»

Tuesday, January 12, 2010

Penggunaan kalimah Allah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمـنِ الرَّحِيْمِ



Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;

“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;

“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;

“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”.

Surah Al Ikhlas





Penggunaan kalimah Allah


Oleh PANEL PENYELIDIKAN YAYASAN SOFA, NEGERI SEMBILAN
Utusan Malaysia Ruangan Bicara Agama

SEMINGGU dua ini, negara amnya dan masyarakat Islam khasnya hangat membicarakan tentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama selain Islam. Ruangan ini turut terpanggil untuk cuba menjernihkan fahaman dalam isu ini.

Terutama apabila ada juga tokoh dan individu Islam yang mengeluarkan pandangan mempertahankan keputusan mahkamah tinggi baru-baru ini yang membenarkan satu penerbitan Kristian Katholik untuk menggunakan kalimah Allah.

Apabila menimbangkan boleh atau tidak sesuatu itu dilakukan di sisi Islam, kaedah syarak menuntut kita mengenal-pasti hukum asal perkara tersebut serta turut memahami realiti sebenar atau situasi yang melatari sesuatu perbuatan atau isu.

Dalam ruang yang terbatas ini, kami akan membentangkan beberapa hujah di sebalik pandangan yang mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama-agama selain Islam.

Di dalam al-Quran sendiri terdapat beberapa ayat yang membawa larangan dan peringatan tentang menyalah-gunakan nama Allah.

Allah SWT berfirman yang maksud-Nya: Tuhan yang mencipta dan mentadbir langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya; oleh itu, sembahlah engkau akan Dia dan bersabarlah dengan tekun tetap dalam beribadat kepadanya. Adakah engkau mengetahui sesiapa pun yang senama dan sebanding dengan-Nya? (Maryam: 65)

Ayat ini ditafsirkan oleh para ulama dengan beberapa tafsiran:

lDi dalam kitab Tafsir Hadaiq al Rauh wa al Raihan H: 187 ayat ini ditafsirkan dengan maksud: Adakah kamu mengetahui, wahai Muhammad! Bagi Tuhan Yang Maha Suci ada perkongsian pada namaNya (pada menamakan-Nya dengan lafaz al Jalalah atau dengan Tuhan tujuh petala langit dan bumi. Ayat istifham (soalan) ini didatangkan dengan tujuan ingkar, iaitu maknanya: Sesungguhnya Allah itu tidak ada baginya misal atau bandingan sehingga Dia boleh disekutukan dalam ibadah dan dari sini akan melazimkan nama ini tidak khusus bagi Allah. Apabila ternafinya sekutu bagi Allah, maka layaklah Allah itu di-Esakan dalam ibadah dan dikhususkan baginya.

lPendapat kedua mengatakan maknanya: Adakah kamu mengetahui seseorang yang dinamakan dengan Allah selain Allah. Atau, nama yang lain dari nama yang Allah sendiri namakan bagi diri-Nya.

lPendapat ketiga mengatakan maknanya: Adakah kamu mengetahui seseorang yang layak dengan kesempurnaan nama-nama dan sifat-sifat yang layak bagi Allah.

lPendapat keempat mengatakan maknanya: Adakah kamu mengetahui nama yang lebih agung daripada nama yang unggul ini. Atau, nama-Nya diterbitkan dari sesuatu seperti nama-nama makhluk-Nya.

Sesungguhnya Allah itu tiada satu pun yang menyerupai-Nya. Ia adalah nama yang hanya menunjukkan kepada Zat Tuhan yang tertegak pada-Nya sifat-sifat.

Sama seperti isim alam yang lain yang menunjukkan kepada apa yang dinamakan tanpa diambil daripada mana-mana nama. Ia adalah nama yang diungguli oleh Allah, yang dikhususkan bagi diri-Nya dan disifatkan bagi Zat-Nya.

Ia didahulukan dari nama-nama-Nya yang lain dan nama-nama-Nya yang lain bersandar kepada nama ini dan semua nama yang datang selepasnya adalah sifat bagi-Nya dan bersangkutan dengannya.

Nama-nama Allah

Nama-nama Allah SWT yang lain disifatkan sebagai nama-nama Allah SWT yang lain dan kebiasaannya hanya dikenali dengan disandarkan kepadanya (Allah).

