Wednesday, September 22, 2010

Buku Yang Menarik

Buku Yang Menarik

Buku ini adalah sebahagian daripada himpunan tulisan Ustaz Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam akhbar Mingguan Malaysia dan majalah Al-Islam. Persoalan utamanya banyak berkisar tentang politik silang budaya, terutama antara melayu dengan bukan melayu.

Fokusnya lebih kepada nasib orang melayu di bumi mereka sendiri. Lenggok bahasa yang digunakan dalam buku ini juga mudah difahami, sinis dan tegas diharapkan dapat membuka jendela ilmu kepada semua pembaca untuk terus membaca.

Pendedahan secara berani oleh penulis diharapkan tidak menggores hati mana-mana pihak kerana ia tidak dilakukan dengan sengaja,melainkan untuk berkata benar, walaupun kadangkala amat pahit untuk ditelan. Isu-isu yang diutarakan telah menjadi bahan perbincangan hebat. Ada yang memuji , tidak kurang yang mengeji, Apa pun kebebasan memberikan pendapat perlu dihormati dan diterima dengan dada terbuka.

Buku ini sesuai untuk semua peringkat khalayak, termasuk ahli akedemik, penuntut IPTA dan IPTS, pelajar sekolah, masyarakat umum dan mereka yang berfikiran terbuka. Ia mengajak pembaca untuk berfikir sejenak dan merenung nasib kita sendiri. Lenggok bahasa yang mudah difahami,sinis dan tegas diharapkan dapat membuka jendela ilmu kepada semua pembaca untuk terus membaca, Bangsa membaca, bangsa berjaya

.......................................
.......................
...
.
Akhirnya aku berjaya mendapatkan buku ini yang bagiku merupakan salah satu buku yang bermanfaat. Pada pendapatku sesiapapun boleh membaca buku ini agar dapat membuka minda mereka agar menjadi terus positif. Rugi pada sesiapa yang tidak memilikinya kerana buku ini menghuraikan permasalahan politik umat Islam yang berbangsa Melayu.

Aku tak kisah sesiapa yang marah dengan penerbitan buku ini kerana siapa yang makan cili dia terasa pedas. Cuba buka minda jangan hanya dibelenggu dendam politik sehingga kita sanggup mengkritik Ustaz Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah. Cuba dapatkan buku ini dan baca serta fahaminya. Aku menyeru pada umat Islam yang berbangsa Melayu agar segera mendapatkan buku ini agar kita sedar siapa kita serta kita sedar tentang permasalahan kita dan janganlah nanti pabila kita tiada apa apa lagi barulah kita mengatakan betul apa yang ditulis oleh penulis. ......

No comments: