Tuesday, April 21, 2015

Azril Azlina Radzi Lydia Aleesya Aqeef Dayani Mengembara di Sabah Negeri Di Bawah Bayu Bahagian 2

Azril Azlina Radzi Lydia Aleesya Aqeef Dayani Mengembara di Sabah Negeri Di Bawah Bayu Bahagian 2

Kisah kali ini merupakan kesinambungan dari pengembaraan kami di negeri Sabah bermula pada 05/01/2014

Catatan 07/01/2014
Awal awal pagi Azril,Azlina, Radzi, Lydia, Aleesya, Aqeef dan Dayani terus keluar dari tempat penginapan kami. Kami terus mengisi minyak penuh kenderaan yang kami sewa dan memulakan perjalanan dengan ceria. Lokasi perhentian kami yang pertama adalah di kedai mutiara Hajah Jamilah atau dikenali sebagai Jamilah House of Pearl. Setelah kami memilih barang hiasan yang bersesuaian dengan citarasa kami, kami pun makan pagi di kedai yang berhampiran. Menu makanan yang kami pesan hari ini kebanyakkan adalah sama antara satu sama lain iaitu nasi lemak dan roti canai.

Setelah habis makan, kami pun memulakan perjalanan dengan ceria dan kami bercadang hendak bermalam di lokasi yang jauhnya hampir hampir 90 kilometer dari Bandar Kota Kinabalu. Lokasi persinggahan kami seterusnya adalah di Rumah Terbalik Tamparuli. 

Sesampainya kami di Rumah Terbalik Tamparuli, dengan agak teruja kami pun beratur untuk membayar tiket seterusnya beratur untuk memasuki rumah tersebut.  Hiasan dalaman rumah tersebut secara kreatifnya disusun secara terbalik dan keadaan tersebut akan membuatkan kita menjadi pening seketika. Setelah 45 minit kami disana kami pun menyambung semula perjalanan dalam keadaan hujan yang agak renyai renyai. 

Akhirnya setelah 4 jam perjalanan, kami pun sampai di Kundasang Sabah. Setelah sampai kami pun berhenti makan sekejap dan kami agak terkejut apabila kami keluar dari kereta cuaca disini agak sejuk. Setelah kami makan, kami pun terus mendaftar masuk tempat penginapan kami dan kami pun berehat seketika untuk menunggu makan malam nanti. Setelah 2 jam berehat, kami pun turun makan malam dan setelah makan malam kami pun berbincang untuk aktiviti seterusnya pada keesokkan harinya dan setengah jam kemudian kami pun kembali ke tempat penginapan masing masing.

Catatan 08/01/2014
Setelah kami semua bersarapan, kami terus keluar dari tempat penginapan kami dan meneruskan pengembaraan kami di bumi Kundasang Sabah. Lokasi pertama kami adalah di Ladang Teh Sabah yang terletak di kampung Nalapak Ranau. Sesampainya kami disana kami pergi melawat ladang teh dan setelah kami mengambil gambar di kawasan ladang teh kami pun terus ke kedai yang menjual teh dan cenderamata. Setelah kami membeli teh dan beberapa barangan hiasan kami ke restoran yang menyajikan teh Sabah. 

Destinasi kami seterusnya adalah di Ladang Lembu Tenusu Mosilaou Desa Cattle, setelah membayar tiket kami pun masuk ke dalam ladang lembu tenusu tersebut. Dalam keadaan cuaca yang agak dingin  kami pun bergambar di ladang tersebut. Setelah sejam berada disana dalam keadaan ceria kami pun menyambung semula perjalanan kami. 

Dalam keadaan hujan yang agak renyai renyai dan dengan bantuan papan tanda, kami menyusur jalan berbukit dengan agak perlahan sehinggalah kami sampai di KM 4 kaki Gunung Kinabalu. Disana kami berjumpa dengan beberapa orang pendaki yang akan memulakan pendakian mereka. Kebanyakkan dari mereka merupakan pendaki yang telah mendaki lebih dari sekali ke puncak Gunung Kinabalu. 
Setengah jam kemudian, kami pun bergerak turun dari kawasan tersebut dan 5 jam kemudian kami sampai di Pantai Tanjung Aru. Dalam keadaan hujan renyai renyai kami makan malam disana, setelah makan kami ke Pasar Filipina semula dan beberapa buah kedai barangan hiasan berdekatan untuk membeli barangan cenderamata.

Catatan 09/01/2014
Setelah bersarapan pagi, kami terus keluar dari tempat penginapan kami dan menuju ke Pantai Tanjung Aru. Kami kesana sekali lagi disebabkan kemalrin ketika kami sampai keadaan disana hujan renyai renyai dan angin bertiup agak kuat. Disebabkan cuaca hari ini memang baik kami mengambil keputusan untuk bergambar dan menghabiskan masa untuk menikmati keindahan pantai sementara menunggu waktu untuk ke lapangan terbang. 

Pada jam 11 pagi, kami semua bergerak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan setelah mengantar kereta sewa kepada pemilik kereta tersebut kami masuk ke bangunan Terminal Udara dan berehat sementara menunggu waktu untuk terbang pulang. Pada jam 12.30 tengahari kami pun masuk ke Balai Perlepasan dan pada pukul 1.00 kami pun dibenar masuk ke dalam pesawat dan pada jam 1.20 pesawat yang kami naiki berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. 

Pada pendapat kami, Sabah merupakan tempat yang menarik dan tenang. Di ingatan kami semua tersemat satu kenangan yang menggembirakan dan sukar dilupakan iatu dapat bercuti ke tempat idaman dan dapat melupakan semua masalah yang ada. Kalau ada kesempatan, kami akan datang semula ke sini. '

SELAMAT TINGGAL SABAH NEGERI DIBAWAH BAYU

Kami semua ketika di Rumah Terbalik Tamparuli
Dari kiri Puan Azlina, Azril Encik Radzi, Nur Dhia Dayani, Puan Lydia Yantie, Muhammad Aqeef dan Nur Aleesya Safiyya 
  
Kami ketika sampai di Kundasang Ranau Sabah 
Kita makan dulu
Yang ni bunga ka daun?
Takpa kita pegang sat 
Bergambar sebelum balik.
Kami ketika di Ladang Teh Sabah
Perjalanan ke Ladang Lembu Tenusu Mosilaou Desa Cattle
Encik Radzi sedang beratur untuk membeli tiket
Pemandangan seperti di luar negara
Berhenti seketika ketika perjalanan balik
Kami ketika di KM 4 kaki Gunun Kinabalu. Serius rasa macam nak daki gunung ni. Kami akan datang semula nanti
Km 4 kaki Gunung Kinabalu
Azril Azlina ketika di Pantai Tanjung Aru
Encik Radzi mendukung puteri bongsunya Nur Dhia Dayani
Pemandangan dari udara
 SELAMAT TINGGAL SABAH NEGERI DIBAWAH BAYU KAMI AKAN DATANG LAGI NANTI