Wednesday, October 19, 2011

Kursus Lagi Di Instun

Kursus Lagi Di Instun

Hari ini masuk hari yang ketiga Azril berada di Instun. Tujuan Azril kesana adalah untuk berkursus dan menambah pengetahuan tentang teknologi maklumat yang terkini. Apa yang Azril ingin tulis disini adalah tentang kursus tersebut.

Dalam tahun ini, inilah satu satunya kursus yang paling menarik dan Azril tidak berasa bosan walau sesaat. Pembelajaran yang menarik ditambah pula latihan setiap sesi yang cukup menambahkan pengetahuan. Setiap masa dirasakan terlalu cepat, ini adalah kerana Azril terlalu minat dengan pelajaran ini.

Apa yang penting selepas Jumaat Azril akan balik ke Kuantan.
Published with Blogger-droid v1.7.4