Majlis Penyatuan Semula (Reunion) Bekas Pelajar Diploma In Nursing U.S.M
.
Mungkin ramai yang terkejut dengan tajuk diatas tetapi untuk pengetahuan semua, majlis tersebut adalah untuk meraikan bekas bekas pelajar Diploma In Nursing U.S.M dan salah seorang dari bekas pelajar tersebut adalah isteri aku Puan Azlina Binti Ahmad

Pada 21/11/2008 yang lalu selepas balik dari kerja dalam pukul 5 aku terus pulang ke kuarters dan seterusnya bersiap dan dalam pukul 5.30 aku pun terus menuju ke Terminal Butterworth dan aku pun terus menaiki bas Transnasional.
.
Bas bergerak pada pukul 6.00 petang dan bas pun sampai di Hentian Puduraya pada pukul 10.45. Selepas solat dan makan aku pun terus menunggu bas ke Kuantan pada pukul 11.59 malam.
.
Pada pukul 11.45 malam bas Transnasional ke Kuantan pun sampai dan kami semua dibenarkan mengambil tempat masing masing seperti biasa aku akan ambil tempat 3c sebab 3c adalah "single seat".
.
Pada tepat pukul 11.59 bas pun bergerak menuju ke Kuantan dan pada pukul 3.15 pagi bas akan sampai di Tol Gambang dan aku akan meminta pemandu bas menurunkan aku di Tunas Mart, jarak antara Tol Gambang dan Tunas Mart adalah 15 km dan isteri aku akan menunggu di sana dan kami pun pulang ke rumah. Begitulah rutin mingguan aku.
.
Selepas Subuh 22/11/2008 kami pun terus memulakan perjalanan ke Pantai Melawi Bachok, Kelantan yang sejauh 410km melalui negeri Terengganu dan mengambil masa selama 6 jam setengah. Aku pun tak tahu, tapi yang paling pasti kami berhenti lebih dari 6 kali untuk ke tandas dan membeli makanan.
.
Setelah kami pun sampai di sana kami ke Bachok untuk mengisi minyak kereta dan makan setelah kami makan kami pun berehat di chalet yang disediakan oleh pihak penganjur Majlis Penyatuan Semula (Reunion) Bekas Pelajar Diploma In Nursing U.S.M.

Setelah Asar sukaneka pun bermula dengan jayanya aku dan isteri aku tidak melepaskan peluang dan kami pun mengambil acara. Ramai juga bekas pelajar Diploma In Nursing U.S.M yang datang dari seluruh negara dan ada yang balik dari Arab pun ada termasuk pensyarah pensyarah pun datang.
.
.
Isteri tercinta sedang bermain permainan kerusi irama.
.
Cuma tinggal 2 orang sahaja iatu Isteri aku dan kawannya Ogy
.
Pemenangnya adalah isteri aku. Yahooooooo
.
Aku dan isteri aku mengambil acara gula gula dalam tepung.
.
Puhhhhhhhhhh. Puan Azlina sedang meniup tepung dengan seluruh tenaga.
.
Aku terus membuang tepung yang melekat di baju dan seluar. Hahahaha
.
.
Kami sedang beratur untuk mengambil acara baling belon dimana didalam belon tersebut terdapat air. Kami menang tempat pertama.
.
Isteri aku bergambar bersama sama kawan-kawannya yang semuanya adalah Jururawat.

Beratur untuk acara tarik tali.
.
.
Seyum sambil memegang tali. Hahahahaha
.
.
Tarik tarik tarik tarik akhirnya keputusan seri. Hahahahaha.
Kami bergambar setelah selesai karvinal sukaneka. Baju aku masih melekat dengan tepung semasa acara tiup tepung tadi. Hahahaha
Aku turut sama bergambar sambil duduk dan berdiri
.
Kami pun bergambar dihadapan Pantai Melawi yang luas terbentang.
Pada malamnya kami dihidangkan dengan barbeku ayam,ikan udang dan banyak lagi makanan laut dan selepas makan malam kamipun meronda ronda Kota Bharu, Wakaf Che Yeh dan pelbagai tempat menarik di Kelantan dan pada pukul 12.00 tengah malam kami pun pulang ke chalet. Selepas pulang kami pun tidur dengan nyenyaknya kerana letih yang teramat sangat.
.
Pada esoknya selepas kami bersarapan isteri aku aku pun terus berjumpa dengan kawan kawannya dan selepas itu kami pun terus berangkat pulang ke Kuantan dan tiba tiba kami berubah fikiran dan kami pun terus ke Kota Bharu dahulu dan pelbagai tempat menarik lain sebelum balik ke Kuantan.

No comments:
Post a Comment