Hari Ahad Azril Azlina @ 26 Ramadhan 1431 Hijrah
Pada hari Ahad bersamaan dengan 26 Ramadhan 1431 aku dan isteri aku ke Pasar Besar di Kuantan. Tujuan kami kesana adalah untuk mengambil baju melayu aku yang telah siap. Setibanya kami disana kami terus mengambil baju melayu aku yang kami tempah hampir sebulan yang lepas dan kami pun menuju ke pasar basah untuk membeli makanan mentah untuk dimasak sewaktu berbuka puasa nanti.
Aku terkejut kerana kebanyaakan ikan dan makanan laut disana agak murah dan nampak segar jika dibandingkan dengan yang kami beli di pasar kecil atau peniaga di gerai gerai. Apabila berada disana terasa macam hendak beli kesemua ikan disana.
Lalu aku dan isteri aku pun membeli ikan temenung atau ikan kembong 5 ekor (harga 1 kg RM 5) dan kami pun terus ke meja yang menjual sotong. Disebabkan aku teringin sangat nak makan sotong besar kami pun pergi ke meja menjual sotong. Pelbagai saiz dan rupa sotong tersebut dan aku pun memilih sotong yang ekornya agak bulat dan peniaga disana menamakannya sebagai sotong mambang. Kami kemudiannya membeli sayuran dan kami terus pulang ke rumah.
Pada jam 5.30 petang isteri aku pun memulakan proses masakannya dan pada pukul 6.00 kerja masakan pun selesai maka kami pun berehat sebentar. Pada pukul 7.12 malam kami pun berbuka puasa dan setengah jam kemudian kami pun solat dan bersiap hendak ke Terminal Makmur dan pada pukul 8.40 kami pun sampai disana. Pada pukul 9 dengan hati yang berat aku pun melangkah masuk kedalam bas dan dengan keadaan sedih isteri aku pun melangkah pulang dari Terminal setelah bas yang aku naiki bergerak meninggalkan terminal dan pada pukul 6.15 aku pun sampai di Butterworth.
.
.
No comments:
Post a Comment