Oleh itu disebut, ia adalah nama-nama Allah dan tidak disebut ia adalah nama-nama al Sabur, al Ghafur, al Jabbar dan sebagainya.

Demikian juga keIslaman seseorang itu tidak akan sempurna melainkan dengan menyebut nama yang satu ini. Ia tidak menerima sebarang gantian dan tidak disebut nama gantiannya yang lain.

Misalnya dengan mengucapkan dalam syahadah dengan kalimah, "Tiada Tuhan melainkan al Ghaffar, atau al Rahim atau al Jabbar dan sebagainya.

Hanya yang digunakan dan disebut adalah, "Tiada Tuhan melainkan Allah". Inilah juga yang disebut oleh al-Quran dan hadis kerana ia adalah nama yang paling menunjukkan kepada hakikat makna Ilahiyyah dan dikhususkan baginya.

Ia juga adalah nama yang tidak memerlukan kepada nama-nama yang lain untuk diperkenalkan tetapi nama-nama yang lain itu dikenali dengan disandarkan kepadanya.

Perkataan Allah itu sudah mencukupi bagi pertuturan dan zikir (sebutan) tanpa perlu disifatkan dan di takhalluq (disifatkan manusia dengan sifat-Nya).

Allah telah menegaskan di dalam Kitabnya yang mulia: Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut nama-nama itu, dan pulaukanlah orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-nama-Nya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang mereka telah kerjakan. (al-A'raaf: 180)

Berdasarkan ayat di atas, terdapat beberapa pendapat ulama tentang maksud mulhid:

Berkata Mujahid: Mulhid ialah orang yang menamakan Allah sebagai bapa dan berhala-berhala mereka sebagai tuhan-tuhan dan seumpamanya.

Berkata Ibnu Abbas makna (Yulhidun) ialah mendustai.

Berkata Qatadah: Maknanya mensyirikkan Allah.

Berkata al Khattabi: Salah dalam menamakan Allah dan menyimpang dari nama-Nya yang sebenar adalah Mulhid. (Al Bahr al Muhit fi al Tafsir jld 5 H: 232)

Maksud ayat ini, Allah Yang Maha Suci, bukan yang lain-Nya, mempunyai nama-nama yang sebaik-baiknya dan seagung-agungnya bagi menunjukkan kepada sebaik-baik dan semulia-mulia nama-Nya.

Merujuk kepada ayat-ayat di atas, kita boleh menyimpulkan bahawa nama-nama Allah, apatah lagi kalimah Allah itu sendiri sebagai nama yang khusus bagi Allah SWT bukanlah boleh digunakan sewenang-wenangnya dan tanpa batasan.

Pelbagai hujah lain yang mendokong larangan penggunaan kalimah Allah ini datangnya dari pelbagai sudut termasuk bahasa, falsafah dan seumpamanya.

Oleh kerana kesuntukan ruang, kami mengesyorkan dua tulisan yang memuatkan hujah-hujah ini secara lebih panjang.

Ia boleh didapati dengan mudah di Internet iaitu makalah bertajuk 'Antara Nama dan Hakikat' oleh Md. Asham Ahmad serta makalah 'Hujah Menolak Penggunaan Kalimah Allah oleh Kristian' oleh Mohd. Aizam Mas'od.

'Bermain'

'Bermain' hujah dan dalil berkaitan isu ini sebenarnya bukanlah urusan orang awam dan mereka yang bukan berkeahlian.

Oleh itu kita harus bersyukur kerana sebenarnya sudah ada suatu keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam isu ini yang bertarikh 7 Mei 2008.

Keputusan fatwa ini jelas mengkhususkan penggunaan kalimah Allah bagi orang Islam. Kami dimaklumkan bahawa hanya empat negeri sahaja yang belum mewartakan keputusan fatwa ini sebagai fatwa rasmi negeri.

Perlu juga diingat bahawa terdapat beberapa keputusan Kabinet mengenai larangan yang sama.

Dari segi undang-undang perlembagaan dan sivil pula, Perkara 11(4) telah membolehkan negeri-negeri di Malaysia meluluskan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama di kalangan orang Islam.

Undang-undang yang telah diluluskan di 10 negeri ini jelas melarang penggunaan kalimah Allah dan beberapa kalimah lain oleh agama selain Islam.

Kita tidak menafikan bahawa mungkin masih ada perbezaan pandangan di kalangan segelintir para ulama dan ilmuwan Islam tentang hal ini.

Namun bukankah hujah-hujah yang melarangnya seperti yang sebahagiannya kami nukilkan di sini menuntut kita lebih berhati-hati dan berwaspada dalam isu ini?

Apatah lagi jika diinsafi bahawa kita sekarang bukannya membicarakan isu-isu cabangan dalam agama yang lebih rendah kedudukannya.

Isu yang kita bahaskan ini melibatkan adab kita dengan Allah Rabbul Jalil.

Jika kita tidak berhati-hati kita boleh tergelincir hingga berlaku kurang beradab dan hormat kepada Allah, Tuhan sekelian alam.

Rasulullah SAW ada berpesan dalam suatu hadis yang dianggap antara hadis-hadis induk dalam Islam bahawa, Perkara yang Halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas. Dan di antara kedua-duanya ada perkara-perkara yang Syubhah yang tidak diketahui hakikatnya oleh kebanyakan manusia. Dan sesiapa yang menjauhi perkara Syubhah maka dia telah benar-benar menjaga kesucian agamanya dan maruahnya. Seumpama pengembala yang membawa ternaknya ke sempadan kawasan larangan. Sangat dibimbangi akan termasuk ke dalamnya. (riwayat Imam Bukhari dan selainnya serta termasuk dalam himpunan Hadis 40 oleh Imam al-Nawawi)

Lalu kita ingin tanyakan, bukankah dalam isu ini yang melibatkan hak dan adab dengan Allah SWT kita lebih-lebih wajar menjauhi batas-batas syubhat kalaupun ada di kalangan kita tidak meyakini pengharamannya secara pasti?

Berasaskan semangat ini dan berbekalkan fatwa, undang-undang dan keputusan yang sedia ada marilah kita sekalian umat Islam di Malaysia mempersatukan saf dalam mengambil pendirian dalam hal ini.

Maslahah ummah amat jelas memerlukan sikap ini sedangkan maslahah untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi agama yang lain dalam konteks Malaysia sangatlah kabur dan rapuh.

Umat Islam yang cintakan kesepaduan dan kekuatan ummah seharusnya mengenepikan perbezaan pandangan yang terlalu akademik dalam isu ini dan mengutamakan perkiraan maslahah ini.

Semoga Allah SWT membuka jalan penyelesaian dan keselamatan bagi kita semua dalam menghadapi persoalan ini. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

sumber http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0111&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm&arc=hive

.............................................................................
...................................................
.......................
.....
.

Saya tertarik dengan rencana yang ditulis dalam Utusan Malaysia kemalrin. Melalui rencana diatas kita boleh menyimpulkan bahawa nama-nama Allah, apatah lagi kalimah Allah itu sendiri sebagai nama yang khusus bagi Allah SWT bukanlah boleh digunakan sewenang-wenangnya dan tanpa batasan. Isu ini melibatkan adab kita dengan Allah Rabbul Jalil. Jika kita tidak berhati-hati kita boleh tergelincir hingga berlaku kurang beradab dan hormat kepada Allah SWT, Tuhan sekelian alam.
.......................................
............................
..........
.
Ya Allah peliharalah diriku, ibu ayahku, ibu dan ayah mertuaku, isteriku, adik adikku, ipar dan birasku dan seluruh umat Islam dari melakukan perkara yang menyebabkan kami syirik kepadaMu Ya Allah kerana kami takut dengan azabMu Ya Allah. Amin..

....................................
....................
.....
.

Monday, January 04, 2010

Ayah..........

Ayah..............

Jam menunjukkan pukul 11 malam, isteri aku Puan Azlina telah pun tidur aku pun masih tak boleh melelapkan mata aku ni..............................

