Wednesday, September 22, 2010

2 Syawal 1431 Hijrah @ Taman Permata

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian.
..............................
.

2 Syawal 1431 Hijrah @ Taman Permata

Catatan 02 Syawal 1431 Hijrah
Selepas Subuh Azril tidur semula akibat terlalu mengantuk dan pada pukul 8.00 Azril dan Puan Azlina bangun dan bersiap untuk pergi beraya di rumah mak dan ayah Azril yang terletak di Taman Permata. Sebelum kami ke sana kami makan sarapan dahulu dan pada pukul 10.00 kami sampai disana.

Setelah beraya dengan mak dan ayah kami pun terus ke Balik Pulau untuk beraya di sana pula semasa dia atas jambatan terjadi satu peristiwa yang mungkin tidak dapat kami lupakan.
.
Azril dan isteri tercinta ketika di Taman Permata
.
Dari kiri ayahanda tercinta Tuan Haji hamzah, Bonda tercinta Puan Hajah Siti Roselina dan Adik aku yang ke 4 Cik Farah Zalina dan yang duduk dihadapan adik aku yang ke 7 Encik Muhammad Muhaimin
.
Kali ini yang duduk dihadapan adalah adik aku yang ke 6 Cik Fatimah Zahra dan adik bongsu aku iatu yang ke 9 Cik Nur Hannah
.
Mak dan Ayah sempat lagi berjenaka semasa gambar dirakamkan
.

Buku Yang Menarik

Buku Yang Menarik

Buku ini adalah sebahagian daripada himpunan tulisan Ustaz Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam akhbar Mingguan Malaysia dan majalah Al-Islam. Persoalan utamanya banyak berkisar tentang politik silang budaya, terutama antara melayu dengan bukan melayu.

Fokusnya lebih kepada nasib orang melayu di bumi mereka sendiri. Lenggok bahasa yang digunakan dalam buku ini juga mudah difahami, sinis dan tegas diharapkan dapat membuka jendela ilmu kepada semua pembaca untuk terus membaca.

Pendedahan secara berani oleh penulis diharapkan tidak menggores hati mana-mana pihak kerana ia tidak dilakukan dengan sengaja,melainkan untuk berkata benar, walaupun kadangkala amat pahit untuk ditelan. Isu-isu yang diutarakan telah menjadi bahan perbincangan hebat. Ada yang memuji , tidak kurang yang mengeji, Apa pun kebebasan memberikan pendapat perlu dihormati dan diterima dengan dada terbuka.

Buku ini sesuai untuk semua peringkat khalayak, termasuk ahli akedemik, penuntut IPTA dan IPTS, pelajar sekolah, masyarakat umum dan mereka yang berfikiran terbuka. Ia mengajak pembaca untuk berfikir sejenak dan merenung nasib kita sendiri. Lenggok bahasa yang mudah difahami,sinis dan tegas diharapkan dapat membuka jendela ilmu kepada semua pembaca untuk terus membaca, Bangsa membaca, bangsa berjaya

.......................................
.......................
...
.
Akhirnya aku berjaya mendapatkan buku ini yang bagiku merupakan salah satu buku yang bermanfaat. Pada pendapatku sesiapapun boleh membaca buku ini agar dapat membuka minda mereka agar menjadi terus positif. Rugi pada sesiapa yang tidak memilikinya kerana buku ini menghuraikan permasalahan politik umat Islam yang berbangsa Melayu.

Aku tak kisah sesiapa yang marah dengan penerbitan buku ini kerana siapa yang makan cili dia terasa pedas. Cuba buka minda jangan hanya dibelenggu dendam politik sehingga kita sanggup mengkritik Ustaz Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Cuba dapatkan buku ini dan baca serta fahaminya. Aku menyeru pada umat Islam yang berbangsa Melayu agar segera mendapatkan buku ini agar kita sedar siapa kita serta kita sedar tentang permasalahan kita dan janganlah nanti pabila kita tiada apa apa lagi barulah kita mengatakan betul apa yang ditulis oleh penulis. ......