Wednesday, April 04, 2012

Ahad Malam Yang Tidak Indah

Ahad Malam Yang Tidak Indah
Melihat isteri Azril dari cermin tingkap bas di Terminal Makmur Kuantan setiap Ahad malam menyebabkan hati Azril menjadi sayu, seolah olah hati ini berkecai, kesedihan yang teramat sangat seolah olah hati ini terasa dicucuk cucuk dengan besi yang tajam. Seolah olah Azril ingin mengajak isteri Azril pulang sahaja ke rumah, tetapi jika kami pulang kerumah pada keesokkan harinya Azril terpaksa balik juga ke Bukit Mertajam untuk berkerja. Setiap Ahad malam begini keadaan Azril setiap minggu dari tahun 2008 hingga sekarang. Setiap Ahad malam Azril berasa serba salah seolah olah tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Hendak menyerah pada takdir atau berusaha sedaya mungkin sehingga permasalahan yang ditanggung ini selesai. Antara usaha yang dilakukan oleh Azril dan isteri Azril adalah memohon pertukaran, namun masih lagi tidak berjaya disebabkan pelbagai faktor yang meyebabkan kami berasa seolah olah tiada harapan. Namun dengan kecekalan yang tinggi kami berusaha sedaya upaya agar kami dapat hidup bersama dan gembira seperti pasangan suami isteri yang lain.

Setiap Ahad malam selepas kami makan malam keadaan adalah menjadi sunyi kerana masing masing menahan perasaan sedih daripada keluar. Apa yang kami bincangkan adalah mengenai perkara yang menyebabkan kami menjadi suka dan gembira sahaja. Tepat pukul 8.10 malam enjin kereta akan dihidupkan ketika itu keadaan menjadi cukup sayu dan tiada ayat yang boleh diluahkan untuk menerangkan keadaan tersebut. Kami pun terus keluar dari rumah dan kami sedaya upaya menenangkan emosi kami. Seperti biasa kami pun berjenaka antara satu sama lain hingga kami boleh tersenyum sehingga kami sampai di Terminal Makmur.

Seperti biasa bas yang akan Azril naiki akan sampai awal iaitu 8.45 malam dan Azril akan menyerahkan tiket pada pemandu dan setelah tiket ditanda Azril akan meletakkan beg diatas bas. Setelah beg diletak diatas bas Azril akan turun semula ke bawah dan bersembang dengan isteri Azril sehingga jam 9 malam iaitu bas yang dijadulakan bertolak. Semasa diatas bas Azril memerhatikan isteri Azril dari atas bas dan kami sedaya upaya untuk senyum anatara satu sama lain...................................

Pada wajahnya nampak senyuman tetapi dalam hatinya menangis
Siapa yang tahu........