Wednesday, January 14, 2009

Kawad Hari Kemerdekaan Yang Ke 51

Pada 30/08/2008 yang lalu isteri aku balik ke sini dengan menaiki bas sebab cuti Hari Kebangssan dan isteri aku juga cuti panjang sebab hendak menyambut Awal Ramadan disini dan semasa kehadiran isteri aku di Pulau Pinang kami tidak tinggal di kuarters sebaliknya kami tinggal di Taman Permata iatu rumah Mak dan Ayah aku.
.
Pada 31/08/2008 awal awal pagi kami sudah bangun disebabkan aku terlibat dengan perbarisan sempena Hari Kemerdekaan Yang Ke 51, awal awal pagi lagi aku, Azlina, Farah, Fatimah, Muhaimin dan Nur Hannah merentasi Jambatan Pulau Pinang disebabkan lokasi Kawad Hari Kemerdekaan Yang Ke 51 adalah di Queensbay bayan Baru, Pulau Pinang.
.


Antara kontijen yang menyertai Kawad Hari Kemerdekaan Yang Ke 51
.
Sempat lagi bergambar bersama isteri aku setelah habis kawad.
.
Bergambar bersama adik adik aku.
Dari kiri Cik Nur Hannah, Puan Azlina, Muhammad Azril, Encik Muhammad Muhaimin dan yang berdiri Cik Farah Zalina.
.
Bergambar sekali lagi cuma kali ini Cik Fatimah Zahra tengah berdiri.
.
Aku dan Isteri aku bergambar sewaktu didalam bangunan Queensbay Mall
.
Bergambar diatas feri Pulau Pinang.
.
Bergambar beramai ramai diatas feri
.
Selepas berakhirnya Majlis Perarakan Hari Kemerdekaan Yang Ke 51 aku meluangkan masa membawa adik adik aku dan isteri aku meronda ronda sekitar Pulau Pinang dan kami pun pergi makan cendol berdekatan dengan Mydin. Selepas itu kami pun pulang ke rumah dan kami sampai semua balik tidur. Hahahaha. Selepas solat Asar Mak Yang (mak saudara aku)pun datang dan kami pun bersembang dengan Mak Yang. Selepas itu kami pun membuat persediaan untuk bersahur dengan pergi membeli barangan keperluan untuk dimasak nanti pada pukul 3.00 pagi nanti. Inilah kali pertama aku bersahur sebagai seorang suami
.
Pada 02/09/2008 aku dan isteri aku pun pulang ke kuarters disebabkan aku berkerja pada hari Rabu dan setiap hari kami ke pasar Ramadhan untuk membeli juadah tambahan untuk berbuka puasa. Setiap kali balik kerja kami akan ke Pasar Ramadhan. Isteri aku masih lagi bercuti dan setiap kali balik kerja isteri aku melihat isteri aku masak bermacam macam jenis juadah untuk kami berbuka nanti.
.
Pada 3/9/08 isteri aku pun balik ke Kuantan dan selepas ini bermulanya hidup kami kembali bersendirian dan terpaksa berbuka puasa dan bersahur sendirian. sedih memang sedih tapi nak buat macam mana. Hahahahaha.
.
Sehingga catatan ini ditulis pada 13/1/09 aku seorang saja yang balik ke Kuantan setiap minggu kerana aku risaukan keselamatan isteri aku kerana dia terpaksa berjalan kaki setiap kali balik ke Kuantan disebabkan bas hanya berhenti di tepi jalan dan rumah sewa isteri aku terletak hampir 1km dari jalan besar dan keadaan ini amatlah membimbangkan aku. Jika aku balik ke kuantan isteri aku akan tunggu di tepi jalan manakala kalau isteri aku aku balik ke Pulau Pinang dan dia terpaksa balik ke Kuantan keseorangan dan bas akan sampai pada pukul 7.00 pagi dan terpaksa dia berjalan seorang diri ke rumah sewa.


No comments: