Wednesday, January 14, 2009

Hari Raya Aidilfitri 1429 Hijrah

Pada awal pagi 28/09/2008 yang lalu aku pergi mengambil isteri aku di Terminal Bas disebabkan isteri aku cuti Raya dan isteri aku pun cuti sama. Kami pulang ke kuarters terlebih dahulu dan seterusnya kami ke Taman Permata. Persiapan Hari Raya giat dijalankan dan pada petangnya kami semua pergi ke Pasar Ramadhan di pelbagai tempat antaranya Alma, Taman Ciku dan Seberang Jaya.
.
Pada 29/09/2008 kami makan sahur seperti biasa dan kami pun terus ke Pasar Ramadhan dan destinasi kami terus ke satu Pasaraya yang baru dibuka iatu AEON Seberang Perai dimana didalamnya terdapat Jaya Jusco yang terletak Di Bandar Perda. Tujuan kami ke sana adalah untuk membeli kasut raya dan barangan lain sempena persiapan masa masa akhir untuk berhari raya. Pada malamnya kami terdengar deruman enjin 2 lejang 150 cc dan menandakan adik aku Kopral Azil Fikri telah pun sampai dari Port Dickson dan kami pun berbual panjang dengan Fikri.
.
Pada 30/09/2009 kami terus membeli daun palas dan pulut, selepas berbuka puasa dengan nada sayu dan kami terdengara alunan yang sungguh merdu Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha Illallah Huallahu Akbar, Allahu Akbar Wallilla Hilham....................................... Selepas itu aku, isteri aku, Fikri, Farah, Fatimah, Mak dan Nur Hannah terus membalut ketupat daun palas ini adalah kerana kami semua suka makan ketupat tersebut. Setengah jam kemuadian setelah ayah balik dari masjid, mak dan ayah pun terus keluar ke Carrefour untuk membeli ayam untuk dijadikan rendang. Kalau semua nak tahu hypermarket menjual barang jauh lebih murah berbanding kedai biasa dan stok barang basah boleh didapati sehingga lewat malam.
.
Setelah kami membalut ketupat daun palas dengan jayanya maka kami pun terus membeli makanan tambahan untuk berhari raya iatu lemang. Fikri menjadi pemurah dan dia belanja kami lemang. Harga lemang sekarang ni agak mahal sebatang lemang boleh didapati dengan harga lebih kurang RM 15. Kemuadian aku pun mengambil 2 jenis kuih raya yang dibuat oleh isteri aku dan meletakkan diruang tamu. Adik adik aku semuanya terkejut kerana tak sangka isteri aku boleh membuat kuih raya sesedap yang dibeli dari kedai. Hahahahaha.
.
Pada 01/10/2008 atau 1 Syawal 1429 Hijrah kami semua bangun awal dan kami pun terus memakai baju raya kami semua yang cantik dan kami terus bermaafan dengan mak dan ayah. Sayunya rasa mengenangkan dosa yang telah aku lakukan pada mak, ayah, isteri dan adik adik aku dan kami pun bermaafan antara satu dengan lain. Inilah pengalaman pertama berheri raya bersama isteri dan pengalaman pertama sebagai suami. Lalu kami pun bersiap untuk ke Balik Pulau.
.

Inilah ketupat hasil balutan mak, aku, azlina, fikri, farah dan nur hannah sedap betul sebab berlemak dengan santan.
.
Aku dan isteri aku selpas kami bermaafan antara satu sama lain.
.

Bonda tesayang Puan Siti Roselina Indrayati Binti Mohd Sulaiman setelah bersiap.
.

Kelihatan ketiga tiga adik perempuan aku Nur Hannah, Fatimah Zahra dan Farah Zalina tengah bersiap
.

Kelihatan Koperal Azil Fikri tengah mengira diut raya untuk diberikan.
.

Adik aku Cik Farah Zalina dan Cik Fatimah Zahra
.
Aku bergambar dengan adik aku Fatimah.
.
Kemudian kami pun sampai di kubur setelah kami berdoa di kubur Mak Tok dan Tok Wan kami terus ke rumah MakYang di Balik Pulau dan kami pun terus beraya dengan Mak Yang dan kami pun terus makan makanan yang dihidangkan oleh Mak Yang seperi lemang dan ketupat. Selepas itu kami pergi sekejap ke rumah Tok Nek(Tok Saudara Aku) dan kami pun terus makan dan destinasi kami seterusnya adalah di rumah Mak Yam di Sungai Rusa.
.

Kelihatan isteri tercinta Puan Azlina tengah memegang telefon bimbit
.
Bergambar bersama ketika di rumah Mak Yam.
.
Kami bergambar selepas kenyang menikmati makanan.
.
Bergambar bersama bonda dan adik adik.
.
Dari kiri sepupu aku Cik Intan Adila, Mak Yang Puan Siti Roseliah, Bonda Tersayang Puan Siti Roselina Indrayati, Isteri tercinta Puan Azlina dan aku dan yang duduk dari kiri Cik Farah Zalina, Cik Nur Hannah dan Encik Muhammad Muhaimin.
.
  
Bergambar bersama isteri dengan kami berpakaian lengkap baju tradisional bangsaku, bangsa Melayu
.
Selepas itu kami terus pergi ke Tesco Pualu Pinang membeli barang keperluan harian dan kami pun terus balik ke rumah. Kemudia aku dan isteri aku bersiap sebab kami akan balik ke Pahang malam ini dan kami pun makan ikan cencaru beleh belakang yang dimasak olek mak. Sedap betul. hahahahahaha. Setelah membuat persiapan pada pukul 11.00 aku dan isteri aku bertolak dari Taman Permata ke Felda Jenderak sejauh 460 km melalui Batang Kali dan memakan masa selama 6 jam dengan 6 kali kami berhenti dan apabila kami sampai kami pun terus tidur sekejap.

Kawad Hari Kemerdekaan Yang Ke 51

Pada 30/08/2008 yang lalu isteri aku balik ke sini dengan menaiki bas sebab cuti Hari Kebangssan dan isteri aku juga cuti panjang sebab hendak menyambut Awal Ramadan disini dan semasa kehadiran isteri aku di Pulau Pinang kami tidak tinggal di kuarters sebaliknya kami tinggal di Taman Permata iatu rumah Mak dan Ayah aku.
.
Pada 31/08/2008 awal awal pagi kami sudah bangun disebabkan aku terlibat dengan perbarisan sempena Hari Kemerdekaan Yang Ke 51, awal awal pagi lagi aku, Azlina, Farah, Fatimah, Muhaimin dan Nur Hannah merentasi Jambatan Pulau Pinang disebabkan lokasi Kawad Hari Kemerdekaan Yang Ke 51 adalah di Queensbay bayan Baru, Pulau Pinang.
.


Antara kontijen yang menyertai Kawad Hari Kemerdekaan Yang Ke 51
.
Sempat lagi bergambar bersama isteri aku setelah habis kawad.
.
Bergambar bersama adik adik aku.
Dari kiri Cik Nur Hannah, Puan Azlina, Muhammad Azril, Encik Muhammad Muhaimin dan yang berdiri Cik Farah Zalina.
.
Bergambar sekali lagi cuma kali ini Cik Fatimah Zahra tengah berdiri.
.
Aku dan Isteri aku bergambar sewaktu didalam bangunan Queensbay Mall
.
Bergambar diatas feri Pulau Pinang.
.
Bergambar beramai ramai diatas feri
.
Selepas berakhirnya Majlis Perarakan Hari Kemerdekaan Yang Ke 51 aku meluangkan masa membawa adik adik aku dan isteri aku meronda ronda sekitar Pulau Pinang dan kami pun pergi makan cendol berdekatan dengan Mydin. Selepas itu kami pun pulang ke rumah dan kami sampai semua balik tidur. Hahahaha. Selepas solat Asar Mak Yang (mak saudara aku)pun datang dan kami pun bersembang dengan Mak Yang. Selepas itu kami pun membuat persediaan untuk bersahur dengan pergi membeli barangan keperluan untuk dimasak nanti pada pukul 3.00 pagi nanti. Inilah kali pertama aku bersahur sebagai seorang suami
.
Pada 02/09/2008 aku dan isteri aku pun pulang ke kuarters disebabkan aku berkerja pada hari Rabu dan setiap hari kami ke pasar Ramadhan untuk membeli juadah tambahan untuk berbuka puasa. Setiap kali balik kerja kami akan ke Pasar Ramadhan. Isteri aku masih lagi bercuti dan setiap kali balik kerja isteri aku melihat isteri aku masak bermacam macam jenis juadah untuk kami berbuka nanti.
.
Pada 3/9/08 isteri aku pun balik ke Kuantan dan selepas ini bermulanya hidup kami kembali bersendirian dan terpaksa berbuka puasa dan bersahur sendirian. sedih memang sedih tapi nak buat macam mana. Hahahahaha.
.
Sehingga catatan ini ditulis pada 13/1/09 aku seorang saja yang balik ke Kuantan setiap minggu kerana aku risaukan keselamatan isteri aku kerana dia terpaksa berjalan kaki setiap kali balik ke Kuantan disebabkan bas hanya berhenti di tepi jalan dan rumah sewa isteri aku terletak hampir 1km dari jalan besar dan keadaan ini amatlah membimbangkan aku. Jika aku balik ke kuantan isteri aku akan tunggu di tepi jalan manakala kalau isteri aku aku balik ke Pulau Pinang dan dia terpaksa balik ke Kuantan keseorangan dan bas akan sampai pada pukul 7.00 pagi dan terpaksa dia berjalan seorang diri ke rumah sewa.