Aku teringat sangat kat ayah yang berada di CCU Hospital Bukit Mertajam...............
Tak sampai seminggu ayah balik dari tanah suci tiba tiba ayah dah sakit.............
Ayah dan mak balik hari Rabu yang lalu dari tanah suci

Pada Ahad yang lalu jam menunjukkan pukul 7 lebih, adik aku sms aku memberitahu bahawa ayah telah pun masuk ke hospital wad CCU kerana serangan jantung..................................

Aku sedih sangat kerana aku sendiri periksa rekod perubatan ayah dan aku dapati ayah tiada penyakit darah tinggi atau kencing manis dan tiada kolesterol yang tinggi dalam darah.

Aku pun tak tahu nak buat apa sebab aku berada di Kuantan waktu tu sebab bas aku pukul 9 malam nanti.

Atas cadangan isteri aku, maka kami pun bertolak dari Kuantan dengan menaiki kereta pada jam 8 malam dan sampai di Bukit Mertajam pada pukul 1 pagi. Aku dan isteri aku terus pergi melawat ayah di CCU.

Ya Allah.............. sedihnya aku melihat kedaan ayah yang tengah tidur akibat diberi ubat dengan wayar yang berselirat di dada. Aku sebak dan aku pun bertanya kepada jururawat berugas tentang keadaan ayah dan jururawat tersebut memberitahu aku bahawa ayah terkena serangan jantung.

Tengahari tadi aku dan isteri aku serta adik adik pun melawat ayah dan sebelah petang pun kami pun berada di sana. Aku cuba kawal setiap ayat aku dan cuba menceriakan ayah sebab aku tak boleh tengok muka ayah sebab aku rasa sedih sangat macam nak nangis saja depan tu. Aku pun kawal diri aku dan cakap dengan ayah dengan kedaan ceria..

Tadi isteri aku tanya pada jururawat tentang kedaan ayah dan mereka memberitahu kami bahawa dalam 2 atau 3 hari ayah akan dipindahkan ke wad biasa kalau keadaan ayah stabil setiap waktu aku berdoa agar kesihatan ayah beransur pulih.

Sebalik kesedihan itu aku melihat mak yang tenang berada disebalah katil ayah dan mak memberikan kata semangat pada ayah supaya jangan tertekan berada di dalam wad. Aku kagum dengan ketabahan mak walaupun aku tahu mak sedih sangat.

Ya Allah sembuhkanlah penyakit ayah dan berilah keceriaan pada ayah semoga ayah dapat melalui hari hari yang akan datang dengan ceria dan gembira ................................................

......................................................
...................................
..........
.

Dikesempatan ini aku dan isteri mengucapkan tahniah pada adik ipar aku Puan Aizaan dan suaminya Encik Nuril Azwa kerana telah mendapat cahaya mata lelaki petang tadi

Tuesday, December 29, 2009

Cuti Cuti Malaysia Damai Laut Lumut Perak

Cuti Cuti Malaysia Damai Laut Lumut Perak

Tarikh : 06/12/2009 Ahad - 08/12/2009 Selasa

Tempat : Swiss Garden Resort Damai Laut Lumut

Tujuan : Seminar Kehebatan Minda dan Imej Positif

Peserta : Puan Azlina seorang saja dan aku hanya peneman tapi bukan penyibuk. Hahahaha

...........................................................................................

Perjalanan dimulakan dari kuarters di Bukit Mertajam pada jam 11 pagi 06/12/2009. Ketika itu aku dan isteri tercinta pergi bersama disebabkan pada waktu itu Puan Azlina balik ke sini.

Semasa kami masuk Tol Juru perjalanan kami sungguh seronok disebabkan perjalanan yang lancar dan kami berteima kasih kepada pihak PLUS kerana menyediakan lebuhraya yang sungguh elok dan membuatkan perjalanan kami lancar.

Dalam masa 30 minit sahaja kami telah sampai di Tol Changkat Jering dan kami pun keluar dari tol tersebut disebabkan perjalanan ke Lumut hendaklah melalui jalan biasa. Maka dengan ini perjalanan yang sungguh memenatkan dan membuatkan aku begitu tertekan disebabkan kenderaan yang melalui jalan ini bergerak dengan begitu perlahan disebabkan banyak lori penjaja ikan melalui jalan tersebut. Nasib baik ada isteri aku dialah yang menyuruh aku bersabar dan jangan menasihati aku agar jangan ikutkan perasaan.

