Thursday, June 09, 2011

Azril Azlina @ I City Selangor Darul Ehsan

Azril Azlina @ I City Selangor Darul Ehsan
Catatan 03/04/2011
Pengembaraan kali ini merupakan kesinambungan dari perjalanan Azril dan Isteri Tercinta setelah pulang dari negeri Melaka Bandaraya Bersejarah dan lawatan ke tempat menarik yang ada disana. Setelah kami meyusur masuk ke Lebuhraya Utara Selatan kami pun berhenti untuk makan dan berehat di hentian sebelah yang terdapat disana dan pada pukul 8 malam kami pun sampai di I City. Perjalanan yang sejauh 160 km ditempuh dengan riang gembira walaupun mengambil masa selama 2 jam.

Setelah Azril dan Puan Azlina sampai disana kami pun disirami dengan cahaya dari ribuan mentol lampu yang dihias disana dan kami merasakan seperti kami berada didalam permainan video 3 dimensi. Cuba bayangkan segala-galanya lampu yang terdapat disana, memang menarik kedaan yang terdapat disana. Kami singgah sekejap di beberapa buah kedai yang terdapat disana. Antara  yang dijual disana adalah hiasan lampu yang berkelip dari atas kepala hinggalah ke kaki, memang menarik.Setiap pameran lampu kami lawati kecuali tempat yang dinamakan Dunia Salji sahaja yang tidak dilawati oleh kami disebabkan kadar yang dikenakan agak tinggi.

Inilah dia bola kelip-kelip yang kami beli ketika singgah di kedai berdekatan
.
Isteri tercinta berlatarbelakangkan pemandangan indah disana
.
Gambaq ni dah elok tapi nampak tanganlah pulak
.
Akan ku himpunkan cinta yang kau berikan pada ku, akan ku jaga dengan apa jua cara pun dan akanku balas cintamu dengan cinta yang membuak buak serta doa tanpa putus agar dirimu berasa nikmatnya kehangatan cinta kita
.
Antara spesis bunga manggar yang tidak terdapat di tempat lain
..
Kami ketika di luar Dunia Salji yang terdapat disana
.
Berehat sebentar setelah penat berjalan jalan
.
Kami nak pi sana pulak, nampak macam menarik saja
.
Puan Azlina memegang sayap kuda lampu yang berwarna putih
.
Cuba bayangkan tiba tiba rusa bertanduk lampu ni bergerak tentu pengsan isteri aku
.
Insan yang menawan seluruh jiwa raga dan pemandangan yang cukup indah
.
Bersandar di pokok setelah penat berjalan jalan
.
Setelah 2 jam kami disana, kami pun mengambil keputusan untuk balik ke Kuantan setelah puas menikmati fenomena lampu yang terasa seperti di alam 3 dimensi. Azril dan isteri tercinta pun memulakan perjalanan pada jam 10 malam dan kami pun terus keluar dari Shah Alam dan menuju ke lebuhraya berdekatan. 30 minit kemudian kami pun sampai di Plaza Tol Gombak dan kami pun menyusur masuk ke Lebuhraya Karak. Setelah 1 jam setengah perjalanan, kami pun berhenti Hentian Sebelah Temerloh dan pada masa itu juga Azril merasakan terlalu letih. Dialog pun bermula........

Azril   : Mengantuknya...... huh
Azlina : Abang ngantuk ke?
Azril   : Tak tau lah, tiba tiba rasa mengantuk sangat, rasa macam nak tidoq ni
Azlina : Tak pa lepas semayang nanti kita tidur, nak tidur dalam kereta ke?
Azril   : Ya rasa rasa macam tu lah
Kami pun keluar dari kereta  menuju ke tandas dan surau yang terdapat di hentian tersebut. 
15 minit kemudian .............
Azlina : Abang lapar tak ?
Azril   : Tak pun, awat sayang lapaq ka?
Azlina : Tak ayang rasa ngantuk juga ni. Nak buka tingkap ke?
Azril   : Tak pa kita bukak tingkap sikit, biaq udara masuk lepaih ni kita tidoq.
Beberapa jam kemudian
Azril   : Ya Allah dah pukui 2 pagi ni
Azlina : Ya bang, dah 2 pagi kita tak rasa pun kata masa jalan begitu cepat
Azril   : Jom kita balik.
Azlina : Jom
Setelah sejam perjalanan kami pun sampai di rumah kami di Kuantan. Rumahku syurgaku..

Seharian berada di Kuantan dan pada malamnya seperti biasa Azril menaiki bas balik ke Bukit Mertajam untuk meneruskan kerja. Sehingga sekarang Azril berfikir sampai bila kami nak berjauhan begini............

No comments: