Thursday, February 18, 2010

Berkelah di Cherating Pahang

Berkelah di Cherating Pahang

Pada hari Sabtu 13/02/2010 yang lalu aku dan isteri aku pergi berkelah di Cherating,Pahang. Perjalanan kami dimulakan pada pukul 9.00 pagi dan pada pukul 9.45 pagi kami pun sampai. Perjalanan sejauh 55 km dari rumah kami ditempuh dengan gembira sebab jalan yang lengang. Ketika kami sampai disana cuaca agak panas dan air laut masih lagi surut.

Aku dan isteri aku pun mencari lokasi strategik untuk menghampar tikar dan menyusun bekas makanan yang dibawa kemudian kami pun terus mandi laut dengan sukanya. Antara perkara yang menyeronokkan adalah air laut disana sejuk sangat. Pantai di Cherating memang landai sehingga jarak 100 meter dari pantai air laut masih separas lutut.

Cuba bayangkan cuaca disana agak panas dan air laut pula sejuk maka kami pun terus bermain air sehingga jam 11.30 pagi. Masa berlalu agak pantas dan seolah olah baru 10 minit saja kami sampai.

Setelah lama bermain air kami pun makan nasi yang dibawa dari rumah setelah itu kami pun terus bersiap untuk balik. Balik ke? Tidak kami belum lagi mahu balik..........


Gambar aku dirakamkan ketika kami baru saja sampai di Cherating
.

Pantai Cherating ketika jam 9.50 pagi.
.

Gambar dirakamkan ketika kami bersiap untuk balik dan kulit aku bertukar warna menjadi hitam. Hahahaha Dahla aku ni hitam terus jadi hitam pekat, hahahaha
.

Kami pun meneruskan perjalanan ke Kemaman, terengganu yang sejauh 20 km dar Cherating dan memakan masa selama 15 minit sahaja. Tujuan kami ke sana adalah untuk membeli keropok. Memang banyak kedai keropok disana aku dan isteri aku kalau pergi sana, kami akan ke kedai keropok yang terdapat sampan diatasnya, ini adalah kerana keropok yang dijual disitu memang sedap. Itu keropok mentah kalau keropok yang sudah digoreng kami suka pergi ke kedai keropok Aziz Satar sebab kedai tersebut menyajikan kerpok yang enak dan sedap.

Setelah kami beli kerpok kami pun balik ke rumah perjalanan sejauh 70km dan mengambil masa selama 50 minit. Setelah sampai di rumah isteri aku pun terus membasuh baju dan kami pula bersiap hendak balik kampung isteri aku di Felda Jenderak Utara.

Kami ke sana adalah mengahadiri dan membuat persiapan majlis aqiqah dan cukur jambul anak saudara isteri aku Irfaan yang merupakan anak kepada Puan Aizaan.

Pada hari Selasa kami pun balik semula ke Kuantan dan pada malamnya aku pun naik bas balik ke Bukit Mertajam.............

...........................................................................................