Friday, October 28, 2011

Dipergunakan, diambil kesempatan, mempergunakan atau mengambil kesempatan

Dipergunakan, diambil kesempatan, mempergunakan atau mengambil kesempatan

Pening kadang kadang aku memikirkannya.................... mengenai komuniti dalaman.............

a) Aku dipergunakan
b) Aku diambil kesempatan
c) Aku mengambil kesempatan
d) Aku mempergunakan

Pening lagi..................... mengenai komuniti dalaman.............

Ulasan (a) dan (b)
Aku kadang kadang rasa aku dipergunakan...........
Memang satu hakikat yang patut aku telan yang aku harus menghadapi kenyataan yang aku dipergunakan...........
Pabila terjadi sesuatu dikalangan komuniti, terdapat beberapa ahli komuniti yang berckap denganku tentang hal yang telah terjadi untuk kebaikan bersama...........
Aku pun terus membangkitkan hal tersebut sewaktu perjumpaan adakalanya aku dihentam dengan begitu teruk sekali.................. Aku terpaksa akur dengan bahawa penentangan aku terhadap apa yang terjadi didalam perjumpaan komuniti adalah demi kepentingan bersama.
Pada sangkaan aku, jangan cuba ambil kesempatan terhadap kami semua kerana kami semua bersatu.
Bersatu???............. lupakan semua itu.
Kadang kadang sebelum perjumpaan komuniti adakalanya ahli komuniti yang begitu bersemangat melaungkan kata kata dengan penuh angkuh berkata "Aku akan pastikan tiada siapa pun akan mengambil kesempatan atas kita" ............... Aku hanya mendengar saja apa yang diperkatan dengan rasa bangga.......... pada sangkaan aku dia akan menolong kami semua..........
Realitinya sewaktu perjumpaan komuniti dia hanya diam membisu..................... yang hanya bercakap adalah aku dan beberapa orang ahli komuniti yang tidak mahu kepentikan kami dipijak.
Aku dibenci oleh semua bukan kerana aku membenci orang lain tetapi aku dibenci kerana aku terlalu mahu memperjuangkan kepentingan komuniti termasuk kepentingan diriku.............
Kadang kadang aku setuju dengan apa yang terjadi dan demi ahli komuniti yang lain aku terpaksa bersuara demi kawan kawanku...........................
Bibit kekecewaanku terjadi pabila aku terasa dan merasa aku dipergunakan dan diambil kesempatan sepenuhnya..................
Pabila tiba sesuatu isu berkenaan komuniti aku bertanya pada ahli komuniti yang lain tiba tiba dengan cepat mereka berkata "Takpa, hang cakap benda tu" "aku tak berani nak cakap" aku tak pandai nak susun ayat" dan pelbagai lagi ayat ayat yang dituturkan........................
Aku terus terdiam beberapa ketika selepas habis perjumpaan komuniti.................. muhasabah diriku............... mengenal diriku dengan lebih dekat lagi.................... apa yang aku rasa
Dan.............................. selamat tinggal segala penentangan aku, biarlah mereka pula yang menyusun kata kata bercakaran dan bertengkar.................. sekarang ini aku akan (c) dan (d).
Aku akan menunggu perjumpaan komuniti dan aku akan membiarkan ahli komuniti yang lain melontarkan kata kata dan aku akan biarkan mereka tanpa apa apa jua komen dariku....................