Monday, September 06, 2010

Hari Ahad Azril Azlina @ 26 Ramadhan 1431 Hijrah

Hari Ahad Azril Azlina @ 26 Ramadhan 1431 Hijrah

Pada hari Ahad bersamaan dengan 26 Ramadhan 1431 aku dan isteri aku ke Pasar Besar di Kuantan. Tujuan kami kesana adalah untuk mengambil baju melayu aku yang telah siap. Setibanya kami disana kami terus mengambil baju melayu aku yang kami tempah hampir sebulan yang lepas dan kami pun menuju ke pasar basah untuk membeli makanan mentah untuk dimasak sewaktu berbuka puasa nanti.

Aku terkejut kerana kebanyaakan ikan dan makanan laut disana agak murah dan nampak segar jika dibandingkan dengan yang kami beli di pasar kecil atau peniaga di gerai gerai. Apabila berada disana terasa macam hendak beli kesemua ikan disana.

Lalu aku dan isteri aku pun membeli ikan temenung atau ikan kembong 5 ekor (harga 1 kg RM 5) dan kami pun terus ke meja yang menjual sotong. Disebabkan aku teringin sangat nak makan sotong besar kami pun pergi ke meja menjual sotong. Pelbagai saiz dan rupa sotong tersebut dan aku pun memilih sotong yang ekornya agak bulat dan peniaga disana menamakannya sebagai sotong mambang. Kami kemudiannya membeli sayuran dan kami terus pulang ke rumah.

Pada jam 5.30 petang isteri aku pun memulakan proses masakannya dan pada pukul 6.00 kerja masakan pun selesai maka kami pun berehat sebentar. Pada pukul 7.12 malam kami pun berbuka puasa dan setengah jam kemudian kami pun solat dan bersiap hendak ke Terminal Makmur dan pada pukul 8.40 kami pun sampai disana. Pada pukul 9 dengan hati yang berat aku pun melangkah masuk kedalam bas dan dengan keadaan sedih isteri aku pun melangkah pulang dari Terminal setelah bas yang aku naiki bergerak meninggalkan terminal dan pada pukul 6.15 aku pun sampai di Butterworth.
.


Inilah juadah berbuka puasa kami yang ringkas dan cukup menyelerakan
.
Inilah dia ikan temenung (kembong) masak wap yang sunggu sedap
.
Sotong mambang yang telah siap dimasak. (Terliur pulak aku tengok sotong ni)
.
Kambing bakar yang cukup menyelerakan yang siap dibakar didalam ketuhar
.

Aku Tak Puas Hati Bahagian 2

Aku Tak Puas Hati Bahagian 2

Saya Muhammad Azril Bin Hamzah dengan ini menyatakan ketidakpuasan hati saya berkenaan perkara perkara yang menaikkan kemarahan saya antaranya adalah :

1.) Perbuatan menghina Islam yang semakin berleluasa sekarang ni antaranya perbuatan menghina nama Allah, menghina Puasa ,menghina umat Islam dan memberikan tafsiran sempit mengenai umat Islam. Dimanakah suara para ilmuan Islam dan pemimpin muda Islam yang berapi rapi dalam memberi ceramah tetapi takut nak menyuarakan pendapat dalam hal ini.

2.) Perbuatan menghuna Melayu yang sekarang ni nampaknya semakin berleluasa. Yang paling saya hairan adalah kuasa politik pun tak mampu nak buat apa. Tak kisah politik memerintah dan politik pembangkang memang tak boleh diharap dalam nak membela Melayu.

3.) Perbuatan menghina negara antaranya seperti membakar dan memijak Jalur Gemilang dan membaling najis ke Kedutaan Negara.

Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Sesiapa yang ada kuasa tolonglah bertindak demi agama bangsa dan negara...........