Friday, September 28, 2012

Warkah Khas Buat Adikku Muhammad Muhaimin Hamzah



Warkah Khas Buat Adikku Muhammad Muhaimin Hamzah

Buat adindaku yang ke 7 Encik Muhammad Muhaimin Bin Hamzah warkah ini kutuliskan untukmu agar dirimu mengerti tentang segalanya.............

Muhaimin....

Abang tahu, sebenarnya tidak perlu abang menulis disini tentang Muhaimin.....

Lebih baik abang berjumpa terus dengan Muhaimin dan suarakan isi hati abang........

Tapi dalam usia yang sebegini adakah Muhaimin akan faham apa yang abang cakapkan...... 

Mungkin Muhaimin akan faham dan mungkin Muhaimin tidak akan faham

Kita lahir di zaman yang berbeza dimana abang, abang Fikri, abang Azam dan kakak Farah dibesarkan dalam kedaan yang terlalu sederhana...... dengan kesederhaan tersebut membuatkan kami mengerti tentang kehidupan lebih awal dari usia kami.....

Setiap minggu Muhaimin akan balik ke rumah mak dan ayah di Bukit Mertajam pada hari Sabtu dan Ahad manakala di waktu tersebut abang akan balik ke Kuantan Pahang. 

Disebabkan ketiadaan masa untuk kita berbicara maka abang tuliskan disini agar Muhaimin mengeri tentang kehidupan.

Muhaimin sedarlah adikku masa hadapan Muhaimin masih lagi panjang..........

Muhaimin perlu sedar, tidak semua orang didalam dunia ini diberi peluang yang sama seperti dirimu....

Memang diwaktu usia sebegini semua benda kalau boleh kita hendak capai sahaja tetapi adakah setakat itu sahaja yang Muhaimin hendak capai sedangkan dunia ini terlalu luas......

Biarlah pada waktu sekarang ini biarlah orang melabel Muhaimin sebagai tidak canggih atau ketinggalan zaman yang penting Muhaimin seorang sahaja yang faham siapa diri Muhaimin.

Memang dunia semakin canggih dengan teknologi yang dikemaskini setiap hari tetapi sebagai pelajar Muhaimin tidak perlu untuk mengikut kedaan tersebut... cukuplah sekadar yang ada....

Yang penting jadilah diri sendiri dan mengetahui tentang kemampuan diri........

Yang perlu dilakukan oleh Muhaimin adalah belajar dengan bersungguh sungguh.

Mengertilah adikku di zaman yang sungguh mencabar ini pelajaran adalah segalanya.......

Dengan pelajaran sahaja Muhaimin dapat mengubah nasib Muhaimin dan dengan pelajaran juga Muhaimin dapat mencapai cita cita Muhaimin.

Mengertilah Muhaimin dunia yang terlalu luas dan terlalu banyak kepalsuan yang dimana diri Muhaimin boleh mengerti apakah kepalsuan tersebut, dengan pelajaran sahaja Muhaimin boleh mengubah kepalsuan tersebut. 

Sebelum ini Muhaimin selalu berbicara dengan abang berkenaan kereta, gajet, hartanah, jawatan, pelancongan dan lain lain lagi.....

 Mengertilah Muhaimin dengan pelajaran sahaja Muhaimin boleh mencapai semua itu.....................

Muhaimin tentu ingat di waktu Muhaimin kesedihan sewaktu mendapat keputusan PMR dimana Muhaimin telah berjanji pada abang yang Muhaimin akan mengubah nasib Muhaimin dan Muhaimin juga telah berjanji akan mengubah nasib keluarga kita........

Muhaimin tentu ingat di waktu Muhaimin mendapat keputusan SPM dimana Muhaimin memberitahu abang yang Muhaimin tidak akan leka dan Muhaimin akan belajar bersungguh sungguh serta akan mendapat keputusan yang lebih cemerlang jika diberi peluang.

Tanggal 25 Ogos 2012 Muhaimin sekali lagi telah mendapat peluang untuk menyambung pelajaran di peringkat yang lebih tinggi iaitu di KMPP dan sekarang ini tugasan yang Muhaimin yang perlu lakukan adalah belajar dengan bersungguh.......

Pesanan abang sebagai abang sulung kepada Muhaimin adalah Muhaimin belajar bersungguh sungguh dan abang doakan Muhaimin berjaya mencapai cita cita Muhaimin......................

Pengembaraan di Tasik Putrajaya

Pengembaraan di Tasik Putrajaya 

Tarikh : 09 Jun 2012 
Lokasi Pengembaraan : Tasik Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya 
 Penyertaan : 
1) Muhammad Azril Hamzah 
2) Puan Azlina (Isteri) 
3) Puan Halijah (Mak Mertua) 
4) Tuan Ahmad (Abah Mertua) 
5) Puan Azilawati (Kak Ipar) 
6) Puan Aizaan (Adik Ipar) 
7) Encik Nuril Azwa (Biras) 
8) Encik Idris Ahmad (Abang Ipar) 
9) Puan Yan (Kak Ipar) 
10) Encik Nur Irfaan (Anak saudara) 
11) Cik Sofea Natasya (Anak Saudara) 

Isteri tercinta beratur untuk masuk ke dalam bot
.
 Puan Azlina ketika didalam bot
.
Kami ketika didalam bot
 Encik Nuril Azwa, Puan Aizaan dan anak mereka Nur Irfaan
.
 Senyum..... 
.
 Nur Irfaan sedang tersenyum
.
 Senyuman manis dari Sofe Natasya
.
 Abah Mertua dan Mak Mertua
.
 Pemandangan Masjid Sultan Mizan dari dalam bot
.
  Pemandangan indah Masjid Putra dan Bangunan Perdana Putra

Thursday, September 27, 2012

Kek Keju Yang Sedap

Kek Keju Yang Sedap

Kek keju...... sebut saja tentu meleleh air liur Azril apabila membayangkan kesedapan kek keju tambahan pula kesedapan rasa kejunya yang amat lazat.....