Cuba bayangkanlah dari susur keluar lebuhraya sehingga ke Pantai Remis yang sejauh 90 km perjalanan masih lagi perlahan disebabkan beberapa pengguna jalan raya yang masih hendak makan angin dan tidak menghiraukan papan tanda. Cuba bayangkanlah kelajuan dibenarkan adalah 60km sejam dan pengguna jalanraya disini hanya bawa 40 - 50km sejam. Aku teruskan sabar melayan kerenah pengguna jalanraya yang tidak prihatin tersebut sehinggalah kami sampai di Swiss Garden Resort Damai Laut Lumut.

Akhirnya syukur kami pun sampai di sini yang sejauh 213 km yang memakan masa hampir 3 jam setengah. Selepas daftar masuk ke hotel yang memenatkan, kami pun terus merehatkan diri dan kami pun keluar mencari makanan. Kawan kawan isteri aku bersama keluarga mereka turut berada disini disebabkan mereka pun berkursus yang sama dengan isteri aku. Mereka pun keluar sekali dengan kami ke Lumut.

Kami pun keluar mengisi minyak petrol di kereta masing masing dan perjalanan kami diteruskan ke Lumut dan kami pun terus makan malam disana. Disini terdapat sebuah kedai yang menjual 20 jenis nasi goreng. Kami pun memilih nasi goreng yang namamya agak pelik sedikit dan mencuba nasi tersebut, antara nasi tersebut adalah nasi goreng pengantin, nasi goreng derhaka mertua dan banyak lagi.

Setelah kami makan kami pun ke kedai serbaneka membeli sedikit makanan seperti roti dan air mineral untuk bekalan di hotel jika lapar dan dahaga, apabila kami sampai isteri aku dan kawan kawannya pun mendaftar di lobi pendaftaran dan selepas habis daftar maka kami pun terus masuk ke bilik masing masing.

Tiba tiba di komputer riba aku terdapat satu isyarat rangkaian kawasan setempat atau WiFi dan aku pun menyambungnya dan keluarlah muka depan IE yang menunjukkan bahawa kami perlu membeli tiket prayabar bagi menggunakan WiFi tersebut. Kami sangka WiFi percuma tetapi lain pula jadinya. Hahahaha. Nasib baik aku bawa Celcom Broadband kami pun terus menggunakan Celcom Broadband untuk melayari internet. Sungguh menakjubkan disini capaian menjangkaui Capaian Paket Pindah Turun Berkelajuan Tinggi atau lebih denali sebagai HSDPA tahap 5 iatu yang paling laju dan kami pun melayari internet dengan riang sekali. "Gunalah Celcom broadband bagi kepuasan melayari internet". hahahahaha (Bukan ayat promosi tau)

Catatan 07/12/2009
Aku tidur dengan tidak nyenyak disebabkan penghawa dingin. Aku tidak boleh tidur jika bilik tidur terdapat penghawa dingin, aku pun tak tahu kenapa?, aku pun bangun pada pukul 5.30 pagi. Aku pun terus bersiap dan setelah isteri tercinta seterika baju aku, aku pun terus keluar ke tempat kerja setelah solat Subuh. Keadaan di Lumut pada waktu itu agak sunyi dan kereta tidak kelihatan yang kelihatan hanyalah lori lori ikan dan lori sawit. Dan pada pukul 8 aku pun sampai di pejabat.

Pada petangnya setelah aku habis kerja aku terus ke Lumut dan perjalanan pada petang ini disingkatkan disebabkan aku tahu di mana laluan memotong dan di simpang dan kawasan mana. Tak sampai 2 jam aku pun sampai disana. Sampai disana kau terus berehat dan aku pun terus makan panadol sebab aku demam........ ya aku demam....badan aku masa itu panas sangat dan suhu 38.5 darjah celcius. Setelah makan panadol suhu badan aku pun turun. Maka kami pun keluar ke Lumut untuk membeli apa yang patut seperti ikan masin dan hasil laut yang dikeringkan. Pada waktu ini aku dan isteri aku saja yang keluar disebabkan kawan kawan isteri aku telah keluar dengan keluarga masing masing.


