Friday, June 11, 2010

Taman Esplanede Temerloh


Taman Esplanade Temerloh

2 minggu lepas, selepas balik dari rumah Mentua aku aku yang terletak di Felda Jenderak Utara aku dan isteri aku pergi berjalan jalan sektar Temerloh. Tujuan utama kami berjalan jalan adalah untuk pergi ke rumah baru Kak Ipar aku dan mencari ikan sungai untuk dibuat lauk.

Kami pun menyusuri jalan sepanjang Sungai Pahang untuk mencari gerai gerai yang menjual ikan patin dan talapia tetapi impian kami hampa kerana semua gerai ditutup.

Aku memang suka makan ikan talapia manakala isteri aku pula suka makan ikan patin. Tapi ikan patin yang dipelihara dalam sangkar dan bukannya kolam. Hahahaha.

Sedang kami mencari cari gerai ikan tersebut lalu kami sampai di Taman Esplanade Temerloh lalu aku pun erus berhenti dan mengambil gambar. Banyak juga gambar yang aku ambil tetapi semuanya rosak akibat gelap cuma satu gambar saja yang dapat diselamatkan

Pada pandangan aku, taman ini memang cantik kerana ia berlatarbelakangkan Sungai Pahang yang indah. Setelah kami mengambil gambar lami pun pergi ke rumah baru Kak Ipar aku. Nasib menyebelahi kami apabila ada peniaga disini menjual ikan sangkar, apalagi kami pun membeli ikan patin dan talapia untuk dibuat lauk.

Jarak Antara Rumah Isteri Aku dan Rumah Aku


Jarak Antara Rumah Isteri Aku dan Rumah Aku

Begitulah jarak antara rumah aku dan rumah isteri aku.

Rumah Isteri aku di Kuantan dan rumah aku di kuarters Jalan Chan Ewe Phin

Jaraknya adalah 575 km. Cuba bayangkan kos sekali pergi dan balik dengan menaiki kereta Proton Gen2 kesayanganku adalah RM 350.

Kalau naik bas pergi dan balik adalah RM 105.00. Oleh yang demikian aku naik bas setiap minggu untuk balik ke Kuantan.

Cara Mudah Mendapatkan Kadar Tol



Cara Mudah Mendapatkan Kadar Tol

Itulah aku, kadang kadang benda yang senang pun aku boleh lupa, dan lupa lagi....

Kadang kadang aku dah hafal kadar tol contoh dari Juru ke Jalan Duta yang aku hafal pun boleh lupa.

Tapi sekarang ni bila dah ada kemudahan yang canggih aku tak payah untuk ingat kadar, cuma cari dalam internet saja

Inilah yang dikatakan teknologi dihujung jari.

Berbalik pada tajuk diatas rupanya senang caranya kalau kita hendak mencari kadar tol Lebuhraya PLUS

  1. Masuk laman PLUS di http://www.plus.com.my/
  2. Tekan saja butang yang bergaris merah dan ia akan keluar satu kotak dialog
  3. Masukkan destinasi perjalanan dari mana dan kemana dan tekan butang "get result"
  4. Dalam tempoh 1 saat kadar yang dikehendai akan keluar
Mudah saja, tapi kalau tak ada internet telefon saja di nombor 1800-88-0000

Permintaan Dari Adik Aku



Permintaan Dari Adik Aku

Pada hari Isnin yang lepas aku balik ke rumah mak ayah aku di Taman Permata, Bukit Mertajam. Aku akan kesana setiap hari Isnin dan akan makan malam bersama mak ayah aku. Sesampainya disana aku pun makan dan tengok surat surat yang sampai atas nama aku.

Tiba tiba mak cakap "Azril tolong nasihat sama kat Nur Hannah ni sebab tak mau belajar asyik nak bukak internet saja".

"Tak pa nanti Azril nasihat dia ya mak", kata aku

Tiba tiba adik aku Cik Nur Hannah yang berumur 12 tahun lalu depan aku.

"Hai Abang bila sampai" kata Nur Hannah lembut

"Tadi, Nur abang nak cakap sikit, kenapa Nur ashik bukak internet saja, mak kata sampai Nur tak buat latihan yang beli dalam internet tu?", kata aku

"Tak dak abang, Hana bukak internet sebab Hana buat latihan yang ayang beli tu", kata Nur Hannah.

"Abang tau tak Hana selalu bukak blog abang setiap hari dan dia baca apa yang abang tulis setiap hari dan lepas tu dia gelak", kata adik aku Cik Fatimah Zahra menyampuk. (dia ni memang suka jampuk orang cakap)

"Abang tau tak Hana bukak blog abang sebab nak tengok kat mana abang pi dan apa yang abang tulih tapi Hana dok cari jugak pasaipa gambar Hana kurang sangat dalam blog abang. Abang tau tak Hana buat latihan yang ayah beli dalam internet tu lepas tu baru Hana bukak blog abang", kata Nur Hannah.

"Oh ya ka, tak pa nanti abang letak gambar Nur banyak banyak dalan blog abang dengan satu syarat Nur kena belajar elok elok dan buat latihan yang ayah beli tu", kata Nur Hannah.

............................
...............
.....
.
Tak pa aku akan kotakan apa yang akata pada adik aku Cik Nur Hannah.