeli belah di beberapa buah pasaraya yang terdapat disana. Setelah habis kami membeli belah kami pun terus meronda ronda sambil menghayati kerancakan pembangunan di bandaraya Kuala Lumpur. Pada masa yang sama dialog yang riang gembira pun bermula

Azril : Apa kata kita pi Cameron Highland

Azlina : Ok juga, tapi bila kita nak pergi?

Azril : Kita pi la ni lepaih kita keluaq dari KL ni

Azlina : Apa kata kita lalu kat Bentong sebab kawan ayang kata ada jalan pintas dari Bentong.

Azril : Ya ka, nak lalu macam mana, abang tak tau jalan tu

Azlina : Kawan ayang kata kita kena masuk simpang mula mula dekat kona sampai kona kedua kita kiri, lepas tu kita terus dan sampailah dekat Raub

Azril : Lepaih tu

Azlina : Lepas tu, kita sampai kat Sungai Koyan dan kita ambik kiri. Masa tu kita kena naik bukit, tapi kawan ayang kata bukit dia banyak belok sikit tak macam Tapah dan Simpang Pulai.

Azril : Abang tak kisah, bukit macam mana pun sebab abang yang bawak qeta, tapi sayang kena bersedia mental dan fizikal sebab jalan dia tentu berliku liku

Azlina : Tak pa ayang tak muntah kot, nanti kalau ayang nak muntah nanti ayang cakap kat abang

Azril : Ok kita gerak sekarang

Kami pun memulakan perjalanan dengan riang dan gembira dan 2 jam kemudian setelah mengharungi keadaan yang agak cemas sedikit, kami pun sampai di Tanah Tinggi Cameron. Sesampainya kami disana kami pun terus mendaftar masuk rumah tumpangan yang terdapat disana dan kami pun terus turun makan di kedai makan disana.

Pada sebelah malamnya kami pun ke pasar malam yang terdapat di Brinchang dan kami pun membeli buah buahan dan sayur sayuran yang terdapat disana. Setelah sejam berada disana kami pun pulang ke rumah tumpangan kami dan pada waktu itu juga bermulalah makan malam kami dengan sayuran goreng yang yang kami beli di Pasar Malam Brinchang. Makan malam kami adalah nasi kukus tambah cendawan goreng tambah bunga kobis goreng tambah sayur goreng dan pencuci mulut adalah jagung rebus dan strawberi sekotak cicah garam.

Catatan 21/04/2013
Pada pukul 11.30 pagi, kami pun daftar keluar dari rumah tumpangan tersebut dan kami pun memulakan perjalanan balik antara destinasi persinggahan kami yang pertama adalah Taman Strawberi Al Mashoor. Antara yang terdapat disana adalah ladang strawberi dan makanan yang diproses dengan strawberi antaranya dadih strawberi, jem strawberi, hias atas strawberi atau dikenali sebagai “topping”, aiskrim strawberi dan banyak lagi dan yang pasti ia adalah halal.

Setelah itu, kami pun meruskan perjalanan kami tetapi kali ini bukanlah kami ke Pahang tetapi kami balik ke Bukit Mertajam, ini adalah kerana Puan Azlina berkursus di Bayan Pepas Pulau Pinang........

Dihadapan pesawat, tak sempat nak senyum sebab Juruteknik dah suruh masuk dalam pesawat.  
Isteri tercinta senyum setelah dapat membeli pakaian idamannya
Azril dan Puan Azlina ketika di Pasar Malam Brinchang di Tanah Tinggi Cameron
Kedaan sejuk dan dingin pada jam 11 pagi di Tanah Tinggi Cameron
Tangkap gambaq sat sebab tak yau lagi bila nak mai lagi ni
Ketika didalam lif. Sebenarnya Azril memang suka ambil gambar dalam lif
Sedapnya dadih strawberi. Sedap tak tau nak habaq
Jom kita ambil gambar lagi sebelum daftar keluar
 
Sebelum kami balik
Kami ketika di Ladang Strawberi Al Mashoor
Dadih Strawberi yang sedap
Sempat lagi makan ketika sampai di Bukit Mertajam

Puan Azlina ketika di kursus di Hotel Tabung Haji Pulau Pinang