Tersenyum dan bersandar pada tiang ketika gambar Puan Azlina dirakamkan
.

Aku dan isteri tercinta bergambar dihadapan lanskap di hadapan hotel.
.

Ketika dihadapan hotel dalam keadaan ceria walaupun demam
.
Setelah 45 minit menaiki kereta melalui jalan yang agak sibuk dengan kenderaan maka kami pun sampai di pekan Lumut, kami pun mencari tempat letak kenderaan dan kami pun pun letak kenderaan di hadapan 'Lumut Waterfront'. Sempat lagi bergambar hahahahaha.
.

Senyum dan ceria. hahahaha
.

Hahahah, akhirnya sakit kepala aku pun hilang maka aku pun bergambar dihadapan "Lumut Waterfront"
.

Puan Azlina senyum dihadapan "Lumut Waterfront"
.


Kami bergambar dihadapan terminal bot
.

Puan Azlina sedang memilih hasil laut yang telah dikeringkan untuk dibeli
.

Selepas puas kami meronda ronda disekitar Pekan Lumut kami pun pergi makan di kedai makan berdekatan dan setelah itu kami pun terus balik ke bilik setelah penat membeli-belah dan meronda-ronda. Setelah sembahyang kami pun terus tidur awal disebabkan penat yang teramat sangat.

Catatan 07/12/2009
Kami bangun pada pukul 5.30 pagi dan aku pun bersiap untuk ke tempat kerja yang sejauh 213km. Selepas balik dari kerja aku pun mengambil isteri aku di hotel disebabkan kursus isteriku telah tamat. Kami akan balik ke Kuantan hari ini juga.
.



kami sempat bergambar di kawasan sekitar hotel sebelum kami balik
.

Setelah bergambar kami pun meneruskan perjalanan ke Kuantan yang sejauh 486 km dan mengambil masa 6 jam setengah. Setelah sampai kami pun terus mengemas barang barang sebab kami akan berpindah ke rumah baru pada keesokkan harinya. Tanpa menghiraukan penat badan kami pun terus mengemas sehingga jam pukul 2 pagi dan terus mengangkut sedikit demi sedikit barang ke rumah baru. Pada keesokkan lori pun sampai dan dengan rasimnya kami pun telah berpindah. hahahahahaha.

Monday, December 28, 2009

Hari Asyura

Hari Asyura

Kemalrin merupakan hari bersejarah bagi seluruh umat Islam dimana kita merayakan Hari Asyura.

Hari Asyura merupakan salah satu hari yang diraikan oleh umat Islam. Asyura berasal daripada perkataan Arab asyara yang bermaksud sepuluh. Ini disebabkan hari Asyura adalah hari yang kesepuluh di dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharram.

Mengikut masyarakat Islam, hari Asyura telah menyaksikan banyak sejarah besar dan keajaiban berlaku ke atas para nabi. Disebabkan itu, masyarakat Islam menghormati hari tersebut seperti juga yang diamalkan oleh Muhammad s.a.w.

Sejarah Asyura
Menurut tradisi masyarakat Islam, Nabi Muhammad s.a.w. melakukan puasa Asyura sejak di Makkah lagi memandangkan puasa Asyura merupakan amalan biasa masyarakat tempatan. Apabila baginda berhijrah ke Madinah, baginda turut mendapati yang kaum Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura (atau bagi mereka adalah Yom Kippur yang juga pada hari kesepuluh).

Ketika itu, baginda mengesahkan dan mensyariatkan puasa sehingga ia menjadi satu kewajiban kerana baginda merasakan masyarakat Islam lebih dekat dengan Nabi Musa. Ibn Hajar al-asqalani, dalam pernyataannya terhadap Sahih Bukhari mengatakan yang syariat puasa telah dijadikan kepada bulan Ramadhan setahun kemudian. Kini, masyarakat Islam melakukan puasa pada 10 Muharram sebagai amalan sunat dan bukan kewajiban.

