Friday, April 17, 2015

Azril Azlina Radzi Lydia Aleesya Aqeef Dayani Mengembara di Sabah Negeri Di Bawah Bayu

Azril Azlina Radzi Lydia Aleesya Aqeef Dayani Mengembara di Sabah Negeri Di Bawah Bayu

Catatan 05/01/2014
Awal awal pagi Azril dan Puan Azlina bangun dan kami pun bersiap keluar dari kuarters menuju ke rumah Encik Radzi di Pekan Darat. Setelah sampai disana kami pun bersiap untuk ke Lapangan Antarabangsa Pulau Pinang. Pada jam 9.00 pagi kami sampai disana dan kami pun mendaftar beg, setelah semua urusan kami selelsai kami berehat sebentar sambil makan di beberapa buah restoran yang terdapat disana. 

Pada jam 9.30 pagi kami pun masuk ke balai berlepas dan pada jam 10 kami dipersilakan masuk ke dalam pesawat dan setepat jam 10.05 pagi pesawat terus berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Setelah hampir hampir 2 jam setengah kami diudara pesawat pun mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Setelah sampai kami terus mencari kereta sewa dan kemudiannya kami terus ke tempat penginapan kami yang terletak di Bandar Kota Kinabalu. Apabila kami sampai di tempat penginapan kami, kami terus merehatkan diri dan mengikut perjanjian kami, kami akan turun ke bawah apabila petang nanti untuk ke tempat yang dinamakan gedung makanan laut. 

Selepas maghrib kami pun ke Pasar Filipina untuk membeli barangan hiasan dan kemudiannya kami terus ke gerai makanan laut bakar yang terdapat disana. Kesedapan makanan yang terdapat disana membuatkan kami terus menambah lauk sehinggalah kami kenyang. Setelah habis makan kami sekali lagi membeli-belah di kedai barangan cenderamata yang terdapat disana. Setelah selesai semua urusan kami, kami pun balik ke tempat penginapan kami.

Catatan 06/01/2014
Awal awal pagi Azril,Azlina, Radzi, Lydia, Aleesya, Aqeef dan Dayani terus keluar dari tempat penginapan kami. Kami meronda ronda di Bandar Kota Kinabalu antara tempat yang kami lawati adalah tempat tertinggi di Kota Kinabalu iaitiu Balai Cerap Bukit Bendera atau juga disebut Signal Hill Observatory Platform. Setelah sejam berada disana, kami ke Perkampungan Budaya Monosopiad atau dikenali sebagai Monsopiad Cultural Village. 

Di Perkampungan Budaya Monosopiad kami diceritakan tentang sejarah keperwiraan Monosopiad oleh petugas disana. Mereka juga turut menceritakan tentang Tangkob yang merupakan tempat padi disimpan. Selain itu kami turut melawat Kotos Di Monsopiad atau Rumah Utama Monsopiad yang merupakan bangunan yang dibina bagi memperingati Monosopiad dan keturunannya. Kami kemudiannya ke rumah tengkorak yang terdapat di sebarang jalan, di dalam rumah tersebut terdapat 42 tengkorak manusia yang merupakan trofi keperwiraan Monosopiad. Kemuadiannya kami menyeberangi jalan semula untuk melihat tarian kebudayaan yang dipersembahkan disana. Setelah sejam kami berada disana kami pun balik ke tempat penginapan kami. 

Pada malamnya kami ke Pasar Filipina sekali lagi untuk membeli barangan hiasan, seterusnya kami ke gerai makanan laut bakar yang terdapat disana.Setelah letih berjalan jalan, kami pun pulang ke tempat penginapan kami.

BERSAMBUNG.......

Azril dan Azlina didalam pesawat
Kita makan dulu. Aduih...tengok gambaq ni dah terlioq dah aku
Pemandangan Kota Kinabalu dari Bukit Bendera
Kami ketika di Balai Cerap Bukit Bendera atau juga disebut Signal Hill Observatory Platform
Encik Radzi bersama anakandanya Aleesya, Aqeef dan Dayani
 
Azlina dan Aqeef
Aqeef dan adindanya Dayani
Ada tulisan lah kat situ
Dari kiri Puan Lydia Yantie, Nur Dhia Dayani, Encik Radzi, Nur Aleesya Safiyya, Muhammad Aqeef,  Muhammad Azril dan Puan Azlina
Padi
Tangkob yang merupakan tempat padi disimpan
Proses pembuatan tapai
42 tengkorak yang dijadikan trofi oleh Monsopiad
Gambar Keturunan Monsopiad
Kami ketika di luar Rumah Tengkorak
Jom kita sumpit
Encik Radzi menyumpit buah
Hai saya Azril
Puan Azlina disebelah baju tradisional Kadazan Dusun
Petugas menunjukkan ulat sagu
Isyarat persembahan dibunyikan menandakan persembahan akan bermula sedikit masa lagi
Persembahan kebudayaan Kadazan Dusun
Kami bersama petugas kebudayaan