Tiada Tajuk
Kehidupan
ini memang penuh dengan pelbagai kisahnya yang membuatkan perasaan
diriku bersilih ganti antara suka dan duka. Adakalanya ia pahit dan
adakalanya ia manis yang akan membuatkan diriku tidak henti-henti
tersenyum. Apabila datangnya serentak antara kegembiraan dan
kedukaan, aku lebih senang untuk memilih berada dalam keadaan yang
sedang atau tengah tengah. Sekarang ini bila datangnya serentak, aku
lebih memilih untuk berasa gembira kerana dengan kegembiraan sahaja
dapat mengembalikan semangat diriku agar tenang dan berasa diriku
cukup dengan tenaga positif
Cermin
kadang kadang menjadi rakanku yang setia, aku akan bercakap dengan
diriku sendiri dan disitulah aku memotivasikan diriku agar menjadi
menjadi lebih kuat dan tabah serta dapat menghadapi dugaan dunia
dengan tenang. Setiap kali bangun tidur aku akan melihat cermin dan
dan aku akan senyum dan memberi semangat pada diriku dengan kata kata
positif sehingga diriku berasa tenang.
Adakalanya
aku suka mengambil gambar diri sendiri dalam keadaan senyum, apabila
kedukaan menyelimuti diriku aku akan melihat kembali gambarku dalam
keadaan tersenyum, diwaktu itulah kedukaan aku akan hilang dan aku
kembali positif dan tenang semula.
….....................................................................
…......................................................
…...............
…
.
No comments:
Post a Comment