Thursday, November 10, 2011

Azril Azlina mengembara di pulau pulau sekitar Langkawi

Azril Azlina mengembara di pulau pulau sekitar Langkawi
Catatan 1 Oktober 2011

Kisah kali ini merupakan kesinambungan pengembaraan kami di Pulau Langkawi, setelah kami mengambil kereta sewa kami pun terus ke stesen minyak yang berdekatan. Setelah minyak diisi kami pun terus ke jeti bot penumpang yang akan membawa kami ke pulau. Setelah sampai kami pun membayar tambang dan kami pun terus ke tempat menunggu. Sepuluh minit kemudian pekerja kaunter memaklumkan pada kami agar masuk kedalam bot. Apa yang menariknya Azril dan Isteri tercinta sahaja yang berpakaian biasa manakala orang lain yang juga penumpang bot memakai pakaian seperti hendak berkelah.

Enjin bot pun dihidupkan dan pemandu bot pun memberitahu kami semua bahawa keselamatan kami perlu dijaga dimana sahaja dan kami disuruh mengetatkan jaket keselamatan, dalam masa 5 minit bot pun meninggalkan jeti. Azril memang tak pasti berapalah kelajuan bot tersebut dan apa yang Azril pasti bot berkenaan bergerak dengan laju, sehingga kami terhuyung hayang pabila bertembung dengan ombak besar. Apa yang menariknya kami pun turut sama tersimbah dengan air ketika bot melanggar ombak besar dan apa yang penting kami memang seronok dan terhibur dengan fenomena alam. Inilah juga pengalaman pucat Azril dan Puan Azlina buat kali kedua setelah turun dari pesawat tadi.

Setelah 15 minit melawan ombak tiba tiba pemandu bot memberhentikan botnya dan kami diberitahu bahawa destinasi kami yang pertama adalah Pulau Dayang Bunting dan pemandu bot juga menunjukkan pada kami keadaan bukit yang terdapat disana seperti wanita yang sedang mengandung. 5 minit kemudian kami pun sampai disana dan kami diberi peruntukkan masa serta kami perlu kembali ke bot berkenaan setelah sejam. Setelah turun dari bot kami pun terus melalui jejantas simen dan perjalanan kami terganggu disebabkan beberapa ekor monyet menyerang pelancong yang datang disebabkan monyet tersebut mendengar bunyi plastik. Setelah keadaan menjadi reda kami pun meneruskan perjalanan.

Untuk sampai ke Tasik Dayang Bunting pengunjung perlu mendaki bukit dan kami pun bersama sama pengunjung yang lain mendaki bukit yang agak tinggi. Setelah sampai di puncak bukit Azril pun terpandang Tasik Dayang Bunting dan tiba tiba hati Azril menjadi sedikit sayu, Azril pun tidak tahu kenapa Azril berperasaan demikian. Sesampainya kami di puncak bukit, kami perlu turun semula ke bawah tetapi kali ini perjalanan perlu berhati hati disebabkan tangga simen agak curam.

Kami pun terus ke pelantar yang disediakan dan kami juga melihat puluhan pengunjung lain sedang bersukaria bermandi-manda disana ada yang memakai jaket keselamatan dan ada yang tidak. Azril dan Puan Azlina pun menghampiri gigi air dari atas pelantar kami pun bermain air dengan mengocakkan kaki ke dalam air tasik tersebut. Keadaan tasik tersebut agak tenang disebabkan keadaannya yaang dikelilingi oleh bukit dan airnya berwarna hijau dan Azril merasakan bahawa tasik tersebut memang dalam. 

