Wednesday, October 27, 2010

Puan Azlina Berkursus Di Kuala Lumpur


Puan Azlina Berkursus Di Kuala Lumpur

Gambar tersebut dirakamkan ketika isteri tercinta Puan Azlina menghadiri Kongres di Hotel Istana Kuala Lumpur pada pertengahan bulan Oktober lalu. Tajuk kongres tersebut adalah Kongres Perbidanan Kebangsaan kali ke 3. Disebabkan isteri Azril merupakan petugas perubatan yang mengendalikan hal perbidanan maka isteri Azril pun turut serta sebagai delegasi dalam kongres tersebut. Puan Azlina kesana bersama kawan kawan sekerjanya Puan Nafisah dan Puan Hasliza yang turut sama sebagai delegasi di kongres tersebut.

Kisah Popia


Kisah Popia

Alkisahnya ayat pun bermula dengan dialog yang kemas dan padat

Azril  : Cik Razak... Khamih ni ada tak kerja luaq?

Encik Razak : Ada lah tapi habaq kat depa suruh bok mai popia goreng. Tak boleh pakai Razi dengan Sapaq sebab depa makan sampai habih popia goreng tak simpan kat saya pun dahlah saya ni orang tua buat macam tu pulak.

Azril : Laaaa, Cik Razak saya dok ingat dah habih dah cerita pasai popia goreng 3 minggu lepaih dah... Ish....

Encik Razak : Tu lah depa tak patut betui (sambil dok beletiaq macam macam)

Kemalrin baru Azril tahu rupanya ketua unit, Encik Razak memang teringin sangat makan popia. Cerita tentang popia ini bermula 3 minggu yang lepas ketika Encik safar membawa popia goreng yang dibelinya ke pejabat. Dengan sopannya dia mempelawa Encik Razak makan popia tersebut tetapi disebabkan Encik Razak masih ditalian bercakap telefon maka kawan kawan lain pun datang ke tempat Encik Safar untuk menjamah popia tersebut termasuk Encik Radzi.

Apabila Encik Razak selesai di talian telefon maka dia mendapati hanya satu popia yang masih tinggal dan bermula leterannya berkenaan hal tersebut. Pada hari tersebut sepanjang hari dia menceritakan pada semua tentang popia tersebut. Azril ingatkan hal popia tersebut habis di hari tersebut, rupanya sehingga ke harini dia masih teringatkan popia tersebut. Mungkin esok sewaktu kami berkerja diluar Encik Razak masih teringatkan popia tersebut .........

Demamkah Aku?

Demamkah Aku?
Suhu badan : 37.4 darjah celcius
Kedaan Tekak : Masih sakit
Kedaan badan : Masih lenguh lenguh
Kedaan ubat : Antibiotik hampir habis, Ubat lain masih banyak.
Emosi : Tersangatlah stabil disebabkan esok aku akan berkerja diluar dan bolehlah Azril bermandi peluh dengan banyak sekali.

Luahan Perasaan – Azril Sakit Tekak, Batuk, Selsema, Sakit Kepala dan Lenguh Badan

Luahan Perasaan – Azril Sakit Tekak, Batuk, Selsema, Sakit Kepala dan Lenguh Badan
.
Jam menunjukkan pukul 12 tegahmalam, Azril masih lagi tak dapat tidur. Tak tahu mengapa ...... sebenarnya Azril masih lagi sakit tekak, batuk, selsema sakit kepala dan lenguh badan. Hari Isnin yang lepas Azril bercuti sakit akibat sakit yang sama diwaktu itu ditambah suhu badan yang agak tinggi. Cuma harini suhu badan Azril tidaklah tinggi cuma setakat 37.4 sahaja.
.
Hari Isnin yang lepas bersamaan dengan 25/10/2010 Azril pergi mendapatkan rawatan di Klinik di taman yang Azril tinggal di Kuantan dan doktor tersebut memberikan ubat dan suntikan. Suntikan diperlukan untuk membasmi virus selsema dan antibiotik untuk membasmi kuman yang menyebabkan sakit tekak. 2 jam selepas suntikan Azril berasa lenguh badan kurang sedikit dan hari ini terjadi semula dan diwaktu Azril menulis diari ini masih lagi sakit kesemuanya termasuk bahagian yang disuntik. Bercerita tentang bahagian yang disuntik masih lagi lebam dan pedih walaupun hampir 2 hari.
.
Hari Isnin malam di Terminal Makmur Kuantan Isteri Tercinta Puan Azlina memang tidak membenarkan Azril balik disebabkan Azril masih lagi kurang sihat tetapi Azril meyakinkan isteri Azril bahawa Azril telahpun sihat untuk balik ke Bukit Mertajam dan memulakan kerja pada hari ini.
.
Antara punca Azril kembali tidak sihat adalah semalam bas yang Azril naiki tiba tiba rosak di Genting Sempah dan Azril pun turunlah ke bawah dan melihat pemandu Pak Cik Azmi memperbaiki bas tersebut. Saat berganti Minit dan Minit berganti Jam kerosakan bas tidak dapat dipulihkan akibat kebocoran minyak enjin yang serius dan bas ganti diperlukan bagi membawa penumpang balik ke Utara tanahair. Azril pun turun bersembang dengan Pak Cik Azmi disebabkan Azril tidak dapat tidur didalam akibat keadaan panas didalam bas tersebut.
.
Kedaan Genting Sempah yang sejuk dan berembun menyebabkan Azril terasa seperti hendak selsema dan akhirnya Azril mengalami kesan yang sama seperti hari Isnin yang lepas dan sehingga sekarang Azril masih tidak dapat tidur akibat sakit tekak, batuk, selsema sakit kepala dan lenguh badan.
.
Tadi Azril mendapat berita yang Isteri Azril pun mengalami perkara yang sama seperti Azril iatu sakit tekak, batuk, selsema sakit kepala dan lenguh badan.Kalau Azril tahu, tentu Azril tak balik lagi dari Kuantan. Mungkin sehingga harini Azril akan berada di Kuantan menemani isteri Azril.
.
Inilah saja dapat Azril coretkan didalam diari Azril ini dan Azril akan cuba menutup mata agar Azril boleh tidur seperti mana insan yang lain dan Azril akan cuba menghabiskan ubat yang diberi oleh doktor walaupun Azril tidak suka makan ubat. (pahit dan tak sedap)

Cuti Sakit Azril
.
Masih lagi tersenyum walaupun sakit tekak, batuk, selsema sakit kepala dan lenguh badan. Kegembiraan dan senyuman adalah penawar segala kesusahan dan Aril akan jadikan diri Azril ceria dan gembira agar Azril berasa ketenangan dan keindahan sebuah kehidupan walau hanya sementara
.