Sebut saja dimana mana kedai yang terdapat kek keju, tentu Azril akan pergi ke kedai tersebut untuk membeli kek tersebut dan merasai kesedapannya. 

Tetapi sekarang ini Azril tidak perlu lagi untuk ke kedai kek disebabkan isteri Azril telah pun mempelajari cara untuk membuat kek keju. Percubaan pertama untuk membuat kek keju tersebut berjaya dan rasanya amatlah sedap seperti yang dijual di kedai.

Sebelum ini Azril akan ke kedai kek dan membeli sepotong kek tetapi sekarang ini Azril boleh makan berpotong potong kek disebabkan Puan Azlina akan membuat kek tersebut setiap bulan. 

 Campuran krim keju, putih telur dan yogurt digaul bersama
.
 Isteri Azril menggunakan krim keju diatas disebebkan ia adalalah halal dan ia juga diiktiraf halal oleh JAKIM
.
 Tapak asas yang dibuat dari biskut. Azril panggil lantai kek
.
 Campuran kek sebelum dibakar.
.
 Dibalut dengan kerajang aluminium
.
Kek keju telahpun siap dan dihias dengan campuran beri biru

Wednesday, September 26, 2012

Terima Kasih Akbar

Terima Kasih Akbar

Buat adindaku Encik Adli Akbar Bin Hamzah, jangan terkejut tapi pos kali ini adalah sebagai tanda terima kasih abang untuk Akbar. Sepatutnya abang pos awai dulu masa 13 Ogos 2012 haritu tapi terlupa. Hahahaha....






Monday, September 24, 2012

Ulangtahun Perkahwinan Azril Azlina Yang Keempat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ
.
Asalamualaikum, Segala puji bagi Allah S.W.T Tuhan Pencipta langit dan bumi yang merupakan kemuncak keAgungan cinta yang tiada batasan. Selawat dan Salam ke atas yang dicintai dan teramat dirindui junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga baginda dan para sahabat sekalian
............................................................................................

Ulangtahun Perkahwinan Azril Azlina Yang Keempat
.
Pada 17 Mei 2012 yang lalu  Azril dan isteri tercinta meraikan ulang tahun perkahwinan kami yang keempat. Syukur pada Allah SWT kami dapat hidup aman damai sebagai suami isteri selama tempoh empat tahun ini. Perjalanan kehidupan sebagai suami isteri ini memang penuh dengan rintangan dan dugaan tambahan pula kami yang berjauhan ini. Berkat kasih dan cinta dari Nya dan kasih sayang antara kami, kami dapat meneruskan perjalanan cinta kami sebagai suami isteri hingga ke hari ini.

Tarikh Percutian  : 19 - 20 Mei 2012
Lokasi Percutian : Pantai Cherating, Pahang Darul Makmur
Tema Percutian : Meraikan Ulangtahun Perkahwinan yang keempat sambil menikmati bayu laut
Penyertaan : Muhammad Azril Hamzah dan Azlina Ahmad

 Isteri Tercinta tersenyum di meja makan sementara menunggu makanan sampai
.
 Peluh juga tunggu ni, nasib baik sayoq dah sampai
.
"Lepas salad apa pula makanan yang akan sampai ?", kata Puan Azlina
.
 "Takpa kita minum ayaq dulu, ayaq masak sejuk pun ada, ayaq delima pun ada"
 .
 Dah mai dah sup cendawan ni
.
 Menu yang ditunggu pun sampai. Ayam bakaq dan kambing bakaq istimewa
 Bunga khas untuk insan yang dicintai seluruh jiwa
.
 Keadaan Pantai Cherating di waktu pagi
.
 Puan Azlina tersenyum sewaktu kami berjalan jalan sekitar pantai
.
 Nak sandaq sat kat tiang bola tampaq pantai
.
 Kita duduk dulu
.
 Kedaan yang tenang dan indah diserikan lagi dengan kehadiran kami berdua disana
.
 Kami ketika di anjung tempat penginapan kami
Sayang tahu tak, Abang cintakan sayang sejak dari hari akad nikah kita sehingga sekarang dan cinta abang pada sayang tak pernah pudar
,
 Kek Ulangtahun Perkahwinan kami yang kekempat
.
 Jom kita potong kek
.
 Kita tikam kek ni, ya ka?
.
 Tak pun, potong elok elok saja
 Mula mula sepotong
.
Lepas tu 2 potong
.  
Memang sedap kek ni.
.       

Friday, September 21, 2012

Azril Azlina di Pemeran Proton Power of One


Azril Azlina di Pemeran Proton Power of One

Tarikh : 17 Mac 2012 8.30 malam
Lokasi Pameran : Tempat Letak Kereta B Stadium Bukit Jalil

Kami melihat dengan lebih dekat lagi proses enjin bagi kereta elektrik masa depan Proton
.
 Penerangan tentang enjin Campro CFE
.
Gambar kereta Proton P3-21A atau Proton Tuah atau sekarang ini dikenali sebagai Proton Preve didalam kotak rahsia yang dipamerkan disana
.
 Aduih bergegaq jantung bila tengok kereta ni
.
Bergambar bersama pemandu kereta Proton Satria Neo S2000 yang telah mengangkat nama Proton di persada antarabangsa dengan memenangi kejuaraan Rali Antarabangsa
.
Jom kita layan pertunjukkan kereta dulu
.

Jom kita balik
.