Masyarakat Islam turut percaya berlakunya kejadian besar ketika 10 Muharram:

  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan 'Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Adam a.s. dicipta.
  • Diampunkan dosa Nabi Adam a.s. setelah bertahun-tahun memohon keampunan kerana melanggar larangan Allah.
  • Nabi Idris a.s. diangkat darjatnya oleh Allah dan Malaikat Izrail membawanya ke langit.
  • Diselamatkan Nabi Nuh a.s. dan pengikutnya dari banjir besar selama enam bulan dan bahtera baginda selamat berlabuh di puncak pergunungan.
  • Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan di kawasan pedalaman dan terselamat dari buruan Raja Namrud.
  • Nabi Ibrahim a.s. diselamatkan Allah dari api Raja Namrud.
  • Nabi Yusuf a.s. dibebaskan dari penjara setelah meringkuk di dalamnya selama tujuh tahun.
  • Nabi Yaakub a.s. telah sembuh buta matanya ketika kepulangan anaknya Yusuf di hari tersebut.
  • Nabi Ayub a.s. disembuhkan dari penyakitnya.
  • Nabi Musa a.s. telah diselamatkan daripada tentera Firaun dan berlakunya kejadian terbelahnya Laut Merah.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s..
  • Nabi Yunus a.s. selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Kesalahan Nabi Daud a.s. diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman a.s. dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Nabi Isa a.s. diangkat ke langit ketika diburu oleh tentera Rom untuk menyalib baginda.
  • Saidina Hussein r.a ibni Saiyidina Ali k.m.j iatu cucunda Rasulullah s.a.w telah syahid akibat dibunuh dengan kejam di Karbala oleh tentera khalifah Bani Umaiyyah yang dipimpin oleh Ibnu Ziyad, atas perintah Yazid bin Muawiyah
sumber
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Asyura

..........................................................................................................
....................................................
..................
.........

Dikesempatan ini saya Muhammad Azril, isteri Puan Azlina, adik adik Encik Azil Fikri, Encik Azam Hafiz, Cik Farah Zalina, Encik Adli Akbar, Cik Fatimah Zahra, Encik Muhammad Muhaimin, Cik Farhana Zuhaira dan Cik Nur Hannah mengucapkan Selamat Hari Asyura pada semua umat Islam yang berada di seluruh Alam Semesta ini

Thursday, December 17, 2009

Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah

Selamat Tahun Baru 1431 Hijrah

1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekkah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Kibarkan Syiar Islam
Untuk sepanjang zaman...

.........................................
Ini adalah lagu nasyid yang pernah saya nyanyikan waktu sekolah dahulu
Saya pun tak ingat dari kumpulan mana
........................
........
.

Sekarang jam menunjukkan pukul 6.30 petang dalm masa beberapa minit sahaja lagi kita akan meninggalkan tahun 1430 Hijrah dan kita akan menyambut tahun 1431 Hijrah.
........................................
.............
..
.
Umur aku dah makin meningkat tapi adakah amalan aku dah semakin meningkat atau semakin menurun. Di minit minit terakhir hujung tahun aku termenung dan berfikir dan...............Adakah amalan aku cukup? Adakah telah ku kotakan segala azam aku? Adakah aku telah berusaha sedaya upayaku untuk mendapat apa yang ku impikan atau sekadar kata dan basi begitu saja. Apakah jasa ku pada bangsa aku? Apakah jasaku pada negara tercinta? Apakah jasa ku pada agama Islam yang aku cintai ini? Apakah aku menyintai Rasulullah s.a.w dan mengamalkan segala sunnahnya? Apakah sepenuhnya aku menyintai Penciptaku Allah SWT? Ya Allah.... ampunilah hambaMu yang lemah ini...........................
.....................................
....................
...
.

Dikesempatan ini saya Muhammad Azril, isteri Puan Azlina, adik adik Encik Azil Fikri, Encik Azam Hafiz, Cik Farah Zalina, Encik Adli Akbar, Cik Fatimah Zahra, Encik Muhammad Muhaimin, Cik Farhana Zuhaira dan Cik Nur Hannah mengucapkan Selamat Tahun Baru pada semua umat Islam yang berada di seluruh Alam Semesta ini

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU HIJRAH SEMOGA SEMOGA KITA DAPAT BERHIJRAH DARI APA YANG KITA LAKUKAN SEBELUM INI HAYATILAH HIJRAH RASULULLAH S.A.W DEMI MENEGAKKAN AGAMA YANG KITA CINTAI INI.