Thursday, June 11, 2015

Tiada Tajuk

Tiada Tajuk



















Kehidupan ini memang penuh dengan pelbagai kisahnya yang membuatkan perasaan diriku bersilih ganti antara suka dan duka. Adakalanya ia pahit dan adakalanya ia manis yang akan membuatkan diriku tidak henti-henti tersenyum. Apabila datangnya serentak antara kegembiraan dan kedukaan, aku lebih senang untuk memilih berada dalam keadaan yang sedang atau tengah tengah. Sekarang ini bila datangnya serentak, aku lebih memilih untuk berasa gembira kerana dengan kegembiraan sahaja dapat mengembalikan semangat diriku agar tenang dan berasa diriku cukup dengan tenaga positif

Cermin kadang kadang menjadi rakanku yang setia, aku akan bercakap dengan diriku sendiri dan disitulah aku memotivasikan diriku agar menjadi menjadi lebih kuat dan tabah serta dapat menghadapi dugaan dunia dengan tenang. Setiap kali bangun tidur aku akan melihat cermin dan dan aku akan senyum dan memberi semangat pada diriku dengan kata kata positif sehingga diriku berasa tenang.

Adakalanya aku suka mengambil gambar diri sendiri dalam keadaan senyum, apabila kedukaan menyelimuti diriku aku akan melihat kembali gambarku dalam keadaan tersenyum, diwaktu itulah kedukaan aku akan hilang dan aku kembali positif dan tenang semula.

.....................................................................
......................................................
...............
.