Saturday, July 28, 2012

Tak Kisah Naik Apa Pun Janji Boleh Sampai Ke Kuantan

Tak Kisah Naik Apa Pun Janji Boleh Sampai Ke Kuantan 

Sejak mendirikan rumahtangga dengan Puan Azlina sejak 2008 lagi, setiap minggu Azril akan mengunakan pengangkutan awam untuk ke Kuantan dari Bukit Mertajam. Kebiasaannya Azril akan menggunakan pengangkutan awam seperti bas ekpress untuk balik sana. Cuma sekali sekala sahaja barulah Azril akan menaiki penangkutan darat yang lain untuk kesana seperti kereta. Antara punca kekerapan Azril menaiki bas adalah kos untuk kesana. Jika Azril menaiki kereta, kos ke sana adalah sebanyak RM 350 pergi dan balik manakala jika Azril menaiki bas ekpress kos adalah RM 100 saja pergi dan balik. 

Tapi kali ini dengan promosi hebat dari syarikat pengangkutan udara dan ini juga membolehkan Azril menaiki pengangkutan udara untuk ke Kuantan. Antara pesawat syarikat penerbangan yang selalu Azril naiki adalah Penerbangan Malaysia dan Penerbangan Firefly, ini adalah disebabkan syarikat tersebut menawarkan tambang yang berbaloi untuk ke Kuantan. Cuba bayangkan harga tiket sehala dari Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang ke Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah Pahang hanya RM 50 jika Azril menaiki pesawat Firefly.

 Azril ketika menaiki pesawat Firefly
.
Yang ni bukan dalam kapai terbang tapi dalam keretapi nak pi Lapangan Terbang


Tak kisah apa pun janji boleh sampai awai kat sana dengan kadar yang murah