Luahan Perasaan – Azril Sakit Tekak, Batuk, Selsema, Sakit Kepala dan Lenguh Badan
.
Jam menunjukkan pukul 12 tegahmalam, Azril masih lagi tak dapat tidur. Tak tahu mengapa ...... sebenarnya Azril masih lagi sakit tekak, batuk, selsema sakit kepala dan lenguh badan. Hari Isnin yang lepas Azril bercuti sakit akibat sakit yang sama diwaktu itu ditambah suhu badan yang agak tinggi. Cuma harini suhu badan Azril tidaklah tinggi cuma setakat 37.4 sahaja.
.
Hari Isnin yang lepas bersamaan dengan 25/10/2010 Azril pergi mendapatkan rawatan di Klinik di taman yang Azril tinggal di Kuantan dan doktor tersebut memberikan ubat dan suntikan. Suntikan diperlukan untuk membasmi virus selsema dan antibiotik untuk membasmi kuman yang menyebabkan sakit tekak. 2 jam selepas suntikan Azril berasa lenguh badan kurang sedikit dan hari ini terjadi semula dan diwaktu Azril menulis diari ini masih lagi sakit kesemuanya termasuk bahagian yang disuntik. Bercerita tentang bahagian yang disuntik masih lagi lebam dan pedih walaupun hampir 2 hari.
.
Hari Isnin malam di Terminal Makmur Kuantan Isteri Tercinta Puan Azlina memang tidak membenarkan Azril balik disebabkan Azril masih lagi kurang sihat tetapi Azril meyakinkan isteri Azril bahawa Azril telahpun sihat untuk balik ke Bukit Mertajam dan memulakan kerja pada hari ini.
.
Antara punca Azril kembali tidak sihat adalah semalam bas yang Azril naiki tiba tiba rosak di Genting Sempah dan Azril pun turunlah ke bawah dan melihat pemandu Pak Cik Azmi memperbaiki bas tersebut. Saat berganti Minit dan Minit berganti Jam kerosakan bas tidak dapat dipulihkan akibat kebocoran minyak enjin yang serius dan bas ganti diperlukan bagi membawa penumpang balik ke Utara tanahair. Azril pun turun bersembang dengan Pak Cik Azmi disebabkan Azril tidak dapat tidur didalam akibat keadaan panas didalam bas tersebut.
.
Kedaan Genting Sempah yang sejuk dan berembun menyebabkan Azril terasa seperti hendak selsema dan akhirnya Azril mengalami kesan yang sama seperti hari Isnin yang lepas dan sehingga sekarang Azril masih tidak dapat tidur akibat sakit tekak, batuk, selsema sakit kepala dan lenguh badan.
.
Tadi Azril mendapat berita yang Isteri Azril pun mengalami perkara yang sama seperti Azril iatu sakit tekak, batuk, selsema sakit kepala dan lenguh badan.Kalau Azril tahu, tentu Azril tak balik lagi dari Kuantan. Mungkin sehingga harini Azril akan berada di Kuantan menemani isteri Azril.
.
Inilah saja dapat Azril coretkan didalam diari Azril ini dan Azril akan cuba menutup mata agar Azril boleh tidur seperti mana insan yang lain dan Azril akan cuba menghabiskan ubat yang diberi oleh doktor walaupun Azril tidak suka makan ubat. (pahit dan tak sedap)
Cuti Sakit Azril
.
Masih lagi tersenyum walaupun sakit tekak, batuk, selsema sakit kepala dan lenguh badan. Kegembiraan dan senyuman adalah penawar segala kesusahan dan Aril akan jadikan diri Azril ceria dan gembira agar Azril berasa ketenangan dan keindahan sebuah kehidupan walau hanya sementara
.
No comments:
Post a Comment