Friday, January 16, 2009

Upacara Konvokesyen Ke 38 Universiti Sains Malaysia dan Farah Zalina Binti Hamzah

Upacara Konvokesyen Ke 38 Universiti Sains Malaysia dan Farah Zalina Binti Hamzah.

Pada 14/08/2009 yang lalu aku telah menghadiri upacara konvokesyen adik aku Farah Zalina yang telah tamat pengajiannya di USM dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Masyarakat, antara yang turut serta adalah mak, ayah, Muhaimin, Fatimah dan Nur Hannah. Mak dan Ayah datang terlebih dahulu dalam pukul 3.00 petang sebab mak dan ayah dibenarkan masuk ke dalam dewan

Setelah balik kerja dalam pukul 5 aku terus pecut motor ke USM dan sampai disana aku terus mencari adik adik aku. Isteri aku tidak dapat turut serta sebab munggu ini dia terpaksa oncall di klinik kesihatan UMP Pahang. Aku diberitahu oleh adik aku Fatimah bahawa Farah konvonya dalam sidang yang kedua mungkin dalam pukul 6 lebih baru habis lalu aku pun membeli makanan yang banyak dijual di gerai gerai disana dan makan bersama adik adik aku. Pada pukul 6.15 petang Farah Zalina pun keluar lalu kami pun bergambar bersama sama..

Adik adik Nur Hannah dan Muhaimin sedang makan
.
Aku bergambar bersama adik kesayanganku Cik Nur Hannah.
.
Bonda dan ayahanda bergambar bersama Farah.
.
Kami pun bergambar bersama-sama.
.
Bonda tersayang Puan Siti Roselina Indrayati dan Ayahanda tersayang Tuan Hamzah Bin Ismail.
.
Aku bergambar bersama-sama adik aku Cik Farah Zalina Binti Hamzah
.
Cik Farah Zalina Binti Hamzah dan Cik Fatimah Zahra Binti Hamzah
.
kami bergambar di tepi tasik.
.
Farah bergambar bersama Bonda
.
Ayahanda tersayang merenung jauh sambil tersenyum
.
Wajah jelita seorang graduan.
.

Pasangan romantis Bonda tersayang Puan Siti Roselina Indrayati dan Ayahanda tersayang Tuan Hamzah Bin Ismail bergambar dihadapan tasik.
.
dari kiri Encik Muhammad Muhaimin, Tuan Hamzah Bin Ismail, Cik Fatimah Zahra, Aku, Cik Farah Zalina, Puan Siti Roselina dan Cik Nur Hannah.
.


 


Encik Muhammad Muhaimin dan Cik Nur Hannah mencuba jubah konvo dan bergambar. Semoga dengan kejayaan Farah Zalina akan menjadi sumber inspirasi Nur Hannah, Muhammad Muhaimin dan Fatimah Zahra untuk belajar bersungguh sungguh dan dan mendapat segulung ijazah nanti.

1 comment:

Anonymous said...

Woi azril adik hang yang grad tu kawin tak lagi. Comel betul.