Thursday, March 22, 2012

Azril Azlina Persediaan Sebelum Hari Raya Aidil Adha 1432 Hijrah

Azril Azlina Persediaan Sebelum Hari Raya Aidil Adha 1432 Hijrah
Catatan 05 November 2011

Hari ini di 05 November 2011 merupakan hari Sabtu maka Azril pun seperti biasa akan mengambil masa yang lama untuk bangun dari tidur. Setelah bangun dari tidur Azril mendapati kedaan di rumah Abah Mertua agak sunyi dan Azril mencari di sekeliling rumah dan mendapati bahawa tiada seorang pun yang ada di rumah. Tanpa berlengah Azril pun mencapai telefon bimbit dan menelefon isteri Azril dan bertanyakan lokasinya di mana. Puan Azlina pun memaklumkan pada Azril bahawa dia berada di halaman rumah jiran di hadapan rumah.

Setengah jam kemudian isteri tercinta pun balik ke rumah dan dialog pun bermula

Azlina   :   Abang tau tak ayang pegi rumah mak cik kat depan rumah tu dan diorang ajar ayang buat ketupat yang cantik

Azril     :   Oh ya ka, tak pa satgi kita buat ketupat tu. Sayang nak buat apa lagi lepaih ni, kan besok dah raya

Azlina   :   Ayang ingat nak buat kek karamel pula sekarang ni. Selepas makan tengahari boleh kita makan.

Azril     :   Cepat sikit buat kek tu, abang tak sabaq sabaq nak makan kek tu

Azlina   :   Lepas makan tengaharilah abang sebab ayang nak tolong mak masak makan tengahari ni.

Maka selepas kami makan tengahari proses membuat kek pun bermula dan sejam kemudian kek karamel berjaya disiapkan. Memang tidak dapat dinafikan kek tersebut memang sedap dan manis. Setelah makan kek kami semua yang berada disana pun terus membuat persiapan raya dan lain lain lagi.

Akhirnya masa yang ditunggu tungu pun tiba, dimana pada jam 6.30 petang kami pun terus membalut ketupat daun palas. Proses membalut ketupat tersebut dijalankan oleh Azril, Puan Azlina dan Mak Mertua Azril Puan Halijah. Sejam kemudian ketupat daun palas berjaya disiapkan sebanyak satu besen dan proses seterusnya iaitu proses merebus dijalankan selepas Isyak. Selepas habis semua kerja kami pun berborak antara satu sama lain dan terus tidur.

Catatan 06 November 2011

Seawal Subuh 10 Zulhijah Azril pun bangun dan kami kami pun makan pagi dengan hidangan yang istimewa iaitu lemang, roti sorai (roti jala), kek karamel dan ketupat beras (nasi himpit). Setelah kami makan pagi kami semua terus bersiap untuk ke Masjid Felda Jenderak Utara untuk bersolat sunat Aidil Adha. Setelah habis khutbah Raya kami pun pulang ke rumah dan seperti biasa kami pun terus makan ketupat daun palas dengan sungguh berselera sekali.

Catatan 07 November 2011

Hari ini merupakan hari Isnin dimana Azril akan balik ke Bukit Mertajam bagi meneruskan kerja seharian. Cuma hari ini sahaja yang berbeza sedikit, sebelum ini isteri azril akan menghantar Azril ke Terminal Makmur  Kuantan manakala hari ini cuma di Terminal Utama Termerloh. Sebelum ini Puan Azlina akan menghanntar Azril pada waktu malam kali ini di waktu pagi. Ini adalah disebabkan tiket bas pada waktu malam adalah habis dan Azril pula naik di Temerloh disebabkan isteri Azril berada di kampungya.

Selepas kami bersiap kami pun bergerak meninggalkan Felda Jenderak Utara menuju ke Terminal Utama Temerloh. Keberangkatan Azril ke sana ditemani oleh isteri Azril, Mak Mertua Puan Halijah dan Adik Ipar Puan Aizaan serta anak saudara Nur Irfaan. Sesampainya kami disana kedaan agak sesak disebabkan terlalu ramai orang yang berada disana dan Azril pun menuju ke kaunter tiket untuk bertanya tentang bas yang yang akan azril naik nanti. Petugas di kaunter pun memaklumkan pada Azril bahawa bas yang akan Azril nanti akan sampai lambat di Temerloh disebabkan terdapat kekasakan.

Setelah menunggu dengan agak lama, bas pun sampai dan Azril pun mendukung Nur Irfaan naik diatas bas, setelah Azril meletak beg di bangku Azril pun turun semula. 5 minit kemudian Azril pun naik ke atas bas disebabkan pemandu bas telah pun naik dan bahagian letak beg telah pun ditutup. Tiba tiba semasa Azril duduk di bangku, Azril mendengar jeritan budak apabila azril melihat di tingkap, azril melihat Nur Irfaan menjerit dan menangis sambil jarinya tunjuk kearah Azril didalam bas. Puan Azlina dan Puan Aizaan cuba memujuk Nur Irfaan agar tidak menangis. Sehingga bas bergerak meninggalkan terminal Azril dapat lagi melihat Irfaan masih lagi menangis.

Setelah bas bergerak ke Lebuhraya Pantai Timur sehinggalah ke Lebuhraya Utara Selatan dan perjalanan bas akhirnya terhenti di Hentian Rehat dan Rawat Sungai Perak selama 40 minit. Perjalanan Azril diteruskan sehinggalah azril turun di Terminal Penang Sentral yang terletak di Butterworth. Setelah sampai Azril pun terus ke rumah mak dan ayah yang terletak di Taman Permata dan 3 jam kemudian Azril pun pulang ke kuarters.


 Inilah dia kek karamel yang sedap tu
.
 Persediaan sebelum membuat ketupat
.
 Inilah ketupat yang berjaya disiapkan oleh kami
.
 Juadah Hari Raya Aidil Adha
.
Nur Irfaan dan mak saudaranya Puan Azlina ketika di Terminal Utama Temerloh

No comments: