2 minggu lepas, selepas balik dari rumah Mentua aku aku yang terletak di Felda Jenderak Utara aku dan isteri aku pergi berjalan jalan sektar Temerloh. Tujuan utama kami berjalan jalan adalah untuk pergi ke rumah baru Kak Ipar aku dan mencari ikan sungai untuk dibuat lauk.
Kami pun menyusuri jalan sepanjang Sungai Pahang untuk mencari gerai gerai yang menjual ikan patin dan talapia tetapi impian kami hampa kerana semua gerai ditutup.
Aku memang suka makan ikan talapia manakala isteri aku pula suka makan ikan patin. Tapi ikan patin yang dipelihara dalam sangkar dan bukannya kolam. Hahahaha.
Sedang kami mencari cari gerai ikan tersebut lalu kami sampai di Taman Esplanade Temerloh lalu aku pun erus berhenti dan mengambil gambar. Banyak juga gambar yang aku ambil tetapi semuanya rosak akibat gelap cuma satu gambar saja yang dapat diselamatkan
Pada pandangan aku, taman ini memang cantik kerana ia berlatarbelakangkan Sungai Pahang yang indah. Setelah kami mengambil gambar lami pun pergi ke rumah baru Kak Ipar aku. Nasib menyebelahi kami apabila ada peniaga disini menjual ikan sangkar, apalagi kami pun membeli ikan patin dan talapia untuk dibuat lauk.

No comments:
Post a Comment