Percubaan pertama Azril dengan merasa air tersebut dan Azril memang terkejut pabila air tersebut terasa tawar dan ini menunjukkan bahawa air masin dan air tawar tidak bercampur didalam tasik tersebut. Percubaan kedua Azril adalah membasuh muka dengan air tasik tersebut dan Azril merasakan air tersebut  agak halus, ini adalah kerana pabila muka Azril dibasuh terasa seperti minyak minyak yang ada terus hilang. Ini menunjukkan molekul air yang terdapat disana memang halus. (bukti saintifik diperlukan)

Setelah agak lama Azril dan isteri tercinta di tasik kami pun mendaki bukit semula untuk naik keatas dan turun semula untuk ke jeti. Semasa perjalanan kami melintasi jejantas untuk ke jeti perjalanan kami terhenti disebabkan jeritan pengunjung pabila sekumpulan monyet mengacah untuk menerkam mereka. Setelah kedaan menjadi reda kami pun terus ke jeti. Semasa menunggu di jeti Azril pun terjumpa dengan sepupu Azril iatu Arham yang turut sama bercuti di Langkawi bersama rakan sekerjanya. Pabila bot kami sampai kami pun terus naik ke bot tersebut. 

Pengembaraan kami diteruskan pula ke sebuah lagi pulau yang terkenal di Langkawi, pulau tersebut dinamakan Pulau Singa Besar. Dari jauh kami melihat puluhan burung helang terbang diudara dan setelah kami berada agak dekat dengan lokasi burung helang tersebut pemandu bot memberhentikan botnya. Beliau memaklumkan pada kami bahawa burung helang tersebut akan menyambar perut ayam yang baling ke udara, selain itu beliau juga menerangkan pada kami bahawa sekarang ini pengunjung tidak dibenarkan mendarat di Pulau Singa Besar disebabkan jeti telah rosak. Kami pun mengambil keputusan untuk mengambil gambar burung helang yang terbang diudara. Setelah agak lama kami berada didalam bot memerhatikan burung helang diudara, pemandu bot pun terus meluncurkan botnya ke satu lagi destinasi pulau. 

Pengembaraan kami kali ini ke Pulau Beras Basah dimana kami diberi masa selama sejam untuk berada di pulau tersebut. Pulau Beras Basah merupakan pulau yang tenang dimana pasirnya agak memutih dan keadaan  bayu bertiup sepoi bahasa cukup menyamankan dan mentenramkan sesiapa saja yang berada disana. Sambil melayan bayu yang bertiup kami juga sempat juga melihat telatah monyet liar yang berada disana dimana mereka menyambar apa sahaja barangan plastik. Keadaan ombaknya yang kurang deras dan keadaan pantainya yang cantik menyebabkan sesiapa sahaja yang berkunjung kesana akan berasa seperti hendak mandi di sana, tetapi apakan daya kami tidak membawa pakaian tambahan.

Sejam kemudian kami pun menaiki bot semula dan kami terus meluncur membelah ombak sehinggalah kami sampai di pantai Pulau Langkawi. Setelah sampai kami terkejut melihat pinggan yang dihiasi dengan gambar Azril san isteri tercinta dijual disana. Rupa rupanya pekerja jeti telah mengambil gambar kami sewaktu kami berjalan menuju ke bot awal pagi tadi. Setelah bayaran dibuat kami pun bergegas menuju ke kereta yang kami sewa tadi dan kami pun bercadang untuk kedai makan yang berdekatan. Setelah selesai kami makan, kami pun terus balik ke hotel tempat penginapan kami di Pekan Kuah Pulau Langkawi............


 Senyuman masih lagi boleh diukir diwajah masing masing dikala bot masih jeti 
(tapi lepaih tu masing masing ketaq)
.
 Pulau Dayang Bunting
.
 Isteri tercinta dihadapan papan penerangan Tasik Dayang Bunting
.
Senyumanmu penawar segala-galanya bagiku.  
.
 Punya sakan pi main ayaq tasik sampai baju pun basah
.
 Isteri tercinta ketika di jeti Pulau Dayang Bunting
.
 Puluhan burung Helang yang terbang bebas diudara
.
Dah lapaq dah ni, enjin qeta pun dah idup, jom kita makan dulu