Wednesday, January 21, 2009

Majlis Pernikahan Azim Anwar Bin Malek Anwar

Majlis Pernikahan Azim Anwar Bin Malek Anwar

Pada 26/12/2009 yang lalu telah berlansung majlis perkahwinan sepupu aku Azim Anwar di Bayan Lepas Pulau Pinang, dimana majlis dimulakan dengan majlis akad nikah. Antara jemputan yang hadir adalah saudara mara terdekat serta adik beradik aku termasuk mak dan ayah serta isteri aku.

.
Inilah dia bakal isteri Azim, Cik Erin
.
Kelihatan Koperal Azil Fikri dengan wajah yang ceria ketika di dalam masjid
.
Encik Azim tersenyum dalam debaran ketika sedang menunggu Tok Kadi masuk ke dalam masjid
.
Isteri Tercinta Puan Azlina senyum ketika mendukung sepupunya.
.

Kelihatan Bonda Tercinta Puan Siti Roselina Indrayati tersenyum dan Ayahanda Tercinta Tuan Hamzah kusyuk memandang ke hadapan.
.

Berdoa selepas akad nikah, dengan sekali lafaz Erin menjadi isteri Azim
.

Azim memakaikan isterinya rantai
.
Kami bergambar bersama sama pengantin.
.
Pada 27/12/2009 telah berlansung majlis persandingan dirumah Puan Erin di Bayan Lepas dan kami sekeluarga pun turut serta disana. kali ini rombongan bertambah banyak kerana turut disertai oleh keluarga Pak Saudara aku dari Kuala Lumpur dan Johor.
.
Sempat lagi kami bergambar ketika sampai di rumah pengantin perempuan.
.
Azim kelihatan seperti Panglima
.
Kelihatan Koperal Azil Fikri dan Encik Arham diluar menunggu untuk masuk ke dalam rumah pengantin.
.
Encik Azim dan Puan Erin sedang bersanding.
.

Haaa, nampak tak saya kat mana? Hahahaha.
.
Aku dan Isteri aku pun bersanding. Hahahaha.
.
Azim dan Erin bergambar didalam bilik.
.
Kami bergambar bersama sama pengantin.
.
Setelah habis majlis, kami pun berangkat balik ke rumah dan pada malamnya kami ke rumah Mak Yang dan pada 28/12/2009 kami pun terus ke rumah Mak Yang tolong membuat kerja dan persediaan kenduri untuk keesokkan harinya. Aku tidak dapat turut serta untuk kenduri keesokkan harinya disebabkan kami akan ke Kuantan disebabkan tiket bas dah habis maka kami akan pulang ke sana dengan menaiki kereta.
.
Isteri tercinta Puan Azlina mendukung sepupunya.
.
Tegok siapa yang sedang masak. hahahaha.
.
Pada 29/12/2009 telah berlansungnya Majlis Persandingan di rumah Mak Yang Puan Siti Roseliah dan adik adik aku pun merakamkan gambar di rumah Mak Yang. Antara yang hadir adalah saudara mara, jemputan dan ramai lagi
.
Kelihatan Azim dan Erin di meja makan.
.
Azim dan Erin bergambar di atas pelamin.
.

Encik Azim dan Puan Erin bergambar ketika didalam bilik.
.

Tuesday, January 20, 2009

Majlis Penyatuan Semula (Reunion) Bekas Pelajar Diploma In Nursing U.S.M

Majlis Penyatuan Semula (Reunion) Bekas Pelajar Diploma In Nursing U.S.M
.
Mungkin ramai yang terkejut dengan tajuk diatas tetapi untuk pengetahuan semua, majlis tersebut adalah untuk meraikan bekas bekas pelajar Diploma In Nursing U.S.M dan salah seorang dari bekas pelajar tersebut adalah isteri aku Puan Azlina Binti Ahmad
.
Pada 21/11/2008 yang lalu selepas balik dari kerja dalam pukul 5 aku terus pulang ke kuarters dan seterusnya bersiap dan dalam pukul 5.30 aku pun terus menuju ke Terminal Butterworth dan aku pun terus menaiki bas Transnasional.
.
Bas bergerak pada pukul 6.00 petang dan bas pun sampai di Hentian Puduraya pada pukul 10.45. Selepas solat dan makan aku pun terus menunggu bas ke Kuantan pada pukul 11.59 malam.
.
Pada pukul 11.45 malam bas Transnasional ke Kuantan pun sampai dan kami semua dibenarkan mengambil tempat masing masing seperti biasa aku akan ambil tempat 3c sebab 3c adalah "single seat".
.
Pada tepat pukul 11.59 bas pun bergerak menuju ke Kuantan dan pada pukul 3.15 pagi bas akan sampai di Tol Gambang dan aku akan meminta pemandu bas menurunkan aku di Tunas Mart, jarak antara Tol Gambang dan Tunas Mart adalah 15 km dan isteri aku akan menunggu di sana dan kami pun pulang ke rumah. Begitulah rutin mingguan aku.
.
Selepas Subuh 22/11/2008 kami pun terus memulakan perjalanan ke Pantai Melawi Bachok, Kelantan yang sejauh 410km melalui negeri Terengganu dan mengambil masa selama 6 jam setengah. Aku pun tak tahu, tapi yang paling pasti kami berhenti lebih dari 6 kali untuk ke tandas dan membeli makanan.
.
Setelah kami pun sampai di sana kami ke Bachok untuk mengisi minyak kereta dan makan setelah kami makan kami pun berehat di chalet yang disediakan oleh pihak penganjur Majlis Penyatuan Semula (Reunion) Bekas Pelajar Diploma In Nursing U.S.M.
.
Setelah Asar sukaneka pun bermula dengan jayanya aku dan isteri aku tidak melepaskan peluang dan kami pun mengambil acara. Ramai juga bekas pelajar Diploma In Nursing U.S.M yang datang dari seluruh negara dan ada yang balik dari Arab pun ada termasuk pensyarah pensyarah pun datang.
.

Isteri tercinta sedang bermain permainan kerusi irama.
.

Cuma tinggal 2 orang sahaja iatu Isteri aku dan kawannya Ogy
.

Pemenangnya adalah isteri aku. Yahooooooo
.

Aku dan isteri aku mengambil acara gula gula dalam tepung.
.

Puhhhhhhhhhh. Puan Azlina sedang meniup tepung dengan seluruh tenaga.
.
Aku terus membuang tepung yang melekat di baju dan seluar. Hahahaha
.
Kami sedang beratur untuk mengambil acara baling belon dimana didalam belon tersebut terdapat air. Kami menang tempat pertama.
.

Isteri aku bergambar bersama sama kawan-kawannya yang semuanya adalah Jururawat.
.
Beratur untuk acara tarik tali.
.
Seyum sambil memegang tali. Hahahahaha
 Tarik tarik tarik tarik akhirnya keputusan seri. Hahahahaha.
.


Isteri aku bergambar bersama sama kawannya yang kesemuanya adalah jururawat
.
 Kami bergambar setelah selesai karvinal sukaneka. Baju aku masih melekat dengan tepung semasa acara tiup tepung tadi. Hahahaha
.

Isteri tercinta bergambar berlatarbelakangkan Pantai Melawi.
.
 Aku turut sama bergambar sambil duduk dan berdiri
.
 Kami pun bergambar dihadapan Pantai Melawi yang luas terbentang.
.

Kelihatan Puan Azlina sedang duduk di tikar setelah bersiap makan malam.
.
Pada malamnya kami dihidangkan dengan barbeku ayam,ikan udang dan banyak lagi makanan laut dan selepas makan malam kamipun meronda ronda Kota Bharu, Wakaf Che Yeh dan pelbagai tempat menarik di Kelantan dan pada pukul 12.00 tengah malam kami pun pulang ke chalet. Selepas pulang kami pun tidur dengan nyenyaknya kerana letih yang teramat sangat.
.
Pada esoknya selepas kami bersarapan isteri aku aku pun terus berjumpa dengan kawan kawannya dan selepas itu kami pun terus berangkat pulang ke Kuantan dan tiba tiba kami berubah fikiran dan kami pun terus ke Kota Bharu dahulu dan pelbagai tempat menarik lain sebelum balik ke Kuantan.

Friday, January 16, 2009

Upacara Konvokesyen Ke 38 Universiti Sains Malaysia dan Farah Zalina Binti Hamzah

Upacara Konvokesyen Ke 38 Universiti Sains Malaysia dan Farah Zalina Binti Hamzah.

Pada 14/08/2009 yang lalu aku telah menghadiri upacara konvokesyen adik aku Farah Zalina yang telah tamat pengajiannya di USM dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains Masyarakat, antara yang turut serta adalah mak, ayah, Muhaimin, Fatimah dan Nur Hannah. Mak dan Ayah datang terlebih dahulu dalam pukul 3.00 petang sebab mak dan ayah dibenarkan masuk ke dalam dewan

Setelah balik kerja dalam pukul 5 aku terus pecut motor ke USM dan sampai disana aku terus mencari adik adik aku. Isteri aku tidak dapat turut serta sebab munggu ini dia terpaksa oncall di klinik kesihatan UMP Pahang. Aku diberitahu oleh adik aku Fatimah bahawa Farah konvonya dalam sidang yang kedua mungkin dalam pukul 6 lebih baru habis lalu aku pun membeli makanan yang banyak dijual di gerai gerai disana dan makan bersama adik adik aku. Pada pukul 6.15 petang Farah Zalina pun keluar lalu kami pun bergambar bersama sama..

Adik adik Nur Hannah dan Muhaimin sedang makan
.
Aku bergambar bersama adik kesayanganku Cik Nur Hannah.
.
Bonda dan ayahanda bergambar bersama Farah.
.
Kami pun bergambar bersama-sama.
.
Bonda tersayang Puan Siti Roselina Indrayati dan Ayahanda tersayang Tuan Hamzah Bin Ismail.
.
Aku bergambar bersama-sama adik aku Cik Farah Zalina Binti Hamzah
.
Cik Farah Zalina Binti Hamzah dan Cik Fatimah Zahra Binti Hamzah
.
kami bergambar di tepi tasik.
.
Farah bergambar bersama Bonda
.
Ayahanda tersayang merenung jauh sambil tersenyum
.
Wajah jelita seorang graduan.
.

Pasangan romantis Bonda tersayang Puan Siti Roselina Indrayati dan Ayahanda tersayang Tuan Hamzah Bin Ismail bergambar dihadapan tasik.
.
dari kiri Encik Muhammad Muhaimin, Tuan Hamzah Bin Ismail, Cik Fatimah Zahra, Aku, Cik Farah Zalina, Puan Siti Roselina dan Cik Nur Hannah.
.


 


Encik Muhammad Muhaimin dan Cik Nur Hannah mencuba jubah konvo dan bergambar. Semoga dengan kejayaan Farah Zalina akan menjadi sumber inspirasi Nur Hannah, Muhammad Muhaimin dan Fatimah Zahra untuk belajar bersungguh sungguh dan dan mendapat segulung ijazah nanti.