Pada awal pagi 28/09/2008 yang lalu aku pergi mengambil isteri aku di Terminal Bas disebabkan isteri aku cuti Raya dan isteri aku pun cuti sama. Kami pulang ke kuarters terlebih dahulu dan seterusnya kami ke Taman Permata. Persiapan Hari Raya giat dijalankan dan pada petangnya kami semua pergi ke Pasar Ramadhan di pelbagai tempat antaranya Alma, Taman Ciku dan Seberang Jaya.
.
Pada 29/09/2008 kami makan sahur seperti biasa dan kami pun terus ke Pasar Ramadhan dan destinasi kami terus ke satu Pasaraya yang baru dibuka iatu AEON Seberang Perai dimana didalamnya terdapat Jaya Jusco yang terletak Di Bandar Perda. Tujuan kami ke sana adalah untuk membeli kasut raya dan barangan lain sempena persiapan masa masa akhir untuk berhari raya. Pada malamnya kami terdengar deruman enjin 2 lejang 150 cc dan menandakan adik aku Kopral Azil Fikri telah pun sampai dari Port Dickson dan kami pun berbual panjang dengan Fikri.
.
Pada 30/09/2009 kami terus membeli daun palas dan pulut, selepas berbuka puasa dengan nada sayu dan kami terdengara alunan yang sungguh merdu Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha Illallah Huallahu Akbar, Allahu Akbar Wallilla Hilham....................................... Selepas itu aku, isteri aku, Fikri, Farah, Fatimah, Mak dan Nur Hannah terus membalut ketupat daun palas ini adalah kerana kami semua suka makan ketupat tersebut. Setengah jam kemuadian setelah ayah balik dari masjid, mak dan ayah pun terus keluar ke Carrefour untuk membeli ayam untuk dijadikan rendang. Kalau semua nak tahu hypermarket menjual barang jauh lebih murah berbanding kedai biasa dan stok barang basah boleh didapati sehingga lewat malam.
.
Setelah kami membalut ketupat daun palas dengan jayanya maka kami pun terus membeli makanan tambahan untuk berhari raya iatu lemang. Fikri menjadi pemurah dan dia belanja kami lemang. Harga lemang sekarang ni agak mahal sebatang lemang boleh didapati dengan harga lebih kurang RM 15. Kemuadian aku pun mengambil 2 jenis kuih raya yang dibuat oleh isteri aku dan meletakkan diruang tamu. Adik adik aku semuanya terkejut kerana tak sangka isteri aku boleh membuat kuih raya sesedap yang dibeli dari kedai. Hahahahaha.
.
Pada 01/10/2008 atau 1 Syawal 1429 Hijrah kami semua bangun awal dan kami pun terus memakai baju raya kami semua yang cantik dan kami terus bermaafan dengan mak dan ayah. Sayunya rasa mengenangkan dosa yang telah aku lakukan pada mak, ayah, isteri dan adik adik aku dan kami pun bermaafan antara satu dengan lain. Inilah pengalaman pertama berheri raya bersama isteri dan pengalaman pertama sebagai suami. Lalu kami pun bersiap untuk ke Balik Pulau.
.
Inilah ketupat hasil balutan mak, aku, azlina, fikri, farah dan nur hannah sedap betul sebab berlemak dengan santan.
.
Aku dan isteri aku selpas kami bermaafan antara satu sama lain.
.
Bonda tesayang Puan Siti Roselina Indrayati Binti Mohd Sulaiman setelah bersiap.
.
Kelihatan ketiga tiga adik perempuan aku Nur Hannah, Fatimah Zahra dan Farah Zalina tengah bersiap
.
Kelihatan Koperal Azil Fikri tengah mengira diut raya untuk diberikan.
.
Adik aku Cik Farah Zalina dan Cik Fatimah Zahra
.
.
Bonda tesayang Puan Siti Roselina Indrayati Binti Mohd Sulaiman setelah bersiap.
.
Kelihatan ketiga tiga adik perempuan aku Nur Hannah, Fatimah Zahra dan Farah Zalina tengah bersiap
.
Kelihatan Koperal Azil Fikri tengah mengira diut raya untuk diberikan.
.
Adik aku Cik Farah Zalina dan Cik Fatimah Zahra
.
Aku bergambar dengan adik aku Fatimah.
.
.
Kemudian kami pun sampai di kubur setelah kami berdoa di kubur Mak Tok dan Tok Wan kami terus ke rumah MakYang di Balik Pulau dan kami pun terus beraya dengan Mak Yang dan kami pun terus makan makanan yang dihidangkan oleh Mak Yang seperi lemang dan ketupat. Selepas itu kami pergi sekejap ke rumah Tok Nek(Tok Saudara Aku) dan kami pun terus makan dan destinasi kami seterusnya adalah di rumah Mak Yam di Sungai Rusa.
.
.
.
.
Dari kiri sepupu aku Cik Intan Adila, Mak Yang Puan Siti Roseliah, Bonda Tersayang Puan Siti Roselina Indrayati, Isteri tercinta Puan Azlina dan aku dan yang duduk dari kiri Cik Farah Zalina, Cik Nur Hannah dan Encik Muhammad Muhaimin.
Dari kiri sepupu aku Cik Intan Adila, Mak Yang Puan Siti Roseliah, Bonda Tersayang Puan Siti Roselina Indrayati, Isteri tercinta Puan Azlina dan aku dan yang duduk dari kiri Cik Farah Zalina, Cik Nur Hannah dan Encik Muhammad Muhaimin.
.
No comments:
Post a Comment