Thursday, February 25, 2010

Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431 Hijrah


Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431 Hijrah

Ya Rasulullah

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
'Kan pasti mengalir air mataku
Karena pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu

Allahumma sholli 'alaa Muhammad
Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada ummat
Umati umati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa'atkan kami

Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulullah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafa'atmu
.........................................
Lagu oleh Kumpulan Nasyid Raihan

Kosong..........

Kosong.........

Aku buka mata tadi, aku keseorangan di kuarters di Bukit Mertajam

Aku pun buka laptop aku.............. boleh aku buka e mail sementara nak siap pergi kerja.............

Tiba tiba aku terkejut sebab masih lagi awal lagi.................

Haaa baru pukul 4 pagi ni................................

Aku tiba tiba rasakan jiwa aku ni kosong sangat............. seperti gelas yang kosong....

Entahlah........................

Rasa macam nak telefon ajak isteri aku di Kuantan nak ajak dia bersembang dengan aku.........

Kesian pula kalau aku call dia waktu waktu begini.................................

Kosong sangat jiwa aku, lama dah aku tak rasakan macam ni seolah-olah fikiran aku aku menjadi baru.............................................

Mungkin ini adalah kerana aku tidur awal tadi sebab tu aku jaga semula, tadi aku tidur pukul 10.30 malam, selalunya aku tidur pukul 11.30 malam atau 12.00 tm atau 1.00 pagi.

Aku rasa sekarang ni aku nak sambung tidur balik nanti pukul 6.00 pagi aku bangun semula

Thursday, February 18, 2010

Berkelah di Cherating Pahang

Berkelah di Cherating Pahang

Pada hari Sabtu 13/02/2010 yang lalu aku dan isteri aku pergi berkelah di Cherating,Pahang. Perjalanan kami dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan pada pukul 9.45 pagi kami pun sampai. Perjalanan sejauh 55 km dari rumah kami ditempuh dengan gembira sebab jalan yang lengang. Ketika kami sampai disana cuaca agak panas dan air laut masih lagi surut.

Aku dan isteri aku pun mencari lokasi strategik untuk menghampar tikar dan menyusun bekas makanan yang dibawa kemudian kami pun terus mandi laut dengan sukanya. Antara perkara yang menyeronokkan adalah air laut disana sejuk sangat. Pantai di Cherating memang landai sehingga jarak 100 meter dari pantai air laut masih separas lutut.

Cuba bayangkan cuaca disana agak panas dan air laut pula sejuk maka kami pun terus bermain air sehingga jam 11.30 pagi. Masa berlalu agak pantas dan seolah olah baru 10 minit saja kami sampai.

Setelah lama bermain air kami pun makan nasi yang dibawa dari rumah setelah itu kami pun terus bersiap untuk balik. Balik ke? Tidak kami belum lagi mahu balik..........


Gambar aku dirakamkan ketika kami baru saja sampai di Cherating
.

Pantai Cherating ketika jam 9.50 pagi.
.

Gambar dirakamkan ketika kami bersiap untuk balik dan kulit aku bertukar warna menjadi hitam. Hahahaha Dahla aku ni hitam terus jadi hitam pekat, hahahaha
.

Kami pun meneruskan perjalanan ke Kemaman, terengganu yang sejauh 20 km dar Cherating dan memakan masa selama 15 minit sahaja. Tujuan kami ke sana adalah untuk membeli keropok. Memang banyak kedai keropok disana aku dan isteri aku kalau pergi sana, kami akan ke kedai keropok yang terdapat sampan diatasnya, ini adalah kerana keropok yang dijual disitu memang sedap. Itu keropok mentah kalau keropok yang sudah digoreng kami suka pergi ke kedai keropok Aziz Satar sebab kedai tersebut menyajikan kerpok yang enak dan sedap.

Setelah kami beli kerpok kami pun balik ke rumah perjalanan sejauh 70km dan mengambil masa selama 50 minit. Setelah sampai di rumah isteri aku pun terus membasuh baju dan kami pula bersiap hendak balik kampung isteri aku di Felda Jenderak Utara.

Kami ke sana adalah mengahadiri dan membuat persiapan majlis aqiqah dan cukur jambul anak saudara isteri aku Irfaan yang merupakan anak kepada Puan Aizaan.

Pada hari Selasa kami pun balik semula ke Kuantan dan pada malamnya aku pun naik bas balik ke Bukit Mertajam.............

...........................................................................................

Thursday, February 11, 2010

Sistem Penapis Air Dr. Sukida


Penapis Air Dr Sukida, penapis putih, penapis kelabu, penapis kuning, penapis merah, penapis hijau dan penapis biru
.
Kesemua penapis Dr Sukida didalam bekas putih termasuk penapis seramik yang berada di luar

..............................................

Sistem Penapis Air Dr. Sukida Air Sihat Teknologi Nano Dr Sukida mempunyai 7 peringkat tapisan air

1. Penapis Seramik : Penapis seramik yang bermutu tinggi untuk menapis bendasing seperti karat, pasir, Lumpur dengan keporosan 0.9 mikron

2. Penapis putih: Mengekalkan kealkalian air dan meningkatkan kandungan kalsium serta menyekat penyekatan virus dan bakteria

3. Penapis Kelabu : Menyingkirkan klorin, warna, bau busuk dan bahan toksik

4. Penapis Kuning : Menyingkirkan bahan bahan kimia yang terdapat dalam air dan melembutkannya serta mengekalkan keaslian air

5. Penapis Merah : Menyusun semula kelompok air menjadi lebih kecil, meningkatkan paras oksigen dan meransangkan metabolisme

6. Penapis Hijau : Menyingkirkan logam berat dan berbahaya, bahan kimia, bahan radioaktik dan meransang metabolisme

7. Penapis biru : Membunuh virus, bakteria, kulat dan mikrooranisme supaya menjadikan air selamat dan sihat untuk diminum

sumber http://kesihatan10.blogspot.com

..............................................................
............................
......
.

Mungkin ramai yang tertanya tanya kenapa blog aku tidak dikemaskini . Antara sebabnya adalah aku tengah mencari idea untuk memajukan perniagaan aku. Sekarang ni aku tengah buat satu perniagan kecil kecilan iatu menjual penapis air sihat berteknologi nano yang berjenama Dr Sukida yang mempunyai 7 penapis.

Sebelum ini aku cuma ambil air ni dekat mesin vending saja lepas sebulan aku minum air ni aku dapat rasakan sesuatu yang berbeza. Aku pun pun berjumpa dengan pemilik mesin air tersebut dan setelah perbincangan dijalankan aku pun memasang penapis air sihat berteknologi nano tersebut di rumah aku di Kuantan.

Memang terbukti apabila migrain aku semakin hilang dan aku terasa kehebatan air tersebut. Penapis air tersebut boleh didapati dengan harga RM1980.00 sahaja.

Maklumat lanjut boleh didapati di http://kesihatan10.blogspot.com

Secara jujurnya aku mengesyorkan agar sesiapa yang membaca blog ini memasang penapis air ini dirumah. Bayaran melalui kad kredit dan singer